Pages

Ads 468x60px

.

Monday 1 April 2019

Pengalaman bersalin 37weeks..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah 30hari lepas pada tarikh 3/3/2019 Intan selamat melahirkan seorang puteri pada jam 3.37am Ahad secara normal di Hospital Serdang. Waktu tu cukup-cukup 37minggu. Puteri kami diberikan nama Maryam Khadeejah. Semoga membesar dengan sihat & menjadi anak solehah mama ayah.

Tanda nak bersalin

Pada hari subuh sabtu 2/3/19 jam 5:45am, air ketuban dah pecah. Mula-mula Sakit ingat air kencing tapi lama-lama keluar lagi dan tak boleh kontrol plus ada darah sikit. Siap sempat Google jap pasal air ketuban sebab nak confirm kan. Lepas Solat Subuh terus cakap kat husband jom gi Hospital air ketuban pecah, terkejut kejap dia. Time tu air ketuban dah terkena dekat kain telekung. So, siap-siap terus gi Hospital Serdang. Waktu tu 36weeks 6days. Owh sila pakai pad yer kalau air ketuban dah pecah.

 Sampai kat Hospital Dr Check bukaan baru 1cm & Dr scan cakap baby awak ni panjang jer tak besar. Tapi perut besar belah kiri, baby dari awal pregnancy memang suka duduk belah kiri. Dr. siap tanya perut awak memang macam ni besar belah kiri. Jawab jer lah ya. Dr cakap kalau esok takde tanda kena paksa. Now Dr Monitor jer dulu.

Lepas tu Dr kata kena warded tapi takde katil kosong, so kena tunggu kat PAC (Patient assessment centre) ada sofa sementara tunggu ada katil kat wad. Pagi tu sempat makan roti canai kat depan dengan husband. Lunch makan kat PAC, solat pun duduk kat PAC jer. Time tu dah tukar baju hospital pink tu & Dah pasang branula dah. Siap sempat terlena jap. Kul3 lebih tea time sempat bawak bubur kacang kat husband dekat depan sebelum nurse panggil sebab dah ada katil boleh masuk wad.

Jalan kaki jer gi wad sebab tak sakit pun kan. So, rest jer kat wad. Pukul 6 lebih Mak & husband datang. Time tu dah start Sakit pinggang, mak urut2 lega sikit. Kul7 waktu melawat habis, Mak & husband balik.

Maghrib solat duduk kat katil jer tapi masa isyak solat baring. Time tu sakit belakang sangat2, letak minyak pun tak hilang. Nak lelap pun tak boleh. Lepas tu jalan2 kat wad tapi sakit pinggang tak hilang pun. Kul 11.16 nurse datang ambik BP pastu cakap kat dia sakit sangat, dia suruh jalan gi bilik untuk Dr check bukaan. Dr check, tengok2 bukaan dah 8cm. Nurse tu pun check jugak nak reconfirm.

Lepas tu Dr tanya ada rasa nak berak ke? Cakap ya. Nurse terus cakap jangan turun katil. Lepas tu terus kena tolak ke Labour room kul 11:40. Dah kat LR baru call husband cakap dah nak bersalin.
Husband sempat teman kat LR. Intan sempat minum air zam2 je sebelum masuk LR, tak sempat Makan kurma. So, memang takde tenaga nak teran plus tak pandai sangat kan. Alhamdulillah pukul 3:37am baby lahir tapi tak nangis. Sekejap jer letak baby kat badan lepas tu nurse terus bawak keluar. Masa tu memang doa banyak2 moga baby baik2. So tak terasa sangat lah time nurse jahit sebab risaukan baby.

Husband datang cakap baby lahir macam mamai maybe sebab effect ubat. So, Dr terus hantar baby ke Nicu. Terlena jap kat LR, pagi tu baru nurse tolak ke wad. Sampai wad rest jer & tak sabar tunggu kul12pm sebab nak tengok baby kat Nicu. Lepas lunch kul 1 lebih baru gi Nicu & itulah kali pertama tengok muka baby betul2. Memang sedih plus ada tiub and banyak wayar. Baby kat isolation room, ada 2 baby dalam bilik tu.

NICU

Intan discharge lepas 3malam kat wad, Dr tambah 1malam sebab baby kat Nicu lagi. Baby stay kat Nicu lagi tapi tiub dah buka. Hari ke 5 baby pindah ke Icu 2, tempat tu ada banyak baby bukan bilik macam sebelum ni. Malam ke 5 Intan tido kat Nicu ada katil untuk ibu. Nurse situ yang book kan. Tapi hari ke6 baru berjaya direct BF baby, itu pun nurse yg ajar and tolong. Dr bagi discharge baby petang tu Alhamdulillah.


Maryam lepas tukar baju & boleh discharge dah.

Mama & Maryam depan NICU. 

Saje letak pic blur baby tu, nanti up pic lain. Lepas keluar wad Maryam kena kuning. Nanti kalau rajin buat entry lain. 😊





No comments:

Post a Comment