Pages

Ads 468x60px

.

Wednesday, 3 August 2011

OMG SEPAH NAK BERPECAH..!!!

Tengok kat paper BH HIP hari ni klik SINI

Dulu lepas maharaja lawak ada keluar cerita ni, tapi akhirnya Sepah cakap kisah tu keluar sebab Sepah tertekan waktu cari idea untuk final maharaja lawak. Tapi hari ni sekali lagi keluar kat BH.

so, ni komen sepah, ambik dari HIP BH.

SEPAH:  menegaskan tiada sebarang perpecahan yang akan berlaku ke atas kumpulan itu dalam masa terdekat ini, Sepah menjelaskan apa yang berlaku, mereka mendapat tawaran secara solo daripada pihak penganjur. Memandangkan dunia seni masih menjadi punca rezeki, mahu atau tidak, mereka terpaksa menerimanya walaupun menyedari tindakan mereka itu bakal mengundang pelbagai spekulasi. 


source: Hip BH

SEPAH: Lagipun, siapa tahu satu hari nanti, kami berpecah juga akhirnya. Kita tidak tahu apakah akan selama-lamanya kami akan bersama dan kami sendiri tiada jaminan mengenai perkara itu. 

Isunya tiada jaminan untuk tidak berpecah pada masa akan datang.

-Apapun sebagai peminat SEPAH, kami mendoakan yang terbaik untuk kump. SEPAH. Moga terus sukses.. ^_^

source:JSFC


updated:


dari utusanonline - "Sepah ucap selamat tinggal"


ok, baru baca utusan. qoute sikit2:-



Jep Sepah: "Kalau bukan selepas Hari Raya pun, memang kami sudah lama merancang untuk membawa haluan sendiri. Apa yang boleh saya katakan, buat masa ini, perpecahan Sepah belum lagi secara rasmi.

"Kumpulan Sepah masih wujud dan kami juga akan terlibat dengan pertunjukan amal sepanjang Ramadan ini. Cuma, mungkin rezeki itu tidak tertulis untuk kami terus kekal bersama setiap masa," jelasnya tenang membuka bicaranya sambil dipersetujui dua teman Sepah yang lain, Shahmira Muhammad atau Shuib dan Mohd. Noor Murad (Mamat).

Kata Jep lagi, mereka mula memikirkan tentang keputusan tersebut memandangkan begitu sukar untuk mengumpul kesemua ahli Sepah dalam satu-satu masa.






Jep: "Seperti saya sendiri, selepas tamatnya Maharaja Lawak, saya hanya duduk di kampung sahaja kerana masalah kesihatan.
"Rakaman program raya inilah yang pertama untuk saya selepas pulih daripada masalah demam yang berterusan.
"Sebagai teman, saya menyokong dan merestui perjalanan seni Shuib dan Mamat. Masing-masing ada rezeki. Jadi, tidak elok seandainya saya mahu menyekat mereka.
"Bagi saya, kalau mahu meneruskan perjuangan Sepah itu, ia memerlukan komitmen dan disiplin yang tinggi," jelas Jep yang kini menetap di kampung halamannya di Johor Bahru, Johor.



Shuib: meskipun akan bergerak secara solo bagi meneruskan kariernya sebagai pelawak, pelakon dan penyanyi, tetapi dia akan tetap bersama Sepah apabila diperlukan.




Mamat: ada ketikanya penganjur mempunyai kekangan bajet sehingga menyebabkan mereka terpaksa membuat pilihan.
Lantaran itu, apabila ada majlis yang hanya menampilkan dua anggota misalnya, pasti ia akan mengundang persepsi dan pandangan berbeza peminat.




ok kali ni mmg i terkejut.. 


p/s- btw All the best Sepah-Jep, Mamat & Shuib..~



8 comments:

  1. wuuuu...semacamm~hahaha
    manisnya kurma ini..

    ReplyDelete
  2. tanjat akak bace beriter ni
    kurma ini mmg manis..haha..=)
    minat sepah gak kan2..

    ReplyDelete
  3. sepah nie umpama bujang lapok zaman pramle dulu-dulu.sekarang dah senang x payah la pecah,SEpah Pramle 2011.so jgn la berpecah sebab masing ade tugas masing untuk menjaya kan sepah
    Jep: sebagai tekong kumpulan sepah
    Shuib:pembantu tekong
    Mamat:menambah lauk yang x cukup
    harap saya nye komen dpat membantu masalah sepah

    ReplyDelete
  4. anon: tu la.. dorang kan bujang sepah tahun 2011.. tapi dapat info dari adik jep kata dorg tak berpecah. cuma paper yg besarkn isu ni. dorg cuma ambk job solo 2 je.. paper saje bikin panas.
    dah mengelupur semua fans..=)

    ReplyDelete
  5. hope sgt dorang takkan berpecah. utk meningkatkan karier masing2 boley diterima lagi tapi utk membawa haluan masing2,tu sudah menguris hati kami sebagai PEMINAT. walau papepun,tetap DOAKAN kebahagiaan mereka =)

    ReplyDelete
  6. waniey: dorg tak berpecah. boleh tgk artikel lg 1.tgk paper metro. dorg just ambik job solo 2 je.. ye doakan yang terbaik untuk sepah.. =)

    ReplyDelete