Pages

Ads 468x60px

.

Sunday 9 December 2012

berdebar menanti hari esok..~~

Assalamualaikum,

Esok 10 Disember 2012 adalah hari penentu kepada masa depan dan kerjaya cik intan, sama ada akan kekal dengan kerjaya sekarang di sebuah institusi perbankan atau pun berhijrah kepada kerjaya baru yang jauh bezanya dari kerjaya sekarang. Berdebar-debar ni..dup dap dupdap..

Dah lama rasanya tak tunggu apa2 result selepas tamat pengajian dari U dua tahun yang lepas. Jikalau dapat la esok kan,esok jugak kena hantar 1 week notice resign letter..sebab minggu depannya dh nak kena mendaftar diri.. moga dipermudahkan segala urusan dan moga cik intan dapat menerima segalanya dengan redha dan pasrah.. aamiin..


p/s-mood today nak gi 3 wedding,tapi macam 1pun tak gi jer.. hadiah dah siap wrap pun..~


Friday 30 November 2012

Wedding ateh di Negeri Sembilan...~

Assalamualaikum..

Gambar2 sekitar majlis bertandang my auntie, i call her ateh jer- di kg pantai, jalan jelebu negeri sembilan kenduri sebelah lelaki.. pada 11/11/12.. agak meriah jugak lah sebab pak teh anak bongsu kata orang nak tutup bangsal dah..(kenduri terakhir)..siap ada kugiran bagai..   tema kaler kelabu n for families kaler biru air laut k.. sikit jer pic dari hp.. ok jom layan..

sebelum makan beradab...

pasangan pengantin dengan ibu2..

my bro n superbike..

makan time..!

susun kerusi jap..

kalah main game angry bird ker kimi  tanya kilah,
mjad hanya tengok jer..

p/s-alhamdulillh selesai sudah, next wedding next year pulak.. =)

Wednesday 7 November 2012

Sepah The Movie

Assalamualaikum semua..

Ok nak cerita sikit pasal sepah the movie. Sebuah Filem Aksi Ekstrem Komedi dari Sepah. Bakal ditayangkan pada 29 November 2012.  Dibintangi oleh: Jep Sepah, Shuib Sepah, Mamat Sepah, Anzalna Nasir, Jehan Miskin, Ramona Zamzam, Azrul Raja Lawak, Pak Yus Rajalawak, Shiro Rajalawak, Talha Rajalawak. Pengarah:MP Roslin dan diterbitkan oleh PTV Film Productions.



Website -  http://www.sepahthemovie.com.my

facebook: https://www.facebook.com/SepahTheMovie



Sinopsis ringkas


mengisahkan 3org jejaka bujang yg bekerja di kilang elektronik. Jep,Shuib & Mamat berkawan rapat sejak kecil dan mepunyai hobi yang sama-obses dengan motor cross. Mereka merupakan juara motor cross di Johor Bahru.

Ayu Sofea,seorang gadis cantik yg bertugas sbg trainer di kilang mereka bekerja. Pelbagai strategi,sketsa,dan babak2 yang diatur oleh bujang Sepah untuk memikat Ayu Sofea. kegagalan mereka memenangi hati Ayu Sofea berpunca dgn kemunculan seorang pengurus baru di kilang tersebut,Based yg juga merupakan seorang pelumba motor cross & mempunyai pasukannya sendiri.

Bagaimanapun Sepah terpaksa menghadapi peristiwa yang telah melahirkan konflik persahabatan mereka, semenjak kemunculan seorang gadis cantik bernama Ayu sofea, apakah kesudahannya? Nantikan Sepah the movie, 29 NOV 2012..









Tuesday 30 October 2012

Wedding @teh

selamat pengantin baru buat my sis, majlis resepsi berlangsung pada sabtu lepas bersamaan 27 oktober 2012 di dewan taman temerloh jaya, temerloh pahang

gegurl 

 pose dengan pengantin

pengantin

lurve n luvly kazen

 lurve n cik intan

petugas 

bergambar bersama bayi


semoga diberkati selalu..:)

Saturday 27 October 2012

warna tema..merah membara






red+white/cream...nampak seperti pergi ke persidangan wanita umno...

dah warna tema begitu..apa pon kami hanya mengikut tema dengan jayanya...:)

Monday 15 October 2012

At year 2008,what I think I will be in 5 years..

Assalamualaikum..

Tajuk ni saje je..

Pada tahun 2008,sewaktu baru je berusia 20thn, dan masih lagi bergelar pelajar UIA..baru je menggunakan fb,masa tu ada quiz2 korg mesti ingatkan. ada la 1 kuiz@soalan ni,what will u be in 5 years.. makanya, dengan angan2 yang tinggi melangit cik intan pun menulis lah apa2 yang rasanya bakal terjadi in 5 years means this year 2012!!

1) Dah kerja - ok betul dah kerja,siap dah tukar kerja lagi tapi yang sedih sket masih lagi kontrak. moga dapat kerja tetap lepas ni..Aamin ya Rabb..

2) Dah ada lesen dan ada kereta- ok ni total tipu sebab sampai ke saat ini masih lagi naik turun bas,lrt n tumpang keta makcik2 n kawan.. & jugak masih belum dapat lesen kereta(malu2).  insya-Allah akan usahakan paling lewat tahun depan.

3) Dah kahwin..-hahaha..ok gelak dulu,sebab dulu time belajar pernah la berangan nak kahwin awal,tak couple2 ni.. sehingga ke saat ini tak dek calon suami lagi..haa achaner tu.. ok skip..

4)Dah ada anak- yang ni skip kena ada no3. dulu baru yang ni menyusul.

5)Ada rumah sendiri-buat masa ni masih duk umah sewa n rumah mak bila balik kg..

ok 5 je la kot yang masih ingat..

-moga2 semuanya bakal terjadi next year,mohon doa kawan2 yer..

Konsert Nusantara di Uia Gombak~

Assalamualaikum semua..

Minggu lepas 11 oktober 2012 9mlm,saya n mak cu telah pun ke konsert nusantara sentuhan nurani di Uia Gombak.. Artis2 yang ada Opick,Hafiz Hamidun,Edcoustic,Ezad Exist & Emcee Ally Iskandar. Kami duduk gold seat tiket (hargaRM35) so kat row no3 belakang VIP seat. Sangat2 berpuas hati dengan konsert ni,opick siap nyanyi 7 lagu lagi.artis lain nyanyi 3/4 lagu je.. 

Nak share gambar2 sepanjang konsert.

ally iskandar on d stage


opick wif adik2 kecil n committe prgrm

hafiz hamidun
 edcoustic

ally tgh borak dgn adik peminat tegar opick,
pic ni mmg snap from our seat


ezad exist,dia sgt kurus k

-enjoy d konsert & sgt2 puas hati.. =)





Wednesday 10 October 2012

selamat hari lahir cik intan

selamat hari lahir cik intan, instead of makan kek yang ada lilin tercacak, lurvee belanja cik intan makan burger bakar yang ada lidi tercacak sudah laa...:)

location: burger bakar abang burn, taman dagang

we wish u bahagia dan dirahmati sentiasa




Wednesday 3 October 2012

Konsert Nusantara-Sentuhan Nurani di UIAM

Assalamualaikum semua..

Anda biasa ke konsert, cik intan time di matrik dulu selalu la ke konsert ni.tapi jangan salah faham konsert nasyid k.. 11 Oktober 2012 ni akan ada 1 konsert nusantara di UIAM Gombak, menampilkan artis2 seperti opick,edcoustic,hafiz hamidun & ezad exist. MC program ally iskandar. macam menarik kan. Kalau anda nak pergi & mahu dapatkan tiket boleh gi ke web ni konsert nusantara.

 


Harga tiket pn ok la, dari rm25(silver).rm35z(gold) dan vip rm50. rm10 harga untuk student uia. 

p/s-cik intan da booked tiket, best event sempena besday i..huhu =)

Monday 17 September 2012

Blog Selebriti: Abd Halim Devotees

Assalamualikum...

[2012] Album Halim Ahmad - Zikir Para Perindu Syurga

Kali ni nak share blog seorang artis nasyid, Abd Halim dari kumpulan devotees. Kalau minat nasyid mesti kenal punyer.. Halim mula jadi blogger dari 2008 lagi. 


 Biodata Halim.. 

Nama: Abd Halim Ahmad

Asal: Kota Tinggi, Johor, Malaysia

Umur:25thn

Seorang graduan Sarjana Muda Kejuruteraan Automotif dari UIA Gombak

Juga merupakan salah seorang anggota kumpulan nasyid Malaysia, Devotees

Selain itu juga memiliki syarikat rakaman sendiri iaitu Neurotic Studio yang menguruskan hal-hal pembikinan album, pengurusan artis dan rekabentuk grafik

Beliau juga ada album zikir- [2012] Album Halim Ahmad - Zikir Para Perindu Syurga

sumber:kopipase dr blog abdhalim-ahmad


devotees n pak nil

pic source- fb adi akmal
p/s- kenal kump devotees sejak tahun 2005 lagi =)

Saturday 15 September 2012

Kisah seorang si penganggur tegar..~

Assalamualaikum...

Pernah dengar penganggur tegar? kalau miskin tegar atau penagih tegar mesti bisa dengar kan.. ok apa maksud tegar? maksudnya berulang kot..  ok menurut dewan bahasa dewan pustaka, tegar bermaksud -keras,degil,  gigih taasub, tidak dapat berubah lagi (tabiat). boleh rujuk di sini dewan bahasa pustaka.

Anda pernah menjadi penganggur.. Siap ada lagu lagi pasal pengganggur ni oleh sudirman.. ok google sendiri yer..

Ok nak buka cerita ni, selepas tamat pengajian di U, cik intan menjadi penganggur berbulan2 la jugak.. banyak juga interview yang pergi tapi banyak tak dapat..sob..sob..=( Akhirnya pulanglah ke kampung tercinta Pahang, rumah kat taman padahal..huhu.. duduk di rumah beberapa. kemudian mohonlah 1 program ni untuk graduan yang menganggur, pernah mohon sebelum tu tapi katanya tak cukup 3bulan menganggur tak boleh. Maka selepas itu dapatlah join program ni, namanya EDP-Executive development program. program ni under pembangunan sumber manusia kira bawah kementerian jugaklah. Program ni berlangsung selama 4bulan-2bulan latihan di dalam kelas dan dua bulan praktikal di syarikat. Setiap bulan kami akan dapat elaun rm500.

Mengikut perjanjian dengan tempat latihan diadakan selepas tamat program ini kami dijanjikan kerja sama ada di kompeni praktikal atau dia akan carikan di syarikat lain. Tapi janji hanya tinggal janji.  Katanya susah mendapatkan kerja untuk kami seramai 23orang. Mujurlah seminggu sebelum tamat praktikal, saya mendapat satu panggilan telefon dari sebuah agensi pekerjaan. Dan saterusnya saya ada interview di sebuah kompeni di jalan ampang. Namun pada hari interview itu, manager syarikat itu dimasukan ke hospital. makanya, interview saya tiada pada hari itu dan ditangguh ke hari lain.

Sewaktu interview Hr Manager bertanya boeh bekerja lebih masa,bekerja bawah tekanan (stress) saya iyakan sahaja semuanya. Dan selepas menunggu selama setengah jam akhirnya saya dapat juga kerja alhamdulillah. tapi kerja ini hanyalah kontrak. Kerja saya di beck end-mostly data entry.  Selepas tamat 5bulan kontrak saya memilih untuk tidak menyambung lagi kontrak dan menjadi pengangur sekali lagi selama berbulan2. kembali menjadi penghuni di teratak bonda. Habis semua saving digunakan.

Dan kini hobi baru saya adalah pergi interview (tangan di dada mata ke atas)..haha.. ye lah tak dapat2 kan.. Nenek mengatakan saya memilih kerja, memang betul pun..huhu  Akhirnya saya nekad untuk memohon kerjaya yang berkaitan dengan telefon2 orang ni dan syukur saya kembali bekerja kini walau hanya jawatan kontrak. =)

p/s ini kisah benar,baru mula kerja gaji pertama pun tak dapat lagi.




Wednesday 12 September 2012

Anniversary...



ulangtahun ke-5...wellllll pegi makan2 je..xde idea dah kan...kira ok laa..sambut laa juga.

tapi kalau tak anniversary pon, dan tetiba teringin nak makan steak..paksa juga mr lurvee bawak pegi makan steak.

asik makan je...tapi tak berisi2 juga...dia jek yang makin membesar i tengok..:(

Tuesday 11 September 2012

Cara nak ukur saiz cincin..~

Assalamualaikum..

Sekarang musim orang naik pelamin kan, tiap minggu dapat makan nasi minyak.. ramai kawan2 yang kahwin sampai ada 4/5 wedding 1 minggu..

Melihat-lihat cincin di Anggunklasik, semuanya cantik.. tak sabar  nak tempah satu..hehe kat sini boleh ukir nama dalam tulisan jawi, kan ke lebih ekslusif cincin kita tu.. tak gitu.. =)

contoh cincin sepasang

cincin khat jawi

Boleh tengok design lain di web anggunklasik. Cantik-cantik dan menarik design2 cincin. =) Memang dah jatuh hati dah.. Sesuai untuk merisik, pertunangan atau perkahwinan.

ok berbalik pada cara nak ukur saiz cincin boleh tengok kat web ni ukur saiz cincin-dijari-manis dan kalau tak de pembaris boleh ukur online kat sini metric-ruler. Yang ni dalam cm so convert je lah ke mm (kali 10). Ni sebab masa ukur pun tak jumpe ruler, tu yang google..huhu

Sila lah ke link2 yg berkenaan ek.. Punya la malas kan..hehe

p/s-excited ukur saiz jari, senang in future nanti.. =)

Sunday 9 September 2012

Datang bulan vs Pergi ke bulan..~

Assalamualaikum..

Cakap siang pandang-pandang cakap malam dengar-dengar, apa maksudnya? supaya berhati-hati ketika bercakap.. terutamanya kalau ada bebudak kecik yang belum mumayyiz. hah apa maksud mumayyiz pulak.. mumayyiz adalah dapat membezakan antara baik dan buruk.

Ok lah berbalik pada tajuk, biasanya kalau makcik-makcik berbual ada lah bercakap pasal datang bulan (period) dll dan nak dijadikan cerita ada lah sepupu saya yang kecik Kimi, umur 5 tahun mendengar perbualan tersebut. Terus dia bertanya:

Kimi: Cik pergi ke bulan naik apa?

My Auntie: Hah.. haha.. bukan pergi ke bulan lah.. datang bulan. nak cakap pun tak paham..

Ha..kan tak pasal-pasal dah boleh jadi angkasawan gara-gara bercakap pasal bulan..hehe


p/s-kanak belajar melalui apa yang kita ajar, cakap dan buat.. so, behave ok.. =)


Wedding Yenni & Khalid

Assalamualaikum..

Hari sabtu lepas, 1/9/2012 berlangsung majlis sanding kawan baik saya dari matrik uia sampai lah sekarang, geng silat ni. Majlis akad sudah berlangsung pada 31 Ogos 2012.  Kitaorang bergerak ke Penang dengan 2 buh kereta pada jam 12mlm tapi disebabkan ada yang belum makan jadinya singgah makan dulu. Konvoi 2buah kereta.

Barakallahulakuma buat pasangan pengantin Yenni dan Khalid, Semoga berbahagia hingga ke syurga.. =)

Jom layan gambar2 sepanjang majlis.. =)



kandid

me n yenni

pic lepas akad

Tahniah yenni n khalid.. Semoga berbahagia hingga ke syurga.. =)

Saturday 8 September 2012

bainun wedding






kawan kawen... pergi wedding kawan ni ..selain dapat makan nasi minyak..bole berjumpa kawan-kawan yang dah lama tak jumpa

selamat berbahagia kawan..:)

Friday 7 September 2012

Fazurina & Diyana -Kembar kah mereka..~

Assalamualaikum...

Fazurina seorang pelakon yang popular dengan watak Anita dari sitkom Dunia Anita. Kini beliau tampil kembali di dalam trilogi cinta 2 yang ditayangkan setiap khamis dan jumaat bermula 6 september 2012.

Fazurina sekarang juga sudah pun mengenkan hijab, manis penampilan barunya ini.


pic kredit Ohbulan

Kat bawah ni pula pic kazen saya,yg belah kanan


sama kan muka dia dengan fazurina, 
perangai dalam cerita pun lebih kurang..hehe

Pic blur sket


updated:

Ada iras kan2.. =)

Thursday 30 August 2012

TRILOGI CINTA 2 bakal bersiaran 6 September

Assalamualaikum..

Anda peminat cerita Trilogi cinta.. Kalau ya, mesti anda akan ternanti-nanti sambungannya, drama Trilogi cinta 2.. Masih ingatkah anda dengan watak2 nurjinah, abang bad dll..

Ok info dari Fb abg Bad @Yus waisar,


drama 40 ep Trilogi cinta 2 akan mula bersiaran 6 sept 2012 jam 10mlm setiap khamis dan jumaat di TV1.

PENCARIAN 222 BLOGGER BERTUAH OLEH NORZI BEAUTILICIOUS HOUSE

As-salam semua..

Kali ini cik intan join segmen ni -Segmen pencarian 222 Blogger bertuah oleh Norzi Beautilicious House. Ternampak rakan blogger join, hadiah2 pun menarik.



klik pic untuk Join.. =)

segmen berakhir- 31hb Ogos 2012--12 tengahmalam.

SEMUA PEMENANG AKAN DIUMUKAN PADA 1HB SEPTEMBER 2012



Mereka yang tersenarai bakal menerima:
*******************************************************
1)DUA HELAI DRESS ANGGUN PILIHAN (2 Blogger bertuah!)
 2) 2 unit x wallet/purse (2 blogger bertuah!)
3) Baucer RM10 x 5 unit  (222 blogger bertuah!)
layak untuk sebarang belian di BLOGSHOP NORZI BEAUTILICIOUS HOUSE


p/s- best kan hadiah2 die =)

Wednesday 29 August 2012

Blog Selebriti: ISMA AF7

As-salam semua..

Baru-baru ni, terjumpa blog Isma AF7 alah kakak Tomok kenal tak.. dah lama juga dia berblog sejak Januari 2010.. Tapi follower dia tak ramai sangat ada 120 je..

Selain menjadi Penyanyi, Isma juga dah bergelar pengarah filem.. filemnya bersama dengan Tauke Jambu berjudul sofazr the movie jiwa kacau -bakal ditayangkan 27hb september 2012 FB STMJK

Sinopsis filem boleh tengok kat blog isma.. =)

Klik ke blog ISMA AF7


Isma, suami dan anak-anak..

Tuesday 21 August 2012

Raya 2012..~

Assalamualaikum..

Salam Syawal.. dah mula puasa 6.. kalau dah habis bagus lah..

Raya tahun ni 2012 = beraya si hospital pada raya pertama sebab abah masuk hospital beberapa hari sebelum raya coz jantung + semput.. Alhamdulillah dah sembuh pun , petang raya abah kuar wad.

Disebabkan itu maka tahun ni tiada persiapan raya, ye lah mak n abah kat hospital mood raya pun hilang terbang melayang. Mujur jugaklah sehari sebelum abah masuk wad sempat buat 4/5 jenis biskut raya. Yang selebihnya beli dan dapat je.. So, NO ketupat palas, rendang, nasi himpit di pagi raya. Gi solat raya pun jalan kaki sorang2 dan solat raya mula kul 9pagi, datang awal kul8.25, Imam pun tak datang lagi.

Ok layan gambar sepanjang raya ni.

Raya pertama di hospital

Open ward.. 


Beraya di rumah Wan Ngah n still dpt duet raya.. =)