Pages

Ads 468x60px

.

Monday 17 September 2012

Blog Selebriti: Abd Halim Devotees

Assalamualikum...

[2012] Album Halim Ahmad - Zikir Para Perindu Syurga

Kali ni nak share blog seorang artis nasyid, Abd Halim dari kumpulan devotees. Kalau minat nasyid mesti kenal punyer.. Halim mula jadi blogger dari 2008 lagi. 


 Biodata Halim.. 

Nama: Abd Halim Ahmad

Asal: Kota Tinggi, Johor, Malaysia

Umur:25thn

Seorang graduan Sarjana Muda Kejuruteraan Automotif dari UIA Gombak

Juga merupakan salah seorang anggota kumpulan nasyid Malaysia, Devotees

Selain itu juga memiliki syarikat rakaman sendiri iaitu Neurotic Studio yang menguruskan hal-hal pembikinan album, pengurusan artis dan rekabentuk grafik

Beliau juga ada album zikir- [2012] Album Halim Ahmad - Zikir Para Perindu Syurga

sumber:kopipase dr blog abdhalim-ahmad


devotees n pak nil

pic source- fb adi akmal
p/s- kenal kump devotees sejak tahun 2005 lagi =)

Saturday 15 September 2012

Kisah seorang si penganggur tegar..~

Assalamualaikum...

Pernah dengar penganggur tegar? kalau miskin tegar atau penagih tegar mesti bisa dengar kan.. ok apa maksud tegar? maksudnya berulang kot..  ok menurut dewan bahasa dewan pustaka, tegar bermaksud -keras,degil,  gigih taasub, tidak dapat berubah lagi (tabiat). boleh rujuk di sini dewan bahasa pustaka.

Anda pernah menjadi penganggur.. Siap ada lagu lagi pasal pengganggur ni oleh sudirman.. ok google sendiri yer..

Ok nak buka cerita ni, selepas tamat pengajian di U, cik intan menjadi penganggur berbulan2 la jugak.. banyak juga interview yang pergi tapi banyak tak dapat..sob..sob..=( Akhirnya pulanglah ke kampung tercinta Pahang, rumah kat taman padahal..huhu.. duduk di rumah beberapa. kemudian mohonlah 1 program ni untuk graduan yang menganggur, pernah mohon sebelum tu tapi katanya tak cukup 3bulan menganggur tak boleh. Maka selepas itu dapatlah join program ni, namanya EDP-Executive development program. program ni under pembangunan sumber manusia kira bawah kementerian jugaklah. Program ni berlangsung selama 4bulan-2bulan latihan di dalam kelas dan dua bulan praktikal di syarikat. Setiap bulan kami akan dapat elaun rm500.

Mengikut perjanjian dengan tempat latihan diadakan selepas tamat program ini kami dijanjikan kerja sama ada di kompeni praktikal atau dia akan carikan di syarikat lain. Tapi janji hanya tinggal janji.  Katanya susah mendapatkan kerja untuk kami seramai 23orang. Mujurlah seminggu sebelum tamat praktikal, saya mendapat satu panggilan telefon dari sebuah agensi pekerjaan. Dan saterusnya saya ada interview di sebuah kompeni di jalan ampang. Namun pada hari interview itu, manager syarikat itu dimasukan ke hospital. makanya, interview saya tiada pada hari itu dan ditangguh ke hari lain.

Sewaktu interview Hr Manager bertanya boeh bekerja lebih masa,bekerja bawah tekanan (stress) saya iyakan sahaja semuanya. Dan selepas menunggu selama setengah jam akhirnya saya dapat juga kerja alhamdulillah. tapi kerja ini hanyalah kontrak. Kerja saya di beck end-mostly data entry.  Selepas tamat 5bulan kontrak saya memilih untuk tidak menyambung lagi kontrak dan menjadi pengangur sekali lagi selama berbulan2. kembali menjadi penghuni di teratak bonda. Habis semua saving digunakan.

Dan kini hobi baru saya adalah pergi interview (tangan di dada mata ke atas)..haha.. ye lah tak dapat2 kan.. Nenek mengatakan saya memilih kerja, memang betul pun..huhu  Akhirnya saya nekad untuk memohon kerjaya yang berkaitan dengan telefon2 orang ni dan syukur saya kembali bekerja kini walau hanya jawatan kontrak. =)

p/s ini kisah benar,baru mula kerja gaji pertama pun tak dapat lagi.




Wednesday 12 September 2012

Anniversary...



ulangtahun ke-5...wellllll pegi makan2 je..xde idea dah kan...kira ok laa..sambut laa juga.

tapi kalau tak anniversary pon, dan tetiba teringin nak makan steak..paksa juga mr lurvee bawak pegi makan steak.

asik makan je...tapi tak berisi2 juga...dia jek yang makin membesar i tengok..:(

Tuesday 11 September 2012

Cara nak ukur saiz cincin..~

Assalamualaikum..

Sekarang musim orang naik pelamin kan, tiap minggu dapat makan nasi minyak.. ramai kawan2 yang kahwin sampai ada 4/5 wedding 1 minggu..

Melihat-lihat cincin di Anggunklasik, semuanya cantik.. tak sabar  nak tempah satu..hehe kat sini boleh ukir nama dalam tulisan jawi, kan ke lebih ekslusif cincin kita tu.. tak gitu.. =)

contoh cincin sepasang

cincin khat jawi

Boleh tengok design lain di web anggunklasik. Cantik-cantik dan menarik design2 cincin. =) Memang dah jatuh hati dah.. Sesuai untuk merisik, pertunangan atau perkahwinan.

ok berbalik pada cara nak ukur saiz cincin boleh tengok kat web ni ukur saiz cincin-dijari-manis dan kalau tak de pembaris boleh ukur online kat sini metric-ruler. Yang ni dalam cm so convert je lah ke mm (kali 10). Ni sebab masa ukur pun tak jumpe ruler, tu yang google..huhu

Sila lah ke link2 yg berkenaan ek.. Punya la malas kan..hehe

p/s-excited ukur saiz jari, senang in future nanti.. =)

Sunday 9 September 2012

Datang bulan vs Pergi ke bulan..~

Assalamualaikum..

Cakap siang pandang-pandang cakap malam dengar-dengar, apa maksudnya? supaya berhati-hati ketika bercakap.. terutamanya kalau ada bebudak kecik yang belum mumayyiz. hah apa maksud mumayyiz pulak.. mumayyiz adalah dapat membezakan antara baik dan buruk.

Ok lah berbalik pada tajuk, biasanya kalau makcik-makcik berbual ada lah bercakap pasal datang bulan (period) dll dan nak dijadikan cerita ada lah sepupu saya yang kecik Kimi, umur 5 tahun mendengar perbualan tersebut. Terus dia bertanya:

Kimi: Cik pergi ke bulan naik apa?

My Auntie: Hah.. haha.. bukan pergi ke bulan lah.. datang bulan. nak cakap pun tak paham..

Ha..kan tak pasal-pasal dah boleh jadi angkasawan gara-gara bercakap pasal bulan..hehe


p/s-kanak belajar melalui apa yang kita ajar, cakap dan buat.. so, behave ok.. =)


Wedding Yenni & Khalid

Assalamualaikum..

Hari sabtu lepas, 1/9/2012 berlangsung majlis sanding kawan baik saya dari matrik uia sampai lah sekarang, geng silat ni. Majlis akad sudah berlangsung pada 31 Ogos 2012.  Kitaorang bergerak ke Penang dengan 2 buh kereta pada jam 12mlm tapi disebabkan ada yang belum makan jadinya singgah makan dulu. Konvoi 2buah kereta.

Barakallahulakuma buat pasangan pengantin Yenni dan Khalid, Semoga berbahagia hingga ke syurga.. =)

Jom layan gambar2 sepanjang majlis.. =)



kandid

me n yenni

pic lepas akad

Tahniah yenni n khalid.. Semoga berbahagia hingga ke syurga.. =)

Saturday 8 September 2012

bainun wedding






kawan kawen... pergi wedding kawan ni ..selain dapat makan nasi minyak..bole berjumpa kawan-kawan yang dah lama tak jumpa

selamat berbahagia kawan..:)

Friday 7 September 2012

Fazurina & Diyana -Kembar kah mereka..~

Assalamualaikum...

Fazurina seorang pelakon yang popular dengan watak Anita dari sitkom Dunia Anita. Kini beliau tampil kembali di dalam trilogi cinta 2 yang ditayangkan setiap khamis dan jumaat bermula 6 september 2012.

Fazurina sekarang juga sudah pun mengenkan hijab, manis penampilan barunya ini.


pic kredit Ohbulan

Kat bawah ni pula pic kazen saya,yg belah kanan


sama kan muka dia dengan fazurina, 
perangai dalam cerita pun lebih kurang..hehe

Pic blur sket


updated:

Ada iras kan2.. =)