Pages

Ads 468x60px

.

Tuesday 31 January 2012

Follower ke-200..! =)

Assalamualaikum semua...

Terima kasih kepada follower yang ke-200! =)

http://bolehlasikitsikit.blogspot.com/

boleh la sikit sikit



sedikit info pemilik blog (kopipase)


Hidayah bt Zainab

Perempuan . Pelajar . Pemandu . Pahang . Penggemar Pulut Panggang . Pemilik Pensel Picit Pilot 

Terima kasih juga untuk semua follower blog ini.. =)

Terjah la blog ni yer..

P/S- Orang kampung cik intan & lurvee ni, kami pun orang pahang gak..^_^

Friday 27 January 2012

Berkapel tapi Jaga Pergaulan..~

Terbaca soalan ni di FB Aiman Azlan.

"Apakah caranya untuk berkapel sambil menjaga batas pergaulan?"

Maaf, soalan ini tiada jawapan kerana "kapel" dan "menjaga batas pergaulan" tidak dapat disatukan. Samalah juga jika saya tanya: "Apakah caranya untuk menggenggam besi yang merah panas tanpa melecurkan kulit?"

Allahua'lam.


Saya juga tidak menyokong berkapel. Tetapi kalau anda kapel dan niat anda berkawan dengan seorang wanita itu adalah untuk berkahwin dengannya, maka percepatkanlah niat anda itu. Insya-Allah niat yang baik akan dipermudahkan.

p/s-Jangan kapel lama-lama, cepatkan walimah anda. =)

Nota- bercinta lepas kahwin lagi best.. ^_^

3 Perkara yang tidak boleh ditangguh

Assalamualaikum..


sedikit perkongsian..


Maksud Hadis : Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemuinya yang sesuai untuknya. 
(Riwayat At-Tirmizi )



ULASAN HADIS:
1.    Hadis di atas menerangkan mengenai 3 perkara yang tidak boleh dilambat-lambatkan atau ditangguhkan iaitu apabila tiba waktu solat, hendaklah bersegera menunaikan solat, apabila jenazah telah siap dimandi dan dikafankan, hendaklah disegerakan pengebumiannya dan bagi wanita yang telah bertemu jodohnya, hendaklah disegerakan perkahwinannya.


p/s-moga bermanfaat, solat jangan dilewat2kn..

' SEGMEN BLOGWALKING & CLICKING BY FARAH '

Dah lama tak join apa-apa segmen. BW tadi and terjumpa lah segmen ni.

So, nak join segmen ni
by Farah


Syarat2nya;
1. Buat entry bertajuk ' SEGMEN BLOGWALKING & CLICKING BY FARAH '
2. korang tempek banner segmen yg simple kat atas tuh
3. Dalam entry, korang tulis la sikit2 psal diri korang :
nama :umur  :tarikh lahir :brpe la korng berblog harapan korang 
nak tambah bebanyak lagi pon boleh . ikot suke korang la (:
4. Tak perlu tag2 bagai (: juz, kalau rjin, ajk la reramai join segmen ni 
5. Da siap entry, tinggal link entry dekat bhgian komen ni tau :D
due date:   before pukul 8 malam pada 28/ 1/2012
Ok secara ringkas;

Nama : Cik Intan & lurvee (FYI blog ni ada 2 owner)
Umur  : 20an..hehe =)
Tarikh lahir : 10 oktober thn 19**
Brpe la korng berblog ; baru je 6 bulan 3 minggu
Harapan korang: berblog dengan lebih aktif di tahun 2012 ^_^


p/s-kalau nak join klik pic atas ni k.. =)

Thursday 26 January 2012

Lama menyepi di awal tahun 2012...

Assalamualaikum...

2012 dah pun nak sebulan tapi baru ada 1 entry tahun ni. Nampak gayanya macam nak tutup kedai awal jer.. Macam-macam yang terjadi.. perasaan nak menulis pun tak ada. Setelah 5 bulan berlalu, rasanya ini adalah keputusan yang terbaik. Apa dia, nanti saya cerita dekat entry lain.

Hampir sebulan tak menulis apa-apa pun, sibuk dengan dunia kerjaya kononnya padahal setiap hari online je tapi cuma buka facebook kejap, itu pun sebab main games Sims..huhu.. FB punya status pun tak update, ini kan pula blog. Cik lurvee lagi la sibuk sekarang, dia tiap hari balik kerja malam.

Cik intan tak sempat nak ke mana-mana pun, bila ada cuti je balik kampung kat pahang. selainnya duduk di rumah tengok tv dan online sajalah kerjanya.

Sekian sahaja entry ini.. ^_^

P/S- Nak gi bercuti bulan 5 atau 6 ni..=)

Sunday 1 January 2012

Hepi hepi holiday..+ Hepi new year

Assalamualaikum...

Sempena cuti krismas yang lepas, kompeni cik in bercuti selama 5 hari sehingga hari rabu, lagi lama dari cuti raya.. hari khamis dan jumaat kami bekerja macam biasa dan kemudian bercuti lagi sehingga hari isnin sambut new year pulak.. Aktiviti cik in ialah balik ke kampung  kat pahang setiap kali cuti.. =) ye lah nanti dah ada kampung belah encik suami kita balik lah kampung dia pulak kan, tak gitu..hehe

Memang seronok bila bercuti lama ni, tapi part yang tak seronok mestilah bila kena mula kerja semula.. aish..sindrom M pun datang la kan.. ye lah, waktu cuti banyak sangat berehat-rehat dan bersenang-lenang.

Aktiviti lain waktu cuti ialah ke walimah rakan2 dan jiran tetangga.. wah nampaknya dah ramai rakan2 yang naik pelamin.. ok terasa kot, terpikir jugak bila lah turn diri ini.. Insya-Allah mintak dipermudahkan moga-moga tahun ni..amiin.. =)

Waktu lapang ambik gambar kucing kat rumah. ada seekor je namanya si tung- nama pangjang si tunggal sebab dia sekor je.. kat bawah pic dia suka sangat melompat dan mengigit adalah hobi setiap harinya..=)

si tung..kucing yang sangat manja


p/s-Azam tahun 2012 ni banyak jugak.. harap tercapai dalam 12bulan ni.. Insya-Allah biiznillah.