Pages

Ads 468x60px

.

Thursday, 29 September 2011

Scoin-Biarku Simpan Rindu Di hati

Asal kapas menjadi benang... Dari benang dibuat kain... Barang lepas usah dikenang...
Oh dikenang... Dah menjadi hak orang lain... Orang lain... Kalau ada sumur di ladang...
Dapat kita menumpang mandi... Jodoh kita tidaklah panjang... Tidak panjang...
Hanyalah sampai di sini... Oh di sini, tiada lagi... Usah... Usah berkirim salam lagi...
Jangan, disebut namaku ini... Biar... Biarku simpan rindu di hati... Kan ku kunci...
Kunci di sudut yang sepi... Sepi yang tak berpenghuni... Penghuni cinta misteri...
Misteri yang takku fahami... Faham mengapa begini... Perlukahku menangis...
Menangis keranamu... Haruskahku bersedih... Bersedih keranamu...
Tak relaku mengemis... Mengemiskan cintamu... Biarpun hati pedih...
Pedih dipermainkanmu... Ku pandam sinar cinta... Cinta yang tiada...
Tinggallah dikau sayang... Ku mohon pergi...

nak download lagu ni boleh klik SINI

-Cik Intan suka gak lagu ni.. =)

Wednesday, 28 September 2011

Saya nak join Bloglist Panggil Aku Han


Ok kali ni nak join segmen  Bloglist Panggil Aku Han..

Panggil Aku Han memang ada kat bloglist Cik Intan.. =)

kalau nak join klik atas ni ye.. ^_^




Syawal terakhir

hari ni syawal terakhir..ramai kawan2 kita yang berjaya meng-kurus-kan badan sempena ramadhan yang lepas merungut2 kerana berat badan bertambah gara2 rumah terbuka yang berleluasa.berat badan idaman hanya berjaya dimiliki pada hari raya pertama sahaja.lepas tu...kita makan, makan dan makan dengan segala macam makanan..raya la katakan.so jangan la korang merungut bila berat badan tu bertambah.

cuba teruskan puasa dengan puasa 6 ke..puasa ganti ke..mesti bole maintain kan..bukan kah kita digalakkan untuk berpuasa sunat dibulan syawal..:D..lagipun kita dah sebulan puasa..jadi xde la susah sgt nak sambung lagi beberapa hari kan.

"Antara hikmat disyariatkan puasa 6 hari bulan Syawal ialah sebagai satu latihan kepada orang-orang Islam bahawa amal ibadat itu bukan terletak pada bulan-bulan tertentu seperti Ramadhan bahkan amalan itu perlu konsisten untuk sepanjang kehidupan manusia."

"Ia juga sebagai satu cabaran kepada orang-orang Islam supaya tidak menjadikan Syawal itu bulan bergembira semata-mata dan jika puasa itu dilakukan seawal mungkin di permulaan Syawal, ini akan menjadikan seseorang manusia itu benar-benar ingin menyahut seruan dari Allah untuk terus beribadat secara istiqamah dan berpanjangan."

pada kawan2 yang belum ganti puasa tu cepat2 ganti yea..:D, jangan nak tunggu dah dekat ramadhan berikutnya baru nak ganti ok!!!

Monday, 26 September 2011

best quotes from book "Cinta Luar biasa di alam rumah tangga"

 Buku ni karya Datin Latipah Abdullah


1.  Masa & Usia
itulah yang akan membentuk usia tua. Masa mudalah yg akan menentukan masa dewasa & masa tua. Apa yang tercorak di usia muda,

2. Kualiti umur kita

Berapa umur kita sekarang?
Berapakah umur yang kita sudah habiskan?
Sepanjang umur kita itu, apa yang kita buat dan kita isi? Kebaikan atau kejahatan?
Dan apakah pengisian dan perancangan kita untuk baki usia kita yang semakin ke penghujung?

Jawapan kepada persoalan2 ini akan menentukan kualiti umur kita. 

3. Sabar, sabar, sabar..(Berlapang dada)
    Kalau Allah boleh bersabar dengan kita, kenapa kita tak boleh bersabar dgn karenah anak   
    & pasangan.

4. Diuji melalui jodoh
    Dalam memilih jodoh, kita mahukan yang terbaik dan berusaha mendapatkannya
    melalui cara yang munasabah, buat istikharah dan kemudian serah pada Allah.
    Tapi bila timbul masalah, anggaplah itu ujian dari Tuhan.

5. Virus maksiat
    Ilmu itu adalah cahaya. Allah lontarkan ia ke dalam hati manusia,
    bertindak sebagai lampu suluh penerang kehidupan. Namun ada 'virus' yang boleh 
    memadamkan cahaya ilmu tersebut. Itulah virus maksiat & dosa.

6. Dalam cerita ada rahsia,  Dalam rahsia ada pengajaran, dalam rahsia ada keperitan,
    dalam rahsia juga ada kemanisan. 
    Biarkan rahsia bersemadi dalam diri, biarkan ia bersembunyi dalam lipatan hati.
    Semoga menjadi benteng ketahanan    diri dalam menempuh cabaran hidup ini.



p/s- saya hadiahkan buku ni kat kawan baik saya masa dia kahwin.. nanti saya akan beli 1 lagi..=)

Jangan berharap pada yang tak pasti


"Apa diharap padi seberang, entah berbuah entah tidak, entah dimakan dek burung helang.."

"Apa diharap hati orang, entah kasih entah tidak, entah dipaksa menerima sayang."

 qoute dari buku "Cinta Luar biasa di alam rumah tangga" karya Datin Latipah Abdullah


saya sangat sukakan kata-kata ini..mungkin sebab macam kena kat diri sendiri agaknya.. sakit2..huhu.. =)

-p/s- Jangan berharap pada yang tak pasti-pesanan cik Intan

Sunday, 25 September 2011

Sumber traffic blog ini


kat atas ni sumber traffik ke blog ni..untuk seminggu. yang telah digoogle oleh orang.. mostly pasal ashraf muslim, jep sepah, mamat sepah fida. cuma keyword best student uia konvo ke 27 dan yang second last & last sekali je bukan pasal artis, qisatulhayati.com & alamat kuala gandah.

OMG..nampaknya cik Intan kena buat banyak research lagi ni & banyak menulis artikel yang bagus2 bukan pasal sepah je.. ok i'll improve this blog. Blog ni bukan ada untuk tulis pasal artis je.. NO2.. This is personal blog.

saya rindukan saat-saat ini..~

Masa belajar dulu nak cepat-cepat habis belajar & kerja. Nak pegang duit sendiri. Tapi bila dah bekerja ni rindukan waktu belajar, tapi bukan rindu nak ke kuliah tetapi rindukan kawan-kawan semasa di U dulu.

Walau baik mana pun anda dan kawan anda, at the end u'oll akan berpisah jugak. tambah-tambah kalau seorang orang kelantan, seorang kedah, seorang Pahang & seorang johor (contoh je) & semua balik bekerja kat kg halaman masing-masing. Nasib ada facebook boleh lah berjumpa di alam maya ni untuk bertanya khabar & berbual-bual.

kat bawah ni gambar-gambar dengan mereka..

sambutan raya PSSCM tahun 2009

Srikandi psscmuiam...rindu nak pakai uniform ni semula..

dept tersayang..=)

ahli2 psscmuiam di sri pentas tv3 tahun 2008




-Cik Intan tak sabar nak konvo & jumpa kawan2 1 UIA dulu..

Percaya padaku..-Ungu (Lirik)


aku tak tahu apa yang ku rasakan
dalam hatiku saat pertama kali
lihat dirimu, melihatmu


seluruh tubuhku terpaku dan membisu
detak jantungku berdebar tak menentu
sepertinya aku tak ingin berlalu


reff:
berikan cintamu juga sayangmu
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku
ku berikan cintaku juga sayangku
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku
saat ku tahu kau akan pergi jauh
izinkan aku tuk selalu menantimu
untuk katakan ku ingin dirimu (ingin dirimu)
agar kau tahu betapa ku terlalu
mencintaimu aku akan menunggu
hingga dirimu kembali untukku


repeat reff
tolonglah aku bagaimana diriku
ungkapkan itu rasa yang membelenggu
dalam hatiku ku cinta padamu


repeat reff
berikan cintamu juga sayangmu
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku


Source: http://liriklaguindonesia.net/u/ungu/ungu-percaya-padaku/#ixzz1Ysv71bNY


-kalau nak download mp3 lagu ni klik SINI


p/s-tetiba cik intan jatuh hati kat lagu ni pulak.. ^_^

Saturday, 24 September 2011

Fire Drill @ Latihan kebakaran

Petang tadi kat ofis ada buat fire drill atau Latihan kebakaran. setiap 3bulan sekali.
Mula-mula dengar briefing pasal cara menggunakan pemadam kebakaran & punca-punca kebakaran.
pastu praktikal guna pemadam kebakaran tu. wakil dari setiap department.


macam mana nak guna ni.. ingat PASS.. bukan PAS ye..hehe..~

P - PULL
A- AIM
S- SQUEZE
S- SWEEP

*PERINGATAN- FIRE EXTINGUISER INI HANYA UNTUK KEBAKARAN KECIL SAHAJA KALAU DAH BESAR CALL BOMBA CEPAT2 K..

lepas tu, nak kena kosongkan ofis (evacuate). Pengera kebakaran berbunyi kami pun kena la jalan ke tingkat bawah guna tangga k, masa kebakaran tak boleh guna tangga. Yang agak sadisnya ofis kami di TINGKAT19.. penat gak lah nak sampai kat Ground Floor. dan kemudian berkumpul di kawasan lapang. dengan memakai jubah berjaya turun 19tingkat. Sejam gak la masa diambil untuk habiskan sesi ni.

Contest : Pencarian Bloglist Blog Fahuna


Kali ni cik intan nak join 


Contest : Pencarian Bloglist Blog Fahuna

kalau nak join gak Klik banner atas ni k..

Tempoh contest ini bermula 20 September - 27 Oktober 2011
   *mungkin akan berubah mengikut keadaan*


Friday, 23 September 2011

Bergambar dengan Gajah, di Kuala Gandah..~

Masa Raya hari tu cik intan ada buat entry pasal beraya di Kuala Gandah dengan Gajah
tapi masa tu tak upload gambar..

jadi ni baru la nak letak gambar..~

beri gajah makan, 
cik khulda aka lurvee yang banyak bagi kacang kat gajah

mandi bersama gajah, kitaorang tengok jer..

beri gajah makan lagi

gajah-gajah..

-aktiviti kat Kuala Gandah bermula petang kul2.. & tempat ni dekat dengan Deerland.. 
lokasi: Lanchang Pahang

p/s next time pegi sini nak mandi dengan gajah pulak..hehe =)

Tuesday, 20 September 2011

makan malam yang tidak dirancang

rujuk kepada tajuk entri..malam tadi memang tak sempat merancang.kalo taw awal, i kosongkan perut supaya boleh makan banyak2.

sebenarnya..makan2 ni untuk isteri bos kawan i, tapi kawan i ni, entah camne dia sendiri tak taw yang bos dia nak belanja makan..so petang semalam, diajak nye i sembang2 kat opis dia lepas office hour.

tengah kitaorg sembang2..tetiba ada staf bagi taw tentang dinner...so kawan i tu dengan keterpaksaan ajak la i skali..yer la..tak kan nak suruh i balik pulak..tadi dia yang ajak i datang opis dia kan..meh la skali katanya...i pun dgn redha+sukahati folow u..:D

seterusnya lokasi makan2 kitaorg ialah di Makan Kitchen @ Doubletree by Hilton..




makan free..of coz la sangat sedap..apa lagi i nak kata kan..

makan angry bird sebagai pencuci mulut...haaa comel tak?


Monday, 19 September 2011

Filem Sepah the movie

SEJAK jadi juara Maharaja Lawak, saham Sepah cukup melambung. Drama lakonan mereka dalam Astro dah dibuat bersiri-siri, seperti telefilem Bujang Sepah Silalalitamplom, Burger Layan Diri, Ibu Mee Segera, Lemang Aidilfitri Si Bujang Sepah, Dodol Si Bujang Sepah, drama episod Bujang Sepah Silalalitamplom, Tok Ketua dan 3 Bendul.


Lawak mereka sangat bersahaja, menghiburkan dan bukan dibuat-buat. Dalam mengharungi arus glamor dan kemasyhuran,mereka sudah pun membawa haluan masing2. Tetapi akan bergabung kalau ada job yang memerlukan mereka bertiga. Sepah yang dianggotai oleh Jep, Shuib & Mamat bakal digabungkan di dalam filem SEPAH THE MOVIE..



Syarikat produksi PTV Film Productions Sdn Bhd menyatukan mereka bertiga dengan menerbitkan filem Sepah The Movie kerana produsernya sangat mengkagumi bakat lakonan mereka. Mereka sudahpun disunting oleh syarikat itu pada Ramadan lalu.
Sekarang filem itu pada peringkat praproduksi dan bakal ke lokasi pada pertengahan bulan depan. Pengarahnya adalah MP Roslin.


sumber- METRO CAK, telah diedit sedikit..^_^


-so untuk kipas susah mati SEPAH.. ini berita baik untuk anda semua..=)

Kenapa lambat kahwin..??

Kenapa lambat kahwin? - Kerana Allah tahu masa yang terbaik untuk ku.

Dah Berpunya? - Ya..Kerana setiap orang telah ditetapkan jodoh masing2.

Siapa? - Nanti Allah akan perkenalkan.

Bila? - Bila jodoh sampai.InsyaAllah jemput datang ke walimatulurus ku nanti.

Janganlah selalu bertanya bila orang tu nak kahwin..Kerana semua rahsia dia, terletak di tangan Allah..Sampai masa Allah akan membongkarkannya..

InsyaAllah..

gambar sanding ashraf muslim & dayana

-copy paste entry from fb..

p/s- cik intan muda lagi..hehe.. waiting my Mr. S.... ^_^

Sunday, 18 September 2011

Gambar Raya 2011

Dah 3minggu hari raya berlalu baru la cik intan nak upload gambar raya..haha..

busy sebenarnya maklumlah baru mula bekerja & kena OT setiap hari.. jadi sabtu ahad je boleh online itu pun kalau tak berjalan & sudah semestinya kami berdua berjalan, tak lekat di rumah..

antara gambar raya kami..

my mom, mak teh, nenek, cik intan & cik khulda

family saya wif my luvly mom & my adik

cik khulda & cik intan

me n my bro

p/s-gambar ni semua pada hari raya kedua

Majlis Sambutan Hari Raya PSSCM 2011 di Senawang Negeri Sembilan

Hari sabtu lepas 17hb ada Majlis Sambutan Hari Raya Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) di Senawang Negeri Sembilan yang dianjurkan oleh PSSCM cawangan Negeri Sembilan.

Kami konvoi ke negeri sembilan 9 buah kereta. Kami sampai kat Senawang pukul 1.30pm..
selepas bersalam-salaman.. terus kami menjamu selera, makan nasi dulu..
sambil tu dengar la orang berkaraoke..ada gak yang sedap..

pastu duk relax jap..ada yang gi solat..
& then sambung makan lagi..kali ni makan sate & ayam percik pulak..

gambar2 ketika majlis ambik dari my fren fb Sarah

kami semua dr psscmuiam bergambar depan umah pakcik aiman



saya yg pakai tudung kelabu..saje letak gambar blur..hehe =)

petangnya ada ucapan2 dari YDP negeri sembilan, naib Presiden, SU Agung & YM Guru Utama..

Majlis habis pukul 5petang. Lepas tu kami pergi rumah adila izzati, dia baru pindah Nilai.

-mode:gembira sebab jumpa kawan2..lepas rindu kat geng psscmuiam..=)

Thanks to Eyfa Zalifa review blog kami..=)

Hari tu ada join segmen Diari Ramadhan oleh eyfa zalifa

the lucky 3 blog akan di review oleh beliau..

& Qisatulhayati telah terpilih..thanx a lot.. =)

banyak gak komen yang diberi..

semua review cik eyfa kami terima & akan diperkemaskan lagi blog yang baru berusia 2bulan ni..
thanks again.. =)

Saturday, 17 September 2011

Manara Kuala Lumpur

Sabtu lepas kelas dibatalkan..tapi I adalah antara individu yang tidak menerima info tersebut gara-gara tidak membaca pengumuman di web..

Terpaksa lah I call semula driver I untuk ambik I balik..Plan apa nk buat lepas kelas batal? Jom pegi menara KL..hahaha..sekarang dah duduk KL tapi tak pernah pegi menara ni. Seingat I, last I pegi menara ni adalah pada tahun 1996. Masa tu join rombongan sekolah untuk pelajar2 lepas UPSR mengisi masa lapang. Mase tu kecik lagi..baru 12 tahun..sangat teruja pegi menara KL. Tapi sekarang ni I sekadar memenuhi tuntutan my little prince hakimi tu aje laa..dia yg beria nak kesana.

kimi yang snap pic ni..diam2 je dia amik sendiri rupanya.

see..nampak sangat dia takot kepada haiwan itu..

kimi wit my sis aka ateh kepadanya

haiwan ini pose dengan macho sekali..nama dia iguana kot

yang ni makan dengan sopan..giant turtle nama nye

nasib baik kamu ular..kalo tak saya cubit2 pipi kamu..coz kamu nmpak comel dgn pose begitu

zzZZZZZzz yg ni asik tido dari awal kedatangan kami..mengantuk sungguh..kesian

Friday, 16 September 2011

dikecewakan...:(

kecewa..kecewa....tak ada perkataan lain yang lebih sesuai melainkan kecewa. terutamanya cik intan..dia nyata sangat kecewa-nya..

disebabkan kecewanya itu dia telah meminta i memujuk diri kami dengan makan nasi ayam penyet di wong solo ampang..maka dengan tidak rela hati kami pun menamatkan kekecewaan kami di sana..
harapnya next date yang diberitahu itu takde la tuko2 lagi yea...kalo tak habih i kena belanja cik intan makan lagi skali.

muka kecewa cik intan bersama jus buah pelbagai rasa...kecewa x?cam hepi jek coz berjaya pujuk i belanja dia makan

Tuesday, 13 September 2011

Dinner at Santini KLCC

khamis lepas ofis ada buat dinner sempena farewell party Mr Chris, our Boss..

dinner kat Santini KLCC... i ingatkan buffet, terus boleh makan..tapi sampai2 jer..
dorang bagi menu.. kitaorang duk je.. I pulak puasa time tu..

belek2 lah menu..
nak makan apa..
harga boleh tahan la mahalnya..

tapi dah kata, "U can order whatever you want".. company bayar..
kami pun dengan lajunya mengorder makanan..haha
& I choose rib eye steak.. haha.. dah la tak pandai order ikut orang je..
masa order siap double confirm dengan waiter tu, sama ada steak ada letak wine ke tak..
risau kot, sebab kat situ ada serve wine..
harga RM59..tapi memang sedap..

lepas makan aktiviti bergambar2, ucapan & bagi hadiah

ni red eye rib harga 59.90

tuna ada nasi

yang tak berjaya di habiskan
air jus mangga..sedap


the best part, bila ada yang suruh terus open hadiah

my boss terus cakap
"this is my present, why i need to show to all of u" =)

-Mr Chris is the one who interview me.. =)

Saturday, 10 September 2011

Video Jep Sepah tentang perpecahan Sepah secara rasmi..

video

"Memang kami sudah berpecah"..kata jep sepah..

video ni baru je JEP post kat facebook malam semalam.

-apa pun all the best to JEP SEPAH.. =)



Jep Sepah Funclub Fb

Assalamualaikum semua..~~

Ni ada good news tuk semua kipas susah mati sepah terutamanya JEP SEPAH.

Jep baru je buat fanclubjepsepah kat facebook.. so, korang laju2 la add Jep k.. =)

lagi satu group ni Funclub Jep Sepah

boleh la korang berinteraksi dengan lebih dekat dengan JEP.
Dua2 ni memang Jep sendiri yang handle k..

jadi, no more fake fb fan page & whatsoever.. =)

korang boleh tengok video dari Jep pasal sepah kat situ..baru je Jep upload.

-cik intan, of cos la laju2 da add &join group.. =)

“Aku nak promosi blog di UmarFaruq.Com!!“..

umarfaruqdotcom

dapat tau segmen ni dari luqman

kalau nak join gak klik kat atas ni k.. =)



Wednesday, 7 September 2011

"BLOGLIST NASZ BULAN SEPTEMBER 2011"


Sempat join bloglist Nasz bulan September..

sebab dah join bloglist bulan ogos jadinya

mahu berada dalam bloglist september pulak

&
nak tambah lagi kenalan & follower


Tarikh tutup: 7/9/2011 Kul 11.59pm

sempat lagi kalau nak join Klik SINI

entry busy kerja setiap hari..

assalamualaikum semua..

cik intan baru je mula bekerja hari isnin hari tu..kiranya baru 2 hari lah..
Kerja biasa2 je.. cuma kerjenya agak busy &
tiap2 hari kena buat OT sampai kul11..ambik kau..

x tau nak tulis apa, mata pn dah mengantuk..

Selamat bekerja bagi yang bekerja esok.. =)

p/s- Jom puasa 6 semua.. ^_^

Saturday, 3 September 2011

Beraya di Kuala Gandah Lanchang dengan Gajah-gajah

Petang semalam lurvee aka my mak cu ajak gi Kuala Gandah nak bawak hisyam hakimi.

Ni Alamat tempat & no telefon kalau korang nak gi;


Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah
Jabatan PERHILITAN
Kuala Gandah, 28500 Lanchang
Pahang Darul Makmur, Malaysia


Tel: 09-279 0391
Faks: 03-279 0398


Waktu Pejabat:
Hari Masa
Isnin – Ahad 8.00 pagi - 1.00 tengahari
2.30 petang - 4.30 petang
Jumaat 8.00 pagi - 12.30 tengahari
2.30 petang - 4.30 petang


-Call dulu sebelum datang tau

ni link details pasal Kuala Gandah

Aktiviti kat sini mula kul 2.15 petang.

Antara aktiviti-aktiviti ialah:-


MENUNGGANG GAJAH:
Pelawat berpeluang menunggang gajah disekitar pusat ini.

MANDI GAJAH:
Pelawat boleh berenang dan mandi bersama gajah di sungai di bawah pengawasan petugas.

MEMBERI MAKANAN:
Pelawat boleh membantu memberi makanan kepada gajah seperti pisang, betik, kacang dll.
-kacang harga RM3.

VIDEO:
Pelawat digalakkan menonton dokumentari mengenai proses pemindahan semula gajah liar.


  • Peringatan: daftar dulu kat kaunter k & pastu tampal sticker kat baju. kalau tak, tak boleh masuk.. =)

-Tempat ni memang cantik, lanskap dia. Gambar nanti saya upload.

p/s-best gak beraya dengan gajah2 ni..hehe..~ ^_^

Download Maharaja Lawak Raya

sape yang terlepas tengok Maharaja lawak raya semalam @ x de astro leh la download ML Raya

link kat sini maharaja-lawak-raya
ada part1 & 2

semalam memang hari sepah lah

kul 3ptg kat astro warna= ML Raya

kul 9mlm kat TV1= Gegar Raya kg pening lalat

kul9mlm -Galaksi Raya TV9

kul11mlm= Dari Kedah ke KL TV3 (ada jep je)


Friday, 2 September 2011

Book fest KLCC 27/8- 4/9/2011

Korang tau tak sekarang ni ada book fest kat Klcc..
Saya pun baru tau dari fb..


Event Duration :Sat, 27 Aug 2011 - Sun, 4 Sep 2011

Catch the BookFest @ Malaysia 2011 at Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), Hall 1 - 5
Time: from 10am till 10pm

Bookfest @Malaysia 2011- One book one world..~
-Sempat lagi kalau nak pergi ni.. =)