Ni Alamat tempat & no telefon kalau korang nak gi;
Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah
Jabatan PERHILITAN
Kuala Gandah, 28500 Lanchang
Pahang Darul Makmur, Malaysia
Tel: 09-279 0391
Faks: 03-279 0398
Waktu Pejabat:
Hari Masa
Isnin – Ahad 8.00 pagi - 1.00 tengahari
2.30 petang - 4.30 petang
Jumaat 8.00 pagi - 12.30 tengahari
2.30 petang - 4.30 petang
-Call dulu sebelum datang tau
ni link details pasal Kuala Gandah
Aktiviti kat sini mula kul 2.15 petang.
Antara aktiviti-aktiviti ialah:-
MENUNGGANG GAJAH:
Pelawat berpeluang menunggang gajah disekitar pusat ini.
MANDI GAJAH:
Pelawat boleh berenang dan mandi bersama gajah di sungai di bawah pengawasan petugas.
MEMBERI MAKANAN:
Pelawat boleh membantu memberi makanan kepada gajah seperti pisang, betik, kacang dll.
-kacang harga RM3.
VIDEO:
Pelawat digalakkan menonton dokumentari mengenai proses pemindahan semula gajah liar.
- Peringatan: daftar dulu kat kaunter k & pastu tampal sticker kat baju. kalau tak, tak boleh masuk.. =)
-Tempat ni memang cantik, lanskap dia. Gambar nanti saya upload.
p/s-best gak beraya dengan gajah2 ni..hehe..~ ^_^