Pages

Ads 468x60px

.

Thursday 31 May 2012

#pink01



ok  cik intan dh beli baju, baju untuk wedding kazen dia.


seperti warna tema yang disarankan oleh pengantin iaitu pink

....tapi rasanya lepas ni dia akan beli lagi sebab dia memang suka membeli

Wednesday 30 May 2012

Selamat Pengantin Baru Qemm


kepada opismate (cik Qemm) yang telah melangsungkan perkahwinan pada 27 Mei 2012.

dia ni database administrator(dba) kat opis sy...so 2 minggu la xde dba (cuti honeymoon)

selamat berbahagia Qemm...:)




pic credit to makeupfreak yang menyolek Qemm dengan jelita sekali





Tuesday 29 May 2012

Majlis Komensmen



Majlis Komensmen abg long lurvee @ ayah long cik intan yg bertempat di Institut Aminudin Baki, Genting Highlands pada 26 Mei 2012.

Sijil Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL) 




kongratulasi abg long@ayah long...:)

Monday 28 May 2012

jemputan ke majlis kawen

Assalamualaikum semua..

Cuti sekolah dah pun bermula, makanya jemputan ke majlis kahwin kawan2 pun banyak lah kan.. maaf kalau saya tak dapat hadir ke kenduri anda. Tapi doa saya untuk kalian semua agar berbahagia hingga ke syurga.. Barakallahulakuma.. Agar dapat menjadi keluarga yang sakinah, mawaddah wa rahmah..Ameen..

Baru-baru ni cik intan dapatlah jemputan ke majlis kawen kawan, senior masa di UIA dulu.. kat dalam kad tu tulis...


Alamak biasa orang tulis dan keluarga kan, sebab bagi kat family.. ni tuk yang belum kawen dengan pasangan.. hm.. 

p/s-Banyak kenduri kawen kawan2 nak kena gi bulan 6 ni.. =)

lurvee menulis: wahhh..jeles..jeles..jeles



Sunday 27 May 2012

Would YOU Marry YOU??

Assalamualaikum semua..

Would YOU Marry YOU??
Tajuk pun macam confius sikit kan.. Ok, ambik ni dari FB Productive muslim. Sangat terkesan dengan soalan "would you marry you?"  ini. (Adakah anda mahu berkahwin dengan diri anda)..
Try ok!

"Take out a paper. Write down 10 good traits (faith, personality, etc) you want in your future spouse. Done?
Now look over this list and try to develop those traits in yourself!
That which you seek, build in YOURSELF first,

Insha' Allah. The same could be applied to married couples as well! How would you like your spouse to be?
Develop these qualities first and you will find a change developing in your spouse. Sometimes you gotta change yourself first if you want to change the world."

Ok, untuk gadis2 dan lelaki2 bujang di luar sana, mari kita cuba ini. Senaraikan 10 sifat, personaliti, perangai yang baik yang anda mahu dalam diri pasangan anda. SELESAI?


So, check balik ada ke sifat2 tu dalam diri anda. Kalau ada bagus alhamdulillah..kalau tak, tunggu apa lagi siapkan dirimu dengan sifat-sifat baik itu. Insya-Allah kita akna mendapat pasangan yang baik nanti. Ameen.




Tips dapat pasangan baik-selalu berdoa mintak jodoh yang baik. even kalau nampak seseorang yang punya akhlak baik dan kita rasa berkesan dengan akhlaknya, terus berdoa waktu itu-"Ya Allah, berikan aku jodoh yang baik sepertinya". 

Moga kita mendapat pasangan yang baik & sepadan dengan kita. Ameen..

Saturday 26 May 2012

New Picture..~

Assalamualaikum..

Dah nak setahun ada blog, hari ni baru la tukar profile pic.. ni pic yang dah guna selama 10bulan tak tukar2..huhu


ni pula pic yang baru.. =)


pic pakai purdah gitew..style ala-ala arab memang tak ubah.. =)
ok..sekian..

p/s-kahwin nanti nak buat theme arabian lah..haha tak de kaitan kan.. peace..

kesan yang mendalam




adalah normal bila ini terjadi kepada kita...susah senang bersama, namun tetap akan tiba waktu apabila dia akan pergi dari kita...

entry sedey-sedey..sebab lately ni yang terjadi semua menyedihkan..aih..sudahlah..ada banyak lagi pekara gembira....smile...:)

Friday 25 May 2012

1/2


Bernyawa dengan sebelah jiwaku

Ketika kau ucap kata selamat tinggal
Ku sangka diriku kan hancur
Nestapa menyiksa membuat aku sedar
Hanya aku yang bisa mengubah arah hidup

Lihatlah, lihatlah aku buktikan padamu
Walaupun ku jatuh tapi tak tersungkur
Biarkan, biarkan ku berdiri sendiri
Kerana ku yakin masih lagi mampu
Bernyawa dengan sebelah jiwaku

Ku tahu kau mahu melihat aku sugul
Tapi tak akan ku menzahirkannya
Meskipun hatiku berderai bagai kaca
Ku kutip serpihannya dan cantumkan semula

Takkan ku biarkan mata mengalirkan air mata kecewa
Kini ku berani lebih berdikari

Bernyawa dengan sebelah jiwaku

**************************************
God, I am failed, please forgive me, please send me the man you have chosen for me, bring him closer to me Dear God, Ameen...terluka tapi bukan putus asa...:)

Thursday 24 May 2012

sebelum pergi


menjalankan kerja-kerja teknikal.. sebelum pergi kita uninstall siap-siap apa yang haram kat pc ni. haram ni xde kaitan dengan xxx atau 3gp, tapi software yang xde lesen. yer laa..xmampu beli. 



Wednesday 23 May 2012

ole-ole


nice color..sy suke..tqvm kepada pemberi...

dah lama xbeli kaftan ni..yer last skali sumone juga yang bagi..dalam 3 tahun lepas..hmm lama dah tu.


Tuesday 22 May 2012

sebulan lagi...

mula mengira daripada sekarang, sy ada sebulan saja lagi..lepas tu sila ucap selamat tinggal. macam2 rasa yang muncul...kita dah bersama selama 3 tahun. ahirnya harus berpisah juga.

berdrama pula....ok...start counting, esok pelbagai tugas menanti..selamat tinggal

Monday 21 May 2012

1 Rejab

Assalamualaikum semua..

Hari ni hari terakhir jamadilakhir.. esok dah 1 Rejab. Selepas maghrib hari ni dah masuk 1 Rejab. Maknanya lagi 2 bulan sahaja sebelum ramadhan menjelma lagi. Jom baca doa ni;



Banyakkan beristighfar dan berpuasa sunat di bulan Rejab ni. Bagi kaum hawa yang belum qada puasa tu, elok2 lah qada yer.. =)

p/s-Jom puasa esok, 1 Rejab..

1/4 for me...

koleksi makan-makan kali ni ialah iranian food..dah lama x cite pasal makan. ni tulih ni pun sebab nak cover cik intan yang dah sangat malas menulis...apa keje nya pun xtaw...nak kata buat persiapan kawen, bukan dia yg nak kawen.

ke cyberjaya atas urusan kerja..untuk lunch kita cuba la restoran ni. Persian & Iranian Food ...ala failed la apa nama penuh nya, tp lebih kurang macam tu laa bunyinya.

ok belek-belek menu..then cuba la order beberapa hidangan..tambah side order lagi..takot xcukup..sebab order roti ajer sebagai main dish. then pelayan tu cakap..roti dia besar...rasanya cik xperlu tambah mende lain..nanti takot tak habis.

ok...setuju jek laa..sebab dia yang punya kedai..mesti laa dia taw...walaupun dalam hati rasa risau, takut x cukup sebab tengah lapar.

hmmm

yang ni rasa nasi dia cam pelik cket..RM15.

cuma mampu makan 1/4 jee..sebab roti dia membuatkan rasa cepat kenyang. cam burger tp besor..RM10. so mmg xperlu order mende len dah..yang ni pon xabih makan

minuman...ok gelas dia pon besor+tinggi(compare dgn gelas biasa tu)..RM3/glas.ok untuk sy yg kecik molek ni..bila gelas ade kaki tinggi..sy rasa sy perlu kerusi yg lebih tinggi..arghhh...

ohh..ok lahh..harap2 pasni cik intan update la pulak

Friday 18 May 2012

biru kepada pink




wahhh..salah info ....sebelum ni memang dah percaya dalam otak yang warna tema keluarga kami adalah biru.now baru je dapat info yang ia sebenarnya pink@merah muda.

aduhh pengantin ni....nasib baik belum beli baju biru..

now gadis-gadis kene cari baju kaler pink...Pink it's my new obsession

nanti kita review baju deorang ni satu per-satu...coz ramai gadis-gadis dalam keluarga ni..:)

Thursday 17 May 2012

kamu perlu sarapan



minggu yang penat..makan tah kemana..tido tah kemana..balik rumah pon..rumah tah kemana..ehh bole pulak camtu. berserabot dah semuanya.

pagi ni bangun sorang2..pegi breakfast sorang2.. sorang..sorang...sahabat lain dah pergi mengendalikan kursus. oleh kerana khidmat sy tidak diperlukan lagi ..maka tingallah seorang diri.



sarapan yang menyihatkan

mereka ni pergi seawal pagi dan tak sarapan rupanya...ok kupon sarapan tu sy amik semuanya dan tapau makanan bawak balik...heheh..nak buat apa tah..tamak sungguh. nak makan sorang diri juga ahirnya.

Thursday 10 May 2012

biru

dia dh pilih kaler biru untuk wedding dia(merujuk kepada anak saudara i yang bakal berkawen 17 jun 2012 ni)....jadi kami pun bersiap sedia dengan warna biru

cute ajer kad dia kan...:) 

ok baju belom ada, tentang cik intan plak..xtaw laa dia. xde pun dia update pasal baju yang dia nak pakai...mungkin dia x minat untuk berfesyen waktu majlis tu nanti.. xtaw la kalau dia ada niat nak buat kejutan

biru ni fav kaler i juga..tapi sejujurnya..i xbanyak baju kaler biru..


agak nak pilih tone biru yang mana satu yer???


pakai baju cegini bole...:)


Sunday 6 May 2012

morib

lama sudah kami x pergi bercuti-cutian..last sekali ke kuantan rasanya. itupun 2 taun lepas.. yang lain setakat balik ari. xbole dikategori sebagai bercuti kalo bergitu..penat

setelah terbeli kupon ni, dan tak pegi2..elok la pegi sebelum tamat tempoh...

ni untuk water theme park

gaye jek lebih deorg ni

macam reti jek dia guna board tu

kanak2 seusia

dalam sungguh kolam ini

ok xde org sebab pegi weekday

singgah jap kt sini