Pages

Ads 468x60px

.

Monday 19 September 2011

Filem Sepah the movie

SEJAK jadi juara Maharaja Lawak, saham Sepah cukup melambung. Drama lakonan mereka dalam Astro dah dibuat bersiri-siri, seperti telefilem Bujang Sepah Silalalitamplom, Burger Layan Diri, Ibu Mee Segera, Lemang Aidilfitri Si Bujang Sepah, Dodol Si Bujang Sepah, drama episod Bujang Sepah Silalalitamplom, Tok Ketua dan 3 Bendul.


Lawak mereka sangat bersahaja, menghiburkan dan bukan dibuat-buat. Dalam mengharungi arus glamor dan kemasyhuran,mereka sudah pun membawa haluan masing2. Tetapi akan bergabung kalau ada job yang memerlukan mereka bertiga. Sepah yang dianggotai oleh Jep, Shuib & Mamat bakal digabungkan di dalam filem SEPAH THE MOVIE..



Syarikat produksi PTV Film Productions Sdn Bhd menyatukan mereka bertiga dengan menerbitkan filem Sepah The Movie kerana produsernya sangat mengkagumi bakat lakonan mereka. Mereka sudahpun disunting oleh syarikat itu pada Ramadan lalu.
Sekarang filem itu pada peringkat praproduksi dan bakal ke lokasi pada pertengahan bulan depan. Pengarahnya adalah MP Roslin.


sumber- METRO CAK, telah diedit sedikit..^_^


-so untuk kipas susah mati SEPAH.. ini berita baik untuk anda semua..=)

No comments:

Post a Comment