Pages

Ads 468x60px

.

Wednesday 10 April 2019

Ectopic pregnancy @hamil luar rahim

Assalamualaikum..

Actually dah tulis ni kat fb before Oct 2017.
This gonna be very long post.

Ectopic pregnancy @mengandung luar rahim.

Kehamilan ektopik ialah dimana biasanya janin akan melekat di tiup fallopio.

Ia boleh mendatangkan kematian jika tidak dikesan awal kerana jika ia membesar boleh menyebabkan tiub itu pecah.

1-2 % Kehamilan adalah ektopik.
Mengandung luar rahim sering didapati semasa 5-10minggu pertama kehamilan.

Ia amat merbahaya dan boleh menyebabkan kematian, kerana terdapat arteri besar di luar setiap tiub fallapio (Owh Ada 2 yer tiub, kiri & kanan). Jika arteri itu pecah boleh menyebabkan kematian.
Sumber:https://siraplimau.com/mengandung-luar-rahim-simptom-risiko/

My Case: Double line.

Mula-mula tahu pregnant lepas balik dari The Magnificent Merapoh Trail 2017 (1st event dnf km85 join 100km ultra trail).

Masa tu selera makan naik macam apa ntah. Asyik nak mengunyah jer. Tengah malam lapar siap goreng tempe dan makan dengan nasi. My husband n mum pelik sbb that's so not me bcoz I will choose sleep than eat..haha

Ok back to story. Dekat opis pun sama asyik nak makan. So, my bff perli kata ada apa2 ni. Memula I biasa jer tapi lepas banyak kali dia cakap, terus pegi watson beli pregnancy test. Beli yang ada 2 sebab ada baca kadang2 yang first tak clear. So balik rumah sampai terus check tapi line tak clear. Jadi tunggu 2hari. Penat nak tunggu. Cuba sekali lagi & kali ni memang clear 2 line. Bagitau husband dia cam tak percaya jer..Huhu

Beberapa hari lepas tu pergi klinik scan. Dr cakap betul Ada kantung. 4weeks. Alhamdulillah syukur, cam tak percaya jer.

Tapi langit tak selalu cerah. Allah uji kami. Sebelum Raya Haji Ada spotting (keluar darah) tak banyak tapi few days. Sebab Rasa takut and risau kalau gugur Ke apa. Jadi sekali lagi gi klinik scan & that Dr Pakar O&G HKL (locum situ) said takde kantung. So, maybe gugur. Sebab scan tak nampak tapi Dr suruh Raya dulu pastu baru gi Hospital. Dr tanya kalau ada keluar sisik2 or darah ketul2. Cakap takder. Lepas keluar jer bilik Dr terus nangis macam apa ntah. Sedih semua ada. 😭

Lepas Raya Haji

Kerja macam biasa sampai khamis malam sakit belakang teruk sangat tak boleh tidur baring, kena tidur ngiring jer peluk bantal peluk. Cuba baring biasa Sakit sangat sampai pagi. Nak bergerak pun sakit. Time tu ingat Sakit belakang or angin. Ayah Mertua Ada try urut pagi tu Kat kaki tapi sakit tak hilang. Pagi tu gi klinik, cakap symptoms semua Dr just bagi pain killer, ubat Angin, ubat tahan muntah. Tapi dia tak scan & lupa minta dia scan. Balik rumah dapat MC, sakit macam kurang sebab makan painkiller.
Petang tu sempat masak tapi tak larat berdiri lama, bawak kerusi gi dapur.

Malam masa solat isyak kemuncak Pening2 & pitam, jatuh semasa rakaat ke2 kot. Pastu baring kejap ingat macam pitam biasa lepas minum air rasa cam ok nak gi bilik air dan sekali lagi pitam kepala langgar baldi time jatuh mujur tak kena toilet bowl.

Husband bawak keluar dah sedar tapi lemah, heart beat laju. Terus Husband call MIL FIL. Dorang datang, lucky rumah Selang 2lorong jer. Terus gi KK depan rumah MIL. Time turun tangga dah tak larat sangat. Bawak ke kereta pun husband & FIL tolak sis atas kerusi. Kat KK tunggu Dr dan hari sabtu machine tak on just check Bp low. Tak dapat check darah. So, Dr just tulis surat suruh gi Hospital Serdang, tulis low blood pressure due pregnancy.

Sampai Emergency, first staff tu hantar kat yellow zone pastu suruh gi red zone sebab muka dah pucat sangat. Dr terus check Bp low, scan atas n bawah & dengar he shout Ectopic.
Terus orang bawak tepi tukar baju OT and check bp. Tanya history Semua. Kul 1pagi tolak masuk OT. Operate sebab dah burst so, kena buang tiub belah kanan. 2days Kat hospital & 1month MC.

Sis lost 2.2litre blood. Masuk darah 3pint. Serious sakit masuk darah sampai bengkak-bengkak tangan.

MC sebulan sampai 10/10/17 My besday.

Kena pantang sama macam orang bersalin yer.
Menu ikan tenggiri, sayur sawi.

Duduk kat kg Mentakab 3minggu.
Sekarang dah kerja. 💪



#ectopicpregnancy #hamilluarrahim #mystory #Sept2017

No comments:

Post a Comment