Pages

Ads 468x60px

.

Tuesday 30 April 2019

Urut lepas bersalin

Urut lepas bersalin & habis pantang 40 hari

Nak share mengenai urut lepas bersalin. Ada beza kalau urut bersalin normal & Czer. Itu kena tanya tukang urut.

Intan bersalin normal. Selepas seminggu bersalin, Intan ambik pakej urut badan untuk tiga hari berturut (sabtu sampai isnin). Urut 1badan selama sejam setengah. Harga pakej RM270 (RM90 sehari), masa booking cuma kena bayar 10% jer RM27. Berurut dengan Kak Laily dia ada Spa dekat belakang Kipmall Bangi.

Ambil urut sahaja sebab tungku & bengkung buat sendiri (Mak jaga masa pantang). Mak juga yang masakkan dan mandikan baby. So, kalau korang berpantang sendiri boleh ambik Confinement Lady pakej ada yang include masakan pantang & jagaan baby sekali.

Urut pemutus pantang

Selepas habis pantang 40 hari Intan ambik urut pemutus pantang. Cari kat kg Temerloh, jumpa Spa Muslimah kat Jalan Bahagia sebelah Oren Cake. Ambik pakej penutup pantang RM120 include bertangas, lulur ,rendaman dan Urut 5 serangkai urut susu, naikkan peranakan, ketatkan vagina (2jam setengah). Plus ambik naik seri wajah include lulur muka (guna scrub cofee) dan urutan muka. Yg ni tambah lagi RM25.

Lepastu beli scrub kopi 2 in 1 badan & muka RM10 & Jus Kencur (kunyit) RM32 -4botol.
So, total RM187. Owh btw kat Spa ni semua yang diaorang guna, buat sendiri - minyak urut, scrub kopi dan jus kencur.

Recommended sangat Spa ni, lepas berurut memang rasa segar & badan lebih ringan. Owh ada jugak pakej untuk bakal pengantin RM100 jer untuk  urutan 2jam & Urut Ikhtiar Anak RM80. Kalau nak hubungi Spa atau Kak Maria klik SINI.

No comments:

Post a Comment