Pages

Ads 468x60px

.

Monday, 21 November 2011

Chocolate bar


ok hari tu dapat coklat bar sorang satu dari opismate...wah nazar apa agaknya dia sedekah coklat ni, sorang satu plak tu..memang tak habis makan sesorang..nak share tak boleh..orang len pon ada coklat masing2. bawak balik simpan dalam peti ais saja.

makan coklat boleh buat berat badan bertambah?hmmm....

penyelidikan yang dijalankan telah membuktikan khasiat dan kebaikan koko dengan tahap kalorie adalah dianggap normal.

jom baca info tentang coklat ni yerr...






MITOS
Coklat yang mengandungi koko adalah makanan yang tidak berkhasiat.
FAKTA
Satu bar 1.5 auns coklat susu menyumbang kandungan peratus berikut kepada nilai pemakanan harian yang disyorkan (USRDA): Kalcium - 9%; Riboflavin - 9%; Protein - 6%; Zat Besi - 3%; Vitamin A - 2.4%; Thiamine - 2%. Nilai khasiatnya akan bertambah jika kacang atau mentega kacang dicampurkan. Coklat sungguh berkhasiat.


MITOS
Coklat adalah sumber utama 'dietary sugar' untuk kanak-kanak.
FAKTA
Kajian yang dijalankan di Michigan State University menunjukkan bahawa kurangMYTHdaripada 3 peratus daripada jumlah pengambilan gula oleh kanak-kanak diperolehi dari coklat dan lain-lain konfeksyen.

MITOS
Coklat mengandungi sodium yang tinggi.
FAKTA
Satu bar 1.5 auns.coklat yang tidak manis atau separuh manis hanya mengandungi 1.5 mg sodium; satu bar coklat susu - 40 mg. Cuba bangdingkan dengan: 1 cawan susu - 122 mg; 1 keping roti gandum - 132 mg dan 1 auns keju swiss yang mengandungi 440mg sodium.

MITOS
Coklat menyebabkan kerosakan gigi.
FAKTA
Kajian telah mendapati bahawa satu daripada bahan yang terdapat dalam serbuk koko menghalang pembiakan bakteria yang akan membentuk plak gigi

MITOS
Coklat menyebabkan jerawat
FAKTA
coklat bukanlah penyebab jerawat, jerawat disebabkan faktor keadaan kulit yang berminyak oleh aliran keluar minyak yang berlebihan, makanan berminyak dan hormon. Oleh itu tidak perlu menahan diri daripada memakan coklat kegemaraan anda.

MITOS
Kafein dalam coklat menyebabkan kanak-kanak terangsang dan menyebabkan mereka terlalu aktif.
FAKTA
Satu auns coklat adalah 5 milligrams. Satu cawan kopi mengandungi antara 93 dan 153 milligrams dan bagi teh pula ia bergantung kepada berapa lama ia dibuat, mengandungi antara 28 dan 44 milligram kafein secawan. Ada juga minuman ringan yang mengandungi antara 32-65 milligrams bagi satu tin seberat 12 auns.
Anda terpaksa memakan banyak bar coklat (lebih kurang 50 - 1.5 auns bar coklat) barulah anda boleh menyalahkan coklat kalau anda tidak nyenyak tidur.

MITOS
Memakan coklat dan lain-lain konfeksyen adalah penyebab utama kegemukan kanak-kanak.
FAKTA
Kajian menunjukkan kanak-kanak obes mengambil gula yang kurang tetapi lebih kepada lemak dan protein.

6 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Coklat mmg sedap n berkhasiat.. =)

    ReplyDelete
  3. keburukan coklat:org yg ade migrain tak bleh mkn nnt saket kpale..haha

    ReplyDelete
  4. sedapnya >.< tapi saya prefer choc pahit. hehe :)

    ReplyDelete
  5. princess violet: betul 2.. hmm.. makan gula-gula je la..hehe

    hira: sedap kan coklat..owh suka yg pahit ek.. =)

    ReplyDelete
  6. I love this blog!! The flash up the top is awesome!! snickers almond

    ReplyDelete