Pages

Ads 468x60px

.

Wednesday, 13 June 2012

Martial art? saya pilih silat..~

ok saya memang minat Martial art. tapi saya tak pernah belajar martial art lain selain silat.

Ok, sejarah macam mana saya boleh join silat ni adalan kerana roomate saya masa kat matrik uia Pj, cik nurli (yeni) & pn atun (hehe..cik tun dah kahwin) join silat. pastu saya pun ikut la diaorang.

tapi bukan mudah untuk saya tamatkan semua peringkat, ada 3 peringkat Asas, Jatuh & Potong. macam-macam dugaan, sampai saya hampir-hampir berhenti. tapi ditakdirkan Allah saya belajar sampai tamat.
siapa sangka budak yang lembik boleh belajar silat. maka benarlah jika Allah telah menetapkan sesuatu itu tiada yang mustahil.

Silat ini sangat sesuai untuk perempuan. Kenapa?

Sebab tak perlu berkuda-kuda seperti silat lain.
kena berdiri tegak je.

& silat ni jugak tak ada bunga-bunga. Hanya ada buah. Buah pun ada 21 buah sahaja.

Pakaian untuk yang tamat uniform tapi untuk ahli yang belum tamat hanya pakaian t-shirt biasa + track-suit.

bagi yang berminat nak belajar martial art terutamanya perempuan boleh la cari silat ni.

boleh tengok kat website http://www.silatcekak.org.my/
untuk mengetahui lebih lanjut & senarai kelas latihan yang hampir dengan anda.

Macam-macam yang saya belajar sepanjang berada di dalam PSSCMUIAM.
Semuanya adalah pengalaman dan kenangan yang tak dapat dilupakan.

HIDUP CEKAK..!!

kongsi gambar2 dengan ahli Psscmuiam:




3 comments:

  1. silat banyak pantang larang kan? aku pilih muay thai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. pantang larang silat cekak:
      tidak derhaka pada guru
      tidak derhaka pada ibu
      tidak derhaka pada bapa
      tidak bergaduh sesama ahli
      tidak mencaci segala rupa bentuk silat melayu asli

      itu sahaja

      pantang larang yang digariskan silat cekak malaysia adalah untuk membuat ahli sentiasa beringat dan dengan harapan melalui silat ini,nilai murni yang baik dapat diterapkan seterusnya mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.

      Delete
  2. zul fattah: kitaorng ada 5 je pantang larang, x banyak pun..

    ReplyDelete