Pages

Ads 468x60px

.

Thursday, 31 January 2013

Review filem-Mama..~

Assalamualaikum semua..

Setelah lama menyepi, nak review sedikit mengenai filem mama.. Sebuah filem seram hantu  yang mengisahkan seorang perempuan sakit mental yang sudah pun arwah. Sila baca sinopsis dibawah kopi pes jer.



SINOPSIS MAMA
Lima tahun selepas kematian ayah mereka, Jeffrey (Nikolaj Coster-Waldau), Victoria (Megan Charpentier) dan Lilly (Isabelle Nelisse) dijumpai di dalam sebuah kabin terbiar di hutan.

Risau akan tingkah-laku mereka yang seperti haiwan, pihak berkuasa kemudiannya bertindak meletakkan mereka ke dalam klinik kebajikan di bawah jagaan Dr. Gerald Dreyfuss (Daniel Kash),


Dr. Gerald Dreyfuss kemudiannya memberi sokongan kepada hak penjagaan yang dituntut oleh adik Jeffrey, Lucas, (Coster-Waldau) dan teman wanitanya, Annabel (Jessica Chastain), dengan syarat mereka berempat menetap di sebuah rumah yang ditaja oleh klinik tersebut untuk membolehkan Dr. Dreyfuss membuat kajian terperinci.

Keadaan di rumah tersebut tidak lari daripada beberapa peristiwa pelik yang sentiasa berlaku, lantas menyebabkan kisah ‘Mama’ terdedah kepada mereka yang rapat dengan kanak-kanak tersebut; iaitu sesuatu makhluk misteri yang bukan hanya teman imaginasi Victoria dan Lilly.

Sumber:perekacerita/MAMA

-review: cerita ni ok lah tak seram sangat,tapi kawan cik intan boleh menangis ok tengok cite seram mama ni..mungkin sebab ada part yang sedih sikit.. Saya recommend untuk anda menonton cerita in kerana ada kelainan dari filem2 seram yang lain.. =)   4 star tuk muvie ni..

Sunday, 13 January 2013

Dinner at Sakura Kristal Taman Melawati..~~

Assalamualaikum..

Mood untuk berblog memang ke laut dengan berbagai perkara yang terjadi..Apa pun nak review pasa satu restoran ni.   Semalam cik intan, cik lurvee dan seorang lagi kawan cik Anna dinner di sakura kristal yang kat taman melawati  tu. Memang sedap lah makanan dia.. Layan gambr pic makanan di bawah.


makanan yang di order

maryland chicken chop..
grill chicken chop

Cik intan makan maryland chicken chop,lurvee makan grill chicken chop 
dan kawan kami makan beef steak.Harga makanan berpatutan dengan rasanya 
dan tempat pun cantik dan bersih.. =)





Sunday, 9 December 2012

berdebar menanti hari esok..~~

Assalamualaikum,

Esok 10 Disember 2012 adalah hari penentu kepada masa depan dan kerjaya cik intan, sama ada akan kekal dengan kerjaya sekarang di sebuah institusi perbankan atau pun berhijrah kepada kerjaya baru yang jauh bezanya dari kerjaya sekarang. Berdebar-debar ni..dup dap dupdap..

Dah lama rasanya tak tunggu apa2 result selepas tamat pengajian dari U dua tahun yang lepas. Jikalau dapat la esok kan,esok jugak kena hantar 1 week notice resign letter..sebab minggu depannya dh nak kena mendaftar diri.. moga dipermudahkan segala urusan dan moga cik intan dapat menerima segalanya dengan redha dan pasrah.. aamiin..


p/s-mood today nak gi 3 wedding,tapi macam 1pun tak gi jer.. hadiah dah siap wrap pun..~


Friday, 30 November 2012

Wedding ateh di Negeri Sembilan...~

Assalamualaikum..

Gambar2 sekitar majlis bertandang my auntie, i call her ateh jer- di kg pantai, jalan jelebu negeri sembilan kenduri sebelah lelaki.. pada 11/11/12.. agak meriah jugak lah sebab pak teh anak bongsu kata orang nak tutup bangsal dah..(kenduri terakhir)..siap ada kugiran bagai..   tema kaler kelabu n for families kaler biru air laut k.. sikit jer pic dari hp.. ok jom layan..

sebelum makan beradab...

pasangan pengantin dengan ibu2..

my bro n superbike..

makan time..!

susun kerusi jap..

kalah main game angry bird ker kimi  tanya kilah,
mjad hanya tengok jer..

p/s-alhamdulillh selesai sudah, next wedding next year pulak.. =)

Wednesday, 7 November 2012

Sepah The Movie

Assalamualaikum semua..

Ok nak cerita sikit pasal sepah the movie. Sebuah Filem Aksi Ekstrem Komedi dari Sepah. Bakal ditayangkan pada 29 November 2012.  Dibintangi oleh: Jep Sepah, Shuib Sepah, Mamat Sepah, Anzalna Nasir, Jehan Miskin, Ramona Zamzam, Azrul Raja Lawak, Pak Yus Rajalawak, Shiro Rajalawak, Talha Rajalawak. Pengarah:MP Roslin dan diterbitkan oleh PTV Film Productions.



Website -  http://www.sepahthemovie.com.my

facebook: https://www.facebook.com/SepahTheMovie



Sinopsis ringkas


mengisahkan 3org jejaka bujang yg bekerja di kilang elektronik. Jep,Shuib & Mamat berkawan rapat sejak kecil dan mepunyai hobi yang sama-obses dengan motor cross. Mereka merupakan juara motor cross di Johor Bahru.

Ayu Sofea,seorang gadis cantik yg bertugas sbg trainer di kilang mereka bekerja. Pelbagai strategi,sketsa,dan babak2 yang diatur oleh bujang Sepah untuk memikat Ayu Sofea. kegagalan mereka memenangi hati Ayu Sofea berpunca dgn kemunculan seorang pengurus baru di kilang tersebut,Based yg juga merupakan seorang pelumba motor cross & mempunyai pasukannya sendiri.

Bagaimanapun Sepah terpaksa menghadapi peristiwa yang telah melahirkan konflik persahabatan mereka, semenjak kemunculan seorang gadis cantik bernama Ayu sofea, apakah kesudahannya? Nantikan Sepah the movie, 29 NOV 2012..