Pages

Ads 468x60px

.
Showing posts with label sepah the movie. Show all posts
Showing posts with label sepah the movie. Show all posts

Wednesday, 7 November 2012

Sepah The Movie

Assalamualaikum semua..

Ok nak cerita sikit pasal sepah the movie. Sebuah Filem Aksi Ekstrem Komedi dari Sepah. Bakal ditayangkan pada 29 November 2012.  Dibintangi oleh: Jep Sepah, Shuib Sepah, Mamat Sepah, Anzalna Nasir, Jehan Miskin, Ramona Zamzam, Azrul Raja Lawak, Pak Yus Rajalawak, Shiro Rajalawak, Talha Rajalawak. Pengarah:MP Roslin dan diterbitkan oleh PTV Film Productions.



Website -  http://www.sepahthemovie.com.my

facebook: https://www.facebook.com/SepahTheMovie



Sinopsis ringkas


mengisahkan 3org jejaka bujang yg bekerja di kilang elektronik. Jep,Shuib & Mamat berkawan rapat sejak kecil dan mepunyai hobi yang sama-obses dengan motor cross. Mereka merupakan juara motor cross di Johor Bahru.

Ayu Sofea,seorang gadis cantik yg bertugas sbg trainer di kilang mereka bekerja. Pelbagai strategi,sketsa,dan babak2 yang diatur oleh bujang Sepah untuk memikat Ayu Sofea. kegagalan mereka memenangi hati Ayu Sofea berpunca dgn kemunculan seorang pengurus baru di kilang tersebut,Based yg juga merupakan seorang pelumba motor cross & mempunyai pasukannya sendiri.

Bagaimanapun Sepah terpaksa menghadapi peristiwa yang telah melahirkan konflik persahabatan mereka, semenjak kemunculan seorang gadis cantik bernama Ayu sofea, apakah kesudahannya? Nantikan Sepah the movie, 29 NOV 2012..









Monday, 19 September 2011

Filem Sepah the movie

SEJAK jadi juara Maharaja Lawak, saham Sepah cukup melambung. Drama lakonan mereka dalam Astro dah dibuat bersiri-siri, seperti telefilem Bujang Sepah Silalalitamplom, Burger Layan Diri, Ibu Mee Segera, Lemang Aidilfitri Si Bujang Sepah, Dodol Si Bujang Sepah, drama episod Bujang Sepah Silalalitamplom, Tok Ketua dan 3 Bendul.


Lawak mereka sangat bersahaja, menghiburkan dan bukan dibuat-buat. Dalam mengharungi arus glamor dan kemasyhuran,mereka sudah pun membawa haluan masing2. Tetapi akan bergabung kalau ada job yang memerlukan mereka bertiga. Sepah yang dianggotai oleh Jep, Shuib & Mamat bakal digabungkan di dalam filem SEPAH THE MOVIE..



Syarikat produksi PTV Film Productions Sdn Bhd menyatukan mereka bertiga dengan menerbitkan filem Sepah The Movie kerana produsernya sangat mengkagumi bakat lakonan mereka. Mereka sudahpun disunting oleh syarikat itu pada Ramadan lalu.
Sekarang filem itu pada peringkat praproduksi dan bakal ke lokasi pada pertengahan bulan depan. Pengarahnya adalah MP Roslin.


sumber- METRO CAK, telah diedit sedikit..^_^


-so untuk kipas susah mati SEPAH.. ini berita baik untuk anda semua..=)