Pages

Ads 468x60px

.

Monday, 18 February 2019

Almond milk atau susu badam..

Assalamualaikum semua & Hi..

Selamat hari Isnin.

Pernahkah anda dengar mengenai susu almond atau susu badam. Almond nut adalah bahan utama dalam Dalucia almond milk untuk menghasilkan minuman tinggi Protein.



Susu almond

»Kurang kalori, rendah saturated fat & rendah kolesterol berbanding dengan susu lembu.

» Susu Almond mengandungi anti oxidant & promotes glowing skin.

»Mengandungi hampir 1gram fiber, ia juga baik untuk penghadaman.

Less calories, fewer wories of gaining that waistline. Try now. Available in Original, Chocolate & Dates flavors.

Boleh hubungi Intan kalau nak try Almond milk. 😋😊

#almondmilk #susubadam



Sunday, 10 February 2019

Running semasa pregnant..

Assalamualaikum & Hi all..

Hari ni nak share mengenai running & pregnant. Orang Melayu kita biasanya memang tak bagi orang yang mengandung ni lari. Mungkin risau terjatuh dan risiko keguguran di awal kehamilan. Tapi sebenarnya kalau ibu tu dah memang berlari sebelum pregnant lagi, tak ada masalah untuk terus berlari. Cuma kena perlahan kan larian dan tak push sangat masa berlari. Kalau tak biasa lari, jangan pula tiba-tiba lari. Jalan-jalan pun dah ok. Apa2 pun dapatkan nasihat Dr juga untuk buat apa2 exercise.

Intan start berlari sejak 2015 lagi. Jadi lepas jer tahu pregnant tapi waktu tu dah pun register beberapa events larian. Tetap teruskan lari cuma slower pace lah.


Pic ni masa Tekam Trail 25km, 7weeks pregnant. Memang slow2 run walk. 4jam kot baru abes. 


Ni pic last event Twincity 2019, walk 5km sahaja. Masa ni dah 7bulan preggy. 


Ada few events lagi yang join lepas pregnant, mostly run dgn husband. Milo run 3km, My sihat free run 5km & Uia Trail
run 6km.

#runningandpregnant #runningmom


Wednesday, 6 February 2019

Umrah semasa pregnant..

Assalamualaikum & Hi..

New post after 5 years.

Intan nak share pengalaman pergi Umrah semasa pregnant 6bulan pada bulan December 2018. Alhamdulillah sepanjang ibadah Umrah Intan sihat. Boleh naik Jabal Nur @ Hira sampai ke puncak. Alhamdulillah.

Intan ambik pakej bilik bertiga dengan husband dan Mak. Pakej dari agensi Maghfirah, RM7490 seorang. Dekat Mekah stay hotel Dar el Iman (50m dengan Masjidil Haram), di Madinah kami stay di Mokhtara International Hotel (150m dengan Masjid Nabawi).

Sebenarnya semasa daftar Umrah ni belum pregnant lagi. Lepas beberapa bulan daftar baru tahu pregnant. Alhamdulillah. Mula-mula risau jugak, tadi lepas baca beberapa kisah orang yang pregnant gi Umrah. Yakin boleh pergi sebab Intan tak ada morning sickness. Lepas tu cakap dengan nurse yang selalu check up tu, dia pun kata ok. Rezeki dapat gi Umrah dengan baby. Nurse cakap nanti dia akan minta Dr. keluarkan surat fit to fly. Masa tu pregnant 26 weeks. Masa sebelum pergi dan depan Kaabah memang sentiasa doa agar sihat sepanjang disana.

Alhamdulillah memang sihat je sepanjang ibadah umrah. Cuma lepas Umrah wajib jer penat sikit dan 2 waktu solat di Masjid Hotel tapi masih ikut Jemaah dengan Masjidil Haram. Pahala solat di Masjidil Haram ialah 100,000 ganjaran. Di Mekah memang akan sentiasa bawa botol dan minum air zam zam.  Di Madinah pun sama. Owh..kalau di Madinah hanya air yang di dalam Masjid sahaja air Zam Zam.


Done part 1. Nanti sambung lagi.

#umrahsemasapregnant #UmrahDisember