Pages

Ads 468x60px

.

Thursday, 29 December 2011

Patah Hati- kau tak seperti dulu..

Kau tidak seperti dulu
Yang ku kenali dulu
Rupa hilang seri
Manakah manisnya

Kau tidak seperti dulu
Yang ku kenali dulu
Madah tak berlagu
Manakah girangnya

Patah hati
Jangan terdampar sepi
Jangan tersungkur mati
Patah hati
Jangan leburkan mimpi
Jangan memakan diri

Bukankah tuhan ciptakan malam
Untuk beradu menanti siang
Bukankah tuhan titiskan hujan
Menanti limpah kemarau panjang

Saujana- Patah Hati
source: http://liriknasyid.net/saujana-patah-hati

nak tau lagu ni  klik sini
kalau nak download klik sini patah hati

-Best gak layan lagu ni.. thanx to my fren.. =)

Wednesday, 21 December 2011

Duit RM20 muncul kembali tahun depan 2012..

Assalamualaikum semua..

Sedang cik intan facebooking tadi, terjumpa lah berita mengenai duit RM20 akan dikeluarkan semula tahun depan. Sebabnya nak mengisi jurang perbezaan antara RM10 dan RM50. Kali terakhir tengok duit RM20 ni yang lama kaler coklat time kecik2 dulu.. boleh tengok gambar kat bawah;

ni rm20 lama


ni note rm20 yang baru..


P/S- Menarik jugak bila note rm20 ini diperkenalkan semula..

Monday, 19 December 2011

Bowling bersama sahabat-sahabat IDIS


Last friday night...(16/12/2011)
Location @Ampang Superbowl Flamingo
Kehadiran 18++
Warna Tema adalah biru hitam
Games 3X


beli kat MyDEAL..sekali 3 games tu..sakit tangan nak menghabiskannya. Agak ramai orang..jadi kami mula agak lewat dalam 10pm++, dan untuk menghabiskan 3 games, hampir ke pukul 1am kami harus membaling bola bowling itu...ahirnya lurvee dan cik intan golekkan saja..xlarat nak baling dah...



 antara yang terlibat

 my team, june, rozed, lurvee & cik intan, bro baju ade luv tu lane sebelah...xde kene mengena ngan kami.tp luv dia tu agak mengganggu permainan cik intan..hahaha

 sesi mengira jatuhan pin masing2

finally kitaorg dapat juga hamper tq kak ayu

Tuesday, 13 December 2011

apa yang boleh anda buat dalam fasa menanti jodoh?

apa yang boleh anda buat dalam fasa menanti jodoh? >_<

No. 1 : Masa dengan Allah (berkhalwat dgn Allah)
No. 2 : Bina Personaliti Diri (Tokoh2 Islam sbg idol)
No. 3 : Bersosial (ikut syariat Islam)
No. 4 : Fokus Pada Karier (@study)
No. 5 : Pasang Kabel (khidmat org tgh)


kredit to fb adik Wan Fathin:) [sumber: blog seorg hamba Allah.. dah x igt nma dy.. SELAMAT MENCUBA!! =D]


p/s- kurangkan mencari tapi lebihkan menjadi.. 

Monday, 5 December 2011

Trip ke Baling Kedah- Kenduri kahwin kawan

Assalamualaikum semua..

Sabtu dan ahad lepas 3-4hb cik intan berada di Baling Kedah menghadiri majlis perkahwinan kawan. (senior masa kat uia). Gerak dari Gombak kul5.30pagi dan sampai jam 12.30pm, jauh jugak rupanya..penat2.. Join konvoi 3 buah kereta semuanya. Kami seramai 14orang- 6 perempuan 8 lelaki.

Petang sabtu majlis akad lepas asar di masjid. Agak kelam kabut jugak kami. sebelum tu kami membantu la apa yang patut. Pada hari kendurinya, yang lelaki jadi team kompang dan kami yang perempuan jadi bentara tolong sendukkan lauk pauk.

1 je pic ambik dari fb.



p/s- Selamat pengantin baru maya dan halim. moga berbahagia hingga ke syurga.. =)

Sunday, 4 December 2011

popeye@wangsa walk

Apa yang suke sangat dengan popeye ni...cuma suka kentang nye saje...kalau kentang goreng nya..sangat la rangup..dan kentang putar dia sangat la lembut+gebu+lemak nyum3..n gravy dia pon sedap juga...terasa nak makan dikala kelaparan di opis.



Saturday, 3 December 2011

Hari ni ada kawan opis kawen

hari ni opismate kawen laa..tak pegi pon...jauh sangat kat terengganu. tak per dah share2 duit beli hadiah dia. nanti dia balik cuti+honeymoon kita kasi ler..

apa lagi peristiwa hari ini yer...ingat...ingat..


oh ya enam taun lepas pon ader orang kawen juga...

aishiteru semoga deorang tu berbahagia dengan hidup deorang pada hari ini kan. mesti la dah berbahagia..sebab dah jumpa dengan apa yang deorang harap dan cari selama ni...:P. kerana deorang dah memuaskan hati semua pihak-pihak yang berkaitan. haruslah mereka semua gembira..

...hidup bukan tentang diri sendiri sahaja..ia tentang mereka-mereka yang berada di sekitarmu...



Friday, 2 December 2011

Review movie Ombak Rindu

Assalamualaikum semua..

Semalam cik intan & lurvee tengok Ombak Rindu, apa yang boleh dikatakan memang sehebat novelnya.. really enjoy watching it.. ok sedikit review, Ombak Rindu cerita mengenai Izzah lakonan Maya Karin anak yatim piatu yang tinggal dengan pakcik dan makciknya, namun dia telah dijual oleh pakciknya kepada tauke kelab malam. Disitu dia telah bertemu Haris lakonan Aaron Aziz, Haris telah menidurinya ketika dia tidak sedarkan diri. Selepas terjaga dia merayu dari Haris supaya bebaskan dia dari situ. Haris akhirnya membeli Izzah dan kemudiannya mereka berkahwin di Thailand setelah dirayu oleh Izzah. Izzah sanggup walaupun perkahwinan mereka dirahsiakan.

Berbagai dugaan menimpa mereka, muncul Mila seorang pelakon dan model lakonan Lisa Surihani. Mila berkahwin dengan Haris. Bermacam yang berlaku korang kena tengok lah. Tapi happy ending lah muvie ni.. Luv it. Rating 4.5/5 =)

Lakonan Aaron Aziz, Maya Karin and Lisa Surihani memang superb la..^_^


p/s-memang berbaloi kami tengok ombak rindu semalam.. =)