kene beli laa kerete token ni..kebetulan ada pula tulis nama kimi kat body dia...
Jom claim air free di fajja
9 months ago
MITOS 
 | 
  
Coklat
  yang mengandungi koko adalah makanan yang tidak berkhasiat. 
 | 
 
FAKTA 
 | 
  
Satu
  bar 1.5 auns coklat susu menyumbang kandungan peratus berikut kepada nilai
  pemakanan harian yang disyorkan (USRDA): Kalcium - 9%; Riboflavin - 9%;
  Protein - 6%; Zat Besi - 3%; Vitamin A - 2.4%; Thiamine - 2%. Nilai
  khasiatnya akan bertambah jika kacang atau mentega kacang dicampurkan. Coklat
  sungguh berkhasiat. 
 | 
 
MITOS 
 | 
  
Coklat
  adalah sumber utama 'dietary sugar' untuk kanak-kanak. 
 | 
 
FAKTA 
 | 
  
Kajian
  yang dijalankan di Michigan State University menunjukkan bahawa kurangMYTHdaripada
  3 peratus daripada jumlah pengambilan gula oleh kanak-kanak diperolehi dari
  coklat dan lain-lain konfeksyen. 
 | 
 
MITOS 
 | 
  
Coklat
  mengandungi sodium yang tinggi. 
 | 
 
FAKTA 
 | 
  
Satu
  bar 1.5 auns.coklat yang tidak manis atau separuh manis hanya mengandungi 1.5
  mg sodium; satu bar coklat susu - 40 mg. Cuba bangdingkan dengan: 1 cawan
  susu - 122 mg; 1 keping roti gandum - 132 mg dan 1 auns keju swiss yang
  mengandungi 440mg sodium. 
 | 
 
MITOS 
 | 
  
Coklat
  menyebabkan kerosakan gigi. 
 | 
 
FAKTA 
 | 
  
Kajian
  telah mendapati bahawa satu daripada bahan yang terdapat dalam serbuk koko
  menghalang pembiakan bakteria yang akan membentuk plak gigi 
 | 
 
MITOS 
 | 
  
Coklat
  menyebabkan jerawat 
 | 
 
FAKTA 
 | 
  
coklat
  bukanlah penyebab jerawat, jerawat disebabkan faktor keadaan kulit yang
  berminyak oleh aliran keluar minyak yang berlebihan, makanan berminyak dan hormon.
  Oleh itu tidak perlu menahan diri daripada memakan coklat kegemaraan anda. 
 | 
 
MITOS 
 | 
  
Kafein
  dalam coklat menyebabkan kanak-kanak terangsang dan menyebabkan mereka
  terlalu aktif. 
 | 
 
FAKTA 
 | 
  
Satu
  auns coklat adalah 5 milligrams. Satu cawan kopi mengandungi antara 93 dan
  153 milligrams dan bagi teh pula ia bergantung kepada berapa lama ia dibuat,
  mengandungi antara 28 dan 44 milligram kafein secawan. Ada juga minuman
  ringan yang mengandungi antara 32-65 milligrams bagi satu tin seberat 12
  auns. 
Anda terpaksa memakan banyak bar coklat (lebih kurang 50 - 1.5 auns bar coklat) barulah anda boleh menyalahkan coklat kalau anda tidak nyenyak tidur.  | 
 
MITOS 
 | 
  
Memakan
  coklat dan lain-lain konfeksyen adalah penyebab utama kegemukan kanak-kanak. 
 | 
 
FAKTA 
 | 
  
Kajian
  menunjukkan kanak-kanak obes mengambil gula yang kurang tetapi lebih kepada
  lemak dan protein. 
 | 
 





