Pages

Ads 468x60px

.

Sunday, 9 December 2012

berdebar menanti hari esok..~~

Assalamualaikum,

Esok 10 Disember 2012 adalah hari penentu kepada masa depan dan kerjaya cik intan, sama ada akan kekal dengan kerjaya sekarang di sebuah institusi perbankan atau pun berhijrah kepada kerjaya baru yang jauh bezanya dari kerjaya sekarang. Berdebar-debar ni..dup dap dupdap..

Dah lama rasanya tak tunggu apa2 result selepas tamat pengajian dari U dua tahun yang lepas. Jikalau dapat la esok kan,esok jugak kena hantar 1 week notice resign letter..sebab minggu depannya dh nak kena mendaftar diri.. moga dipermudahkan segala urusan dan moga cik intan dapat menerima segalanya dengan redha dan pasrah.. aamiin..


p/s-mood today nak gi 3 wedding,tapi macam 1pun tak gi jer.. hadiah dah siap wrap pun..~


Friday, 30 November 2012

Wedding ateh di Negeri Sembilan...~

Assalamualaikum..

Gambar2 sekitar majlis bertandang my auntie, i call her ateh jer- di kg pantai, jalan jelebu negeri sembilan kenduri sebelah lelaki.. pada 11/11/12.. agak meriah jugak lah sebab pak teh anak bongsu kata orang nak tutup bangsal dah..(kenduri terakhir)..siap ada kugiran bagai..   tema kaler kelabu n for families kaler biru air laut k.. sikit jer pic dari hp.. ok jom layan..

sebelum makan beradab...

pasangan pengantin dengan ibu2..

my bro n superbike..

makan time..!

susun kerusi jap..

kalah main game angry bird ker kimi  tanya kilah,
mjad hanya tengok jer..

p/s-alhamdulillh selesai sudah, next wedding next year pulak.. =)

Wednesday, 7 November 2012

Sepah The Movie

Assalamualaikum semua..

Ok nak cerita sikit pasal sepah the movie. Sebuah Filem Aksi Ekstrem Komedi dari Sepah. Bakal ditayangkan pada 29 November 2012.  Dibintangi oleh: Jep Sepah, Shuib Sepah, Mamat Sepah, Anzalna Nasir, Jehan Miskin, Ramona Zamzam, Azrul Raja Lawak, Pak Yus Rajalawak, Shiro Rajalawak, Talha Rajalawak. Pengarah:MP Roslin dan diterbitkan oleh PTV Film Productions.



Website -  http://www.sepahthemovie.com.my

facebook: https://www.facebook.com/SepahTheMovie



Sinopsis ringkas


mengisahkan 3org jejaka bujang yg bekerja di kilang elektronik. Jep,Shuib & Mamat berkawan rapat sejak kecil dan mepunyai hobi yang sama-obses dengan motor cross. Mereka merupakan juara motor cross di Johor Bahru.

Ayu Sofea,seorang gadis cantik yg bertugas sbg trainer di kilang mereka bekerja. Pelbagai strategi,sketsa,dan babak2 yang diatur oleh bujang Sepah untuk memikat Ayu Sofea. kegagalan mereka memenangi hati Ayu Sofea berpunca dgn kemunculan seorang pengurus baru di kilang tersebut,Based yg juga merupakan seorang pelumba motor cross & mempunyai pasukannya sendiri.

Bagaimanapun Sepah terpaksa menghadapi peristiwa yang telah melahirkan konflik persahabatan mereka, semenjak kemunculan seorang gadis cantik bernama Ayu sofea, apakah kesudahannya? Nantikan Sepah the movie, 29 NOV 2012..









Tuesday, 30 October 2012

Wedding @teh

selamat pengantin baru buat my sis, majlis resepsi berlangsung pada sabtu lepas bersamaan 27 oktober 2012 di dewan taman temerloh jaya, temerloh pahang

gegurl 

 pose dengan pengantin

pengantin

lurve n luvly kazen

 lurve n cik intan

petugas 

bergambar bersama bayi


semoga diberkati selalu..:)

Saturday, 27 October 2012

warna tema..merah membara






red+white/cream...nampak seperti pergi ke persidangan wanita umno...

dah warna tema begitu..apa pon kami hanya mengikut tema dengan jayanya...:)