Pages

Ads 468x60px

.

Thursday, 13 June 2019

Perginya kucing femes Oh My Jep

Assalamualaikum..

Salam Syawal semua..

1Syawal lepas peminat kucing dikejutkan dengan berita sedih perginya kucing muka selamba Oh my Jep akibat dilanggar kereta.

Berita ini dimaklumkan oleh Ummi Jep atau mama sebenar Azwana melalui akaun Instagram beliau.

Rehat lah Jep. We will miss you.

Tempat Jep disemadikan.
Pic credit -FB Page Oh My Jep



Berbuka di the Plated by pinky brothers

Assalamualaikum..

Last month 26/5, sis berbuka dengan bff masa kerja dulu Oren aka Zaidi kat IOI Mall Putrajaya. Ramainya orang hari ahad kan. Kami sampai lambat so semua restoran dah fully booked untuk berbuka. Makanya kami booked untuk slot kul8.

Ada menu Ramadan. My husband & Oren order nasi Ambang (ni I follow ejaan kedai yer), I order olio aglio and smoked duck. Pastu Oren add Calamari salad. Air Oren order air kelapa, sis ice lemon tea & my hubby order green apple tea hot (dapat 1pot dengan 2cawan kecik).

Overall makanan ok. Calamari salad tu sedap.
Wefie satu. Nampak Calamari

Nasi Ambang

Order ice lemon tea & hot tea dapat 1pot 2cawan small

Olio aglio smoked duck

#makanmakan #bukapuasa

Tuesday, 30 April 2019

Urut lepas bersalin

Urut lepas bersalin & habis pantang 40 hari

Nak share mengenai urut lepas bersalin. Ada beza kalau urut bersalin normal & Czer. Itu kena tanya tukang urut.

Intan bersalin normal. Selepas seminggu bersalin, Intan ambik pakej urut badan untuk tiga hari berturut (sabtu sampai isnin). Urut 1badan selama sejam setengah. Harga pakej RM270 (RM90 sehari), masa booking cuma kena bayar 10% jer RM27. Berurut dengan Kak Laily dia ada Spa dekat belakang Kipmall Bangi.

Ambil urut sahaja sebab tungku & bengkung buat sendiri (Mak jaga masa pantang). Mak juga yang masakkan dan mandikan baby. So, kalau korang berpantang sendiri boleh ambik Confinement Lady pakej ada yang include masakan pantang & jagaan baby sekali.

Urut pemutus pantang

Selepas habis pantang 40 hari Intan ambik urut pemutus pantang. Cari kat kg Temerloh, jumpa Spa Muslimah kat Jalan Bahagia sebelah Oren Cake. Ambik pakej penutup pantang RM120 include bertangas, lulur ,rendaman dan Urut 5 serangkai urut susu, naikkan peranakan, ketatkan vagina (2jam setengah). Plus ambik naik seri wajah include lulur muka (guna scrub cofee) dan urutan muka. Yg ni tambah lagi RM25.

Lepastu beli scrub kopi 2 in 1 badan & muka RM10 & Jus Kencur (kunyit) RM32 -4botol.
So, total RM187. Owh btw kat Spa ni semua yang diaorang guna, buat sendiri - minyak urut, scrub kopi dan jus kencur.

Recommended sangat Spa ni, lepas berurut memang rasa segar & badan lebih ringan. Owh ada jugak pakej untuk bakal pengantin RM100 jer untuk  urutan 2jam & Urut Ikhtiar Anak RM80. Kalau nak hubungi Spa atau Kak Maria klik SINI.

Thursday, 25 April 2019

Pregnancy after Ectopic -Planning & TTC

Assalamualaikum..

 Nak share mengenai Pregnancy Intan.
This is my Second pregnancy, sebab first pregnancy Ectopic (hamil luar rahim). Nak baca pasal Ectopic pregnancy Intan boleh klik SINI. So, September 2017 Intan Ectopic kena operate remove right tube sebab dah burst.

  Dr. advise 6months gap baru boleh pregnant semula sebab Operate kan. Dr cadangkan ambil pil planning tapi kami refuse sebab ada yang cakap ada side effects. So, kami merancang sendiri je, we use protection lah (ala condom lah).  My husband suruh tunggu 1year baru pregnant, I tak setuju cakap 10months enough lah. So, after our 1st Anniversary 1/7/18, I plan nak Ttc (try to conceive). Tapi mana boleh Ttc plan sesorang kan. Sebab we still on protection.

So, short story period I lambat 1weeks, terus fikir pregnant ker. Senyap2 lepas kerja beli pregnancy test and balik rumah check tengok double line, Alhamdulillah. Terus nak nangis. Sebab I do plan Ttc alone but Allah makbulkan doa. So, protection is 98% only works 😁. Cakap kat husband, dia terkejut gila (bcoz we are on protection remember).

Few days lepas tu pergi klinik untuk scan tapi awal lagi so tak nampak. Dr klinik tulis surat refer ke Hospital Serdang, sebab siapa2 yang pernah ada history Ectopic memang high risk untuk kena semula.

Sabtu kami gi Hospital, terus ke Emergency bagi surat Dr. Mula2 Dr Scan tengok ada dalam kantung. Tapi dia tetap refer ke EPAU (early pregnancy assessment unit). Ada seorang Dr check and scan. Lepas tu jumpa Dr Pakar dia scan cakap ada dalam kantung. Tapi dia nak reconfirm so Tsv scan (transvaginal Ultrasound Scan) scan bawah, dia cakap Alhamdulillah confirm dalam kantung. Happy sangat syukur Alhamdulillah. Dr bagi pic scan baby dan suruh terus buka buku pink kat KK. Masa tu baru 5minggu. Tapi 10weeks baru gi KK buka buku pink.

6 weeks pregnant, still join 25km Tekam. Slow jer run walk.

At Klsc join Kak Intan, pusing stadium sempena Merdeka. 8weeks. 

Sorry not much on Ttc part, as we are not really planning actually. I jer yg Ttc sesorg.😅


P/s kalau rajin nanti up entry pasal My Pregnancy Journey pula. 😊




Wednesday, 10 April 2019

Ectopic pregnancy @hamil luar rahim

Assalamualaikum..

Actually dah tulis ni kat fb before Oct 2017.
This gonna be very long post.

Ectopic pregnancy @mengandung luar rahim.

Kehamilan ektopik ialah dimana biasanya janin akan melekat di tiup fallopio.

Ia boleh mendatangkan kematian jika tidak dikesan awal kerana jika ia membesar boleh menyebabkan tiub itu pecah.

1-2 % Kehamilan adalah ektopik.
Mengandung luar rahim sering didapati semasa 5-10minggu pertama kehamilan.

Ia amat merbahaya dan boleh menyebabkan kematian, kerana terdapat arteri besar di luar setiap tiub fallapio (Owh Ada 2 yer tiub, kiri & kanan). Jika arteri itu pecah boleh menyebabkan kematian.
Sumber:https://siraplimau.com/mengandung-luar-rahim-simptom-risiko/

My Case: Double line.

Mula-mula tahu pregnant lepas balik dari The Magnificent Merapoh Trail 2017 (1st event dnf km85 join 100km ultra trail).

Masa tu selera makan naik macam apa ntah. Asyik nak mengunyah jer. Tengah malam lapar siap goreng tempe dan makan dengan nasi. My husband n mum pelik sbb that's so not me bcoz I will choose sleep than eat..haha

Ok back to story. Dekat opis pun sama asyik nak makan. So, my bff perli kata ada apa2 ni. Memula I biasa jer tapi lepas banyak kali dia cakap, terus pegi watson beli pregnancy test. Beli yang ada 2 sebab ada baca kadang2 yang first tak clear. So balik rumah sampai terus check tapi line tak clear. Jadi tunggu 2hari. Penat nak tunggu. Cuba sekali lagi & kali ni memang clear 2 line. Bagitau husband dia cam tak percaya jer..Huhu

Beberapa hari lepas tu pergi klinik scan. Dr cakap betul Ada kantung. 4weeks. Alhamdulillah syukur, cam tak percaya jer.

Tapi langit tak selalu cerah. Allah uji kami. Sebelum Raya Haji Ada spotting (keluar darah) tak banyak tapi few days. Sebab Rasa takut and risau kalau gugur Ke apa. Jadi sekali lagi gi klinik scan & that Dr Pakar O&G HKL (locum situ) said takde kantung. So, maybe gugur. Sebab scan tak nampak tapi Dr suruh Raya dulu pastu baru gi Hospital. Dr tanya kalau ada keluar sisik2 or darah ketul2. Cakap takder. Lepas keluar jer bilik Dr terus nangis macam apa ntah. Sedih semua ada. 😭

Lepas Raya Haji

Kerja macam biasa sampai khamis malam sakit belakang teruk sangat tak boleh tidur baring, kena tidur ngiring jer peluk bantal peluk. Cuba baring biasa Sakit sangat sampai pagi. Nak bergerak pun sakit. Time tu ingat Sakit belakang or angin. Ayah Mertua Ada try urut pagi tu Kat kaki tapi sakit tak hilang. Pagi tu gi klinik, cakap symptoms semua Dr just bagi pain killer, ubat Angin, ubat tahan muntah. Tapi dia tak scan & lupa minta dia scan. Balik rumah dapat MC, sakit macam kurang sebab makan painkiller.
Petang tu sempat masak tapi tak larat berdiri lama, bawak kerusi gi dapur.

Malam masa solat isyak kemuncak Pening2 & pitam, jatuh semasa rakaat ke2 kot. Pastu baring kejap ingat macam pitam biasa lepas minum air rasa cam ok nak gi bilik air dan sekali lagi pitam kepala langgar baldi time jatuh mujur tak kena toilet bowl.

Husband bawak keluar dah sedar tapi lemah, heart beat laju. Terus Husband call MIL FIL. Dorang datang, lucky rumah Selang 2lorong jer. Terus gi KK depan rumah MIL. Time turun tangga dah tak larat sangat. Bawak ke kereta pun husband & FIL tolak sis atas kerusi. Kat KK tunggu Dr dan hari sabtu machine tak on just check Bp low. Tak dapat check darah. So, Dr just tulis surat suruh gi Hospital Serdang, tulis low blood pressure due pregnancy.

Sampai Emergency, first staff tu hantar kat yellow zone pastu suruh gi red zone sebab muka dah pucat sangat. Dr terus check Bp low, scan atas n bawah & dengar he shout Ectopic.
Terus orang bawak tepi tukar baju OT and check bp. Tanya history Semua. Kul 1pagi tolak masuk OT. Operate sebab dah burst so, kena buang tiub belah kanan. 2days Kat hospital & 1month MC.

Sis lost 2.2litre blood. Masuk darah 3pint. Serious sakit masuk darah sampai bengkak-bengkak tangan.

MC sebulan sampai 10/10/17 My besday.

Kena pantang sama macam orang bersalin yer.
Menu ikan tenggiri, sayur sawi.

Duduk kat kg Mentakab 3minggu.
Sekarang dah kerja. 💪



#ectopicpregnancy #hamilluarrahim #mystory #Sept2017