Pages

Ads 468x60px

.

Saturday, 28 July 2012

PERKARA YANG TIDAK BATALKAN PUASA..~

Salam Ramadhan Kareem...

Ramai yang keliru mengenai perkara yang membatalkan puasa.. Ok, saya ambik ni dari print screen Fb Imam Muda Asyraf.

Ok rewrite,

Secara ringkas,

Penggunaan inhaler (athma), Suntikan yang tidak berbentuk nutrisi, Pemakaian contact lens, Derma Darah, Korek hidung, Bekam, Rawat Gigi adalah TIDAK memBATALkan puasa.




  Perkara yang tidak membatalkan puasa:

1)      Menelan air liur yang bersih dan bagi orang yang selalu berdarah gusinya adalah dimaafkan.
2)      Bersuntik
3)      Tidur walaupun sepanjang hari
4)      Termasuk debu atau lalat ke dalam rongga
5)      Tertelan air yang dikumur tanpa sengaja



PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA


1)      makan dan minum dengan sengaja
2)      mengeluarkan air mani dengan sengaja
3)      haid, nifas dan wiladah(melahirkan anak)
4)      muntah dan memasukkan sesuatu ke dalam rongga dengan sengaja
5)      melakukan persetubuhan
6)      gila walaupun sebentar
7)      murtad
8)      berbuka sebelum yakin masuk waktu Maghrib




Source: http://webpuasa.tripod.com/1.4.htm




# Korek hidung tidak membatalkan puasa, tetapi kalau lepas korek pastu masuk kan dalam mulut (rasa) batal puasa.

Moga bermanfaat..

Thursday, 26 July 2012

Pengemar kucing..~

Salam Ramadhan Kareem..

Anda semua sukakan kucing.. keluarga cik intan memang sukakan kucing.. sejak kecil kami ada kucing, tapipernah juga ada yang hilang.. sob..sob.. =( dan kena buang atas sebab2 tertentu macam kucing jantan yang suka ..teettt.. dan suka gaduh2 atau paling sedih dibuang orang a.k.a jiran.

Sekarang ni ada 5 ekor kucing, 4 ekor ank kucing jantan dan 1ekor Ibu kucing.. Jom layan pic2 diaekor..~

kucing oren 4 beradik umur 2 bulan
Rio, Jongkit, Petong & Gemuk

Tidur atas 1 kerusi, muat tu..!

Rio kacau tuan online.. =)


gemuk in my bag, nak ikut g shopping..my fav cat


gemuk n d basket.. =) fluffy kan..~

p/s- Jom sayangi kucing.. Dah boleh jadi ummu hurairah dah ni..=)

Wednesday, 25 July 2012

Puasa bukan halangan untuk bersukan..~

Assalamualaikum..


Cik Intan bukanlah peminat bola sepak, tetapi ada melihat gambar mengenai pemain bola Nuri Sahin yang berbuka puasa ketika sedang bermain bola. Boleh lihat gambar di bawah ni.


Aksi Nuri Sahin ketika bermain bersama Borussia Dortmund. Masa tengah main pun masih sempat ke tepi untuk melakukan ibadah berbuka puasa. Bermain bola bukanlah halangan untuk kita tidak berpuasa

Nuri Şahin in the Turkish national team strip at Fenerbahçe Şükrü Saracoğlu Stadium, Istanbul, Turkey - 20100811.jpg

Nuri Kazim Sahin ialah pemain midfield untuk Real Madrid di Spanish La Liga dan juga adalah pemain kebangsaan Turki.




p/s- kalau main bola pun boleh je puasa, atlet Olimpik pun boleh puasa.. =)

Tuesday, 24 July 2012

Nasihat Ust Don Daniyal-Tukarkan amalan di bulan Puasa

Amalan di bulan Ramadhan


Tukarkan alunan lagu kepada alunan zikir dan bacaan Al-Quran...

Tukarkan aktiviti menonton drama kepada menonton video kuliah agama...

Tukarkan senaman kepada solat sunat...

Tukarkan percakapan kepada ucapan berpahala...

Tukarkan sembang kosong di facebook kepada menyampaikan pesanan yang baik.

InsyaAllah...


# Nak tengok koleksi ceramah ada kat Koleksi Ceramah Agama tak pun buka je youtube..ada banyak..
# 30 minit Ust Don - 3O Minit ust don

p/s- Jom amalkan sama-sama..=)



Monday, 23 July 2012

Hukum Puasa Ramadhan tapi tidak solat..

Assalamualaikum semua..

Salam 3 Ramadhan..

Apa hukumnya Puasa tetapi tidak solat?

Cik intan terjumpa di Laman soal jawab agama

Ada beberapa pendapat mengenainya,

1) Jika ia meninggalkan solat kerana malas (yakni ia masih mengakui kewajipan solat, cuma ia malas melakukannya), para ulamak berbeza pandangan tentang hukumnya;
1. Imam Ahmad berpandangan; ia adalah kafir.
2. Jumhur ulamak berpandangan; ia fasiq, yakni tidaklah menjadi kafir, akan tetapi telah melakukan dosa amat besar.


2) Jika ia meninggalkannya kerana mengingkari atau menolak kewajipan tersebut, ia murtad dari agama dengan sepakat (ijmak) para ulamak. Orang yang Murtad tidak sah ibadahnya termasuk puasa.


Berpegang kepada pandangan Imam Ahmad, maka sebahagian ulamak hari ini (terutamannya dari Arab Saudi seperti Syeikh Bin Baz, Ibnu Usaimin dan sebagainya) berpendapat; orang yang tidak menunaikan solat fardhu, tidak sah puasanya, malah juga ibadah-ibadahnya yang lain (zakat, haji, sedekah dan amal-amal soleh selainnya) sehinggalah ia bertaubat kepada Allah dan kembali mengerjakan solat. 


Berkata Syeikh Ibnu Uthaimin; “Jika kamu berpuasa tanpa mengerakan solat, kami ingin menegaskan kepada kamu; sesungguhnya puasa kamu adalah batal/rosak, tidak sah, tidak memberi manfaat kepada kamu di sisi Allah dan tidak mendekatkan kamu kepadaNya…” (Fatawa Ulama’ Baladil-Haram, hlm. 198).


Berdasarkan pandangan jumhur ulamak (yang tidak menghukum kafir orang yang meninggalkan solat itu); puasa orang itu sah jika ia memenuhi rukun-rukun puasa yang ditetapkan dan tidak melakukan sebarang perkara yang membatalkan puasa. Maksud sah ialah; dia tidak dituntut lagi mengqadha/mengganti puasanya. 


Rujukan: ilmudanulamak


p/s- Berpuasalah, solatlah dan menutup auratlah.. =)