New post after 5 years.
Intan nak share pengalaman pergi Umrah semasa pregnant 6bulan pada bulan December 2018. Alhamdulillah sepanjang ibadah Umrah Intan sihat. Boleh naik Jabal Nur @ Hira sampai ke puncak. Alhamdulillah.
Intan ambik pakej bilik bertiga dengan husband dan Mak. Pakej dari agensi Maghfirah, RM7490 seorang. Dekat Mekah stay hotel Dar el Iman (50m dengan Masjidil Haram), di Madinah kami stay di Mokhtara International Hotel (150m dengan Masjid Nabawi).
Sebenarnya semasa daftar Umrah ni belum pregnant lagi. Lepas beberapa bulan daftar baru tahu pregnant. Alhamdulillah. Mula-mula risau jugak, tadi lepas baca beberapa kisah orang yang pregnant gi Umrah. Yakin boleh pergi sebab Intan tak ada morning sickness. Lepas tu cakap dengan nurse yang selalu check up tu, dia pun kata ok. Rezeki dapat gi Umrah dengan baby. Nurse cakap nanti dia akan minta Dr. keluarkan surat fit to fly. Masa tu pregnant 26 weeks. Masa sebelum pergi dan depan Kaabah memang sentiasa doa agar sihat sepanjang disana.
Alhamdulillah memang sihat je sepanjang ibadah umrah. Cuma lepas Umrah wajib jer penat sikit dan 2 waktu solat di Masjid Hotel tapi masih ikut Jemaah dengan Masjidil Haram. Pahala solat di Masjidil Haram ialah 100,000 ganjaran. Di Mekah memang akan sentiasa bawa botol dan minum air zam zam. Di Madinah pun sama. Owh..kalau di Madinah hanya air yang di dalam Masjid sahaja air Zam Zam.
Done part 1. Nanti sambung lagi.
#umrahsemasapregnant #UmrahDisember
No comments:
Post a Comment