Pages

Ads 468x60px

.
Showing posts with label news. Show all posts
Showing posts with label news. Show all posts

Tuesday, 23 August 2011

Akhirnya Muammar Gaddafi tumbang juga..

Assalamualaikum semua..

Di bulan mulia Ramadhan ini Libya bebas dari pemerintahan kuku besi Gaddafi, setelah memerintah selama 42tahun. Pertahanan Gaddafi hancur dan kini pemimpin Libya itu dikatakan bersembunyi di dalam kubu bawah tanah (Akbar Daily Mail).


Pergolakan yang bermula pada bulan febuari lalu apabila tunjuk perasan antirejim pemerintahan Muammar Gaddafi bermula di bandar Benghazi & Al-Baida bertukar menjadi peperangan antara pemberontak & tentera Gaddafi. Semuanya berakhir 21 Ogos apabila pemberontak telah menawan kebanyakan kawasan di bandar raya termasuk Dataran Hijau.

Kemenangan mereka selepas kebuntuan dalam perang saudara selama 6bulan lalu, dicapai menerusi kerjasama di antara pemberontak, Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan penduduk Tripoli.

Semalam penduduk & Pemberontak meraikan kejayaan menewaskan Gaddafi di Dataran Hijau.

-Sumber:Kosmo

Monday, 22 August 2011

Ops Sikap 24..~

Hah korang dah tahu ke belum..

Siang tadi dah dibuat pelancaran Ops Sikap 24... 


maka bermulalah ops sikap bagi perayaan Aidilfitri taun ni 
yang jatuh serentak dengan Hari Kemerdekaan. 

Berhati-hatilah ketika memandu dan patuhi undang2 jalanraya...
Ingatlah insan2 tersayang.. 

Walaupun sebijik kereta penuh bersalut dengan Jalur Gemilang, 

kala buat salah takkan terlepas.. saman tetap saman..

-sumber dr fb iluvpahang

Monday, 1 August 2011

Pelajar UIAM dari Guinea ditemui mati

Seorang pelajar lelaki rakyat Guinea ditemui mati di dalam bilik asramanya di Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) Gombak di sini hari ini. 



Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Abdul Rahim Abdullah berkata, mayat Mamadou Aliou Tela Diallo, 25, ditemui dalam keadaan tertiarap dan berulat oleh rakan sebiliknya pada 12.30 tengah hari.
Beliau berkata, pelajar itu dipercayai telah meninggal dunia kira-kira seminggu lepas dan hanya ditemui rakannya itu yang baru pulang daripada menjalankan tugasan luar.

source: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0801&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_10.htm