Pages

Ads 468x60px

.

Sunday 28 July 2013

Persoalan2 di bulan puasa (Special for women)..

Assalamualaikum..

Banyak persoalan di bulan puasa ni, ni special untuk wanita,gadis-gadis semua..


Terbaca di fb Che wan;

So ambik beberapa persoalan yang ada kaitan dengan wanita..


1.  Benarkah berdosa wanita yang tidak berpuasa kerana haid, makan diwaktu siang kerana tidak menghormati bulan Ramadan?

Tidak berdosa dan boleh makan pada waktu siang selagi wanita tersebut tidak makan dikhalayak ramai.


2. Adakah batal puasa bagi wanita yang bersolek di bulan Ramadan?

Tidak batal, asalkan gincu bibir yang dipakainya sederhana dan tidak mempunyai perasa ditakuti ketika menjilatnya lalu menelannya di anggap batal.


3.  Bolehkah seorang wanita mengandung dan menyusukan anaknya tidak berpuasa kerana tidak berupaya.

Menurut pendapat ulama mazhab Syafei bahawa wanita hamil dan menyusui apabila khuatir mengalami bahaya maka mereka wajib berbuka, tidak payah berpuasa. Dan dalam keadaan ini mereka hendaklah mengqadha puasanya kelak


4. Apakah hukum puasa seorang yang bergosip dan mengumpat? Adakah batal puasanya..?

Dr Ustaz Badli Shah, seseorang yang mengumpat /bergosip puasanya tidak batal. Tetapi pahala puasanya terbatal. Maksudnya kalau markah puasa 100% dia dapat 0%. Kan rugi.

Seperti yang disabdakan oleh Rasulullah SAW:
Barangkali seorang yang puasanya hanya mendapat lapar dan dahaga sahaja. Dan barangkali seorang yang mengerjakan qiyamullail hanya mendapat berjaga malam.” (Sahih. Riwayat Ibnu Majah)

Nabi SAW bersabda: “Bukanlah puasa itu hanya dengan menahan dari makan dan minum, tetapi sesungguhnya puasa itu adalah dengan meninggalkan perbuatan Lagha dan Rafats. Sekiranya seseorang mencemuh kamu atau berbuat bodoh terhadapmu, maka katakanlah: “Sungguh aku sedang berpuasa.” (Sahih. Riwayat Ibnu Khuzaimah)


pic-credit cik google 

p/s-Moga puasa kita diterima Allah & Selamat mengejar 10 malam terakhir Ramadhan.. =)

No comments:

Post a Comment