Pages

Ads 468x60px

.

Sunday 7 August 2011

Kenangan puasa masa kecik yang tak boleh dilupakan..

ada 2 peristiwa yang tak boleh dilupakan..

Peristiwa1
waktu kecik masa saya umur 9tahun dan adik umur 7tahun ikut mak jalan-jalan kat pekan sehari.
pastu lalu kat bustand bas ekspress, ternampak 3orang lelaki dalam umur 20an kot. dorang minum air kat belakang bustand.

adik saya tunjuk la sambil cakap "mak, dorang tak puasa".. dalam nada tak puas hati.
pastu mak cakap dorang musafir tak pe kalau tak puasa. dorang tak larat nak puasa agaknya.

kitaorang dua2 angguk. puas hati dengan jawapan mak.

Peristiwa 2
masa ni kitaorang (mak, saya & adik) on the way ke KL dalam bas ekspress. waktu ni dah besar sikit. kalau tak salah saya umur 11 adik umur 9. sampai kat karak bas ni berhenti kat tepi jalan. ingatkan kenapa, rupa-rupanya driver bas ni gi makan durian kat gerai tepi jalan tu & kitaorang & semua penumpang dalam bas tu nampak kot. tapi masa ni kitaorang dah besar sikit jadi tak lah tak puas hati macam kat peristiwa1 tu.

mak saya kata musafir tak pe kalau tak puasa. dia sakit kot tak larat nak puasa.

dan sekali lagi kami dengan senangnya boleh terima jawapan mak.

jawapan mak saya sentiasa baik-baik sahaja. positive thinker betul la my mom ni. cuba kalau my mom kutuk-kutuk orang yang tak puasa ni. agak-agaknya lah kan apa kitaorang adik-beradik akan fikir.

tapi waktu tu tak terfikir pulak nak tanya mak. mak kita kan musafir jugak kenapa kita puasa je tapi orang tu tak?

dua peristiwa ni memang tak kan hilang dari memori kami adik-beradik. ye lah orang besar tak puasa, kami yang kecik ni boleh je puasa..

-p/s ni dah jadi kenangan nampak orang tak puasa..hehe..~

2 comments:

  1. salam..

    kenangan yg best..

    *folo ur blog

    ReplyDelete
  2. sekamar rindu: salam.. kenangan yg memberi teladan kot..=) ok i da follow gak.. salam perkenalan ye..=)

    ReplyDelete