Asal kapas menjadi benang... Dari benang dibuat kain... Barang lepas usah dikenang...
Oh dikenang... Dah menjadi hak orang lain... Orang lain... Kalau ada sumur di ladang...
Dapat kita menumpang mandi... Jodoh kita tidaklah panjang... Tidak panjang...
Hanyalah sampai di sini... Oh di sini, tiada lagi... Usah... Usah berkirim salam lagi...
Jangan, disebut namaku ini... Biar... Biarku simpan rindu di hati... Kan ku kunci...
Kunci di sudut yang sepi... Sepi yang tak berpenghuni... Penghuni cinta misteri...
Misteri yang takku fahami... Faham mengapa begini... Perlukahku menangis...
Menangis keranamu... Haruskahku bersedih... Bersedih keranamu...
Tak relaku mengemis... Mengemiskan cintamu... Biarpun hati pedih...
Pedih dipermainkanmu... Ku pandam sinar cinta... Cinta yang tiada...
Tinggallah dikau sayang... Ku mohon pergi...
nak download lagu ni boleh klik SINI
-Cik Intan suka gak lagu ni.. =)
Thursday, 29 September 2011
Scoin-Biarku Simpan Rindu Di hati
Wednesday, 28 September 2011
Saya nak join Bloglist Panggil Aku Han
Ok kali ni nak join segmen Bloglist Panggil Aku Han..
Panggil Aku Han memang ada kat bloglist Cik Intan.. =)
kalau nak join klik atas ni ye.. ^_^
Syawal terakhir
hari ni syawal terakhir..ramai kawan2 kita yang berjaya meng-kurus-kan badan sempena ramadhan yang lepas merungut2 kerana berat badan bertambah gara2 rumah terbuka yang berleluasa.berat badan idaman hanya berjaya dimiliki pada hari raya pertama sahaja.lepas tu...kita makan, makan dan makan dengan segala macam makanan..raya la katakan.so jangan la korang merungut bila berat badan tu bertambah.
cuba teruskan puasa dengan puasa 6 ke..puasa ganti ke..mesti bole maintain kan..bukan kah kita digalakkan untuk berpuasa sunat dibulan syawal..:D..lagipun kita dah sebulan puasa..jadi xde la susah sgt nak sambung lagi beberapa hari kan.
"Antara hikmat disyariatkan puasa 6 hari bulan Syawal ialah sebagai satu latihan kepada orang-orang Islam bahawa amal ibadat itu bukan terletak pada bulan-bulan tertentu seperti Ramadhan bahkan amalan itu perlu konsisten untuk sepanjang kehidupan manusia."
"Ia juga sebagai satu cabaran kepada orang-orang Islam supaya tidak menjadikan Syawal itu bulan bergembira semata-mata dan jika puasa itu dilakukan seawal mungkin di permulaan Syawal, ini akan menjadikan seseorang manusia itu benar-benar ingin menyahut seruan dari Allah untuk terus beribadat secara istiqamah dan berpanjangan."
pada kawan2 yang belum ganti puasa tu cepat2 ganti yea..:D, jangan nak tunggu dah dekat ramadhan berikutnya baru nak ganti ok!!!
Monday, 26 September 2011
best quotes from book "Cinta Luar biasa di alam rumah tangga"
Buku ni karya Datin Latipah Abdullah
p/s- saya hadiahkan buku ni kat kawan baik saya masa dia kahwin.. nanti saya akan beli 1 lagi..=)
1. Masa & Usia
itulah yang akan membentuk usia tua. Masa mudalah yg akan menentukan masa dewasa & masa tua. Apa yang tercorak di usia muda,2. Kualiti umur kita
Berapa umur kita sekarang?
Berapakah umur yang kita sudah habiskan?
Sepanjang umur kita itu, apa yang kita buat dan kita isi? Kebaikan atau kejahatan?
Dan apakah pengisian dan perancangan kita untuk baki usia kita yang semakin ke penghujung?
Jawapan kepada persoalan2 ini akan menentukan kualiti umur kita.
3. Sabar, sabar, sabar..(Berlapang dada)
Kalau Allah boleh bersabar dengan kita, kenapa kita tak boleh bersabar dgn karenah anak
& pasangan.
4. Diuji melalui jodoh
Dalam memilih jodoh, kita mahukan yang terbaik dan berusaha mendapatkannya
melalui cara yang munasabah, buat istikharah dan kemudian serah pada Allah.
Tapi bila timbul masalah, anggaplah itu ujian dari Tuhan.
5. Virus maksiat
Ilmu itu adalah cahaya. Allah lontarkan ia ke dalam hati manusia,
bertindak sebagai lampu suluh penerang kehidupan. Namun ada 'virus' yang boleh
memadamkan cahaya ilmu tersebut. Itulah virus maksiat & dosa.
6. Dalam cerita ada rahsia, Dalam rahsia ada pengajaran, dalam rahsia ada keperitan,
dalam rahsia juga ada kemanisan.
Biarkan rahsia bersemadi dalam diri, biarkan ia bersembunyi dalam lipatan hati.
Semoga menjadi benteng ketahanan diri dalam menempuh cabaran hidup ini.
p/s- saya hadiahkan buku ni kat kawan baik saya masa dia kahwin.. nanti saya akan beli 1 lagi..=)
Jangan berharap pada yang tak pasti
"Apa diharap padi seberang, entah berbuah entah tidak, entah dimakan dek burung helang.."
"Apa diharap hati orang, entah kasih entah tidak, entah dipaksa menerima sayang."
saya sangat sukakan kata-kata ini..mungkin sebab macam kena kat diri sendiri agaknya.. sakit2..huhu.. =)
-p/s- Jangan berharap pada yang tak pasti-pesanan cik Intan
Subscribe to:
Posts (Atom)







