Assalamualaikum...
Pernah dengar penganggur tegar? kalau miskin tegar atau penagih tegar mesti bisa dengar kan.. ok apa maksud tegar? maksudnya berulang kot.. ok menurut dewan bahasa dewan pustaka, tegar bermaksud -keras,degil, gigih taasub, tidak dapat berubah lagi (tabiat). boleh rujuk di sini dewan bahasa pustaka.
Anda pernah menjadi penganggur.. Siap ada lagu lagi pasal pengganggur ni oleh sudirman.. ok google sendiri yer..
Ok nak buka cerita ni, selepas tamat pengajian di U, cik intan menjadi penganggur berbulan2 la jugak.. banyak juga interview yang pergi tapi banyak tak dapat..sob..sob..=( Akhirnya pulanglah ke kampung tercinta Pahang, rumah kat taman padahal..huhu.. duduk di rumah beberapa. kemudian mohonlah 1 program ni untuk graduan yang menganggur, pernah mohon sebelum tu tapi katanya tak cukup 3bulan menganggur tak boleh. Maka selepas itu dapatlah join program ni, namanya EDP-Executive development program. program ni under pembangunan sumber manusia kira bawah kementerian jugaklah. Program ni berlangsung selama 4bulan-2bulan latihan di dalam kelas dan dua bulan praktikal di syarikat. Setiap bulan kami akan dapat elaun rm500.
Mengikut perjanjian dengan tempat latihan diadakan selepas tamat program ini kami dijanjikan kerja sama ada di kompeni praktikal atau dia akan carikan di syarikat lain. Tapi janji hanya tinggal janji. Katanya susah mendapatkan kerja untuk kami seramai 23orang. Mujurlah seminggu sebelum tamat praktikal, saya mendapat satu panggilan telefon dari sebuah agensi pekerjaan. Dan saterusnya saya ada interview di sebuah kompeni di jalan ampang. Namun pada hari interview itu, manager syarikat itu dimasukan ke hospital. makanya, interview saya tiada pada hari itu dan ditangguh ke hari lain.
Sewaktu interview Hr Manager bertanya boeh bekerja lebih masa,bekerja bawah tekanan (stress) saya iyakan sahaja semuanya. Dan selepas menunggu selama setengah jam akhirnya saya dapat juga kerja alhamdulillah. tapi kerja ini hanyalah kontrak. Kerja saya di beck end-mostly data entry. Selepas tamat 5bulan kontrak saya memilih untuk tidak menyambung lagi kontrak dan menjadi pengangur sekali lagi selama berbulan2. kembali menjadi penghuni di teratak bonda. Habis semua saving digunakan.
Dan kini hobi baru saya adalah pergi interview (tangan di dada mata ke atas)..haha.. ye lah tak dapat2 kan.. Nenek mengatakan saya memilih kerja, memang betul pun..huhu Akhirnya saya nekad untuk memohon kerjaya yang berkaitan dengan telefon2 orang ni dan syukur saya kembali bekerja kini walau hanya jawatan kontrak. =)
p/s ini kisah benar,baru mula kerja gaji pertama pun tak dapat lagi.
No comments:
Post a Comment