Pages

Tuesday, 14 August 2012

TAFSIR MIMPI - GIGI PATAH (Tafsir Mimpi mengikut Islam)

Assalamualaikum..


Tafsir Mimpi Mengikut Islam

* Jika bermimpi gigi anda patah menandakan saudara anda akan mendapat kemalangan atau mati.

mimpi tercabut gigi adalah termasuk jenis mimpi qiasan

Mimpi Benar 

Bagi mimpi yang benar, roh tersebut memang keluar (sambil sebahagiannya lagi berada dalam jasad) ke tempat-tempat yang tertentu. Ada yang bermimpi keluar dari bilik tidurnya dan melihat ayahnya sedang membaca suratkhabar di ruang tamu. Bila terjaga, didapatinya memang ayahnya sedang berada di ruang tamu, membaca suratkhabar. Mimpi sebegini digelar 'mimpi semasa', kita bermimpi berkenaan apa yang sedang berlaku pada waktu itu (in the current time, but not necessarily space).

Ada juga mimpi benar yang menunjukkan perkara yang akan berlaku. Ini terjadi apabila roh seseorang itu 'menjenguk' ke masa hadapan. Kerana itulah para pemikir Islam meyakini bahawa kelajuan roh mengatasi kelajuan masa.

Mimpi benar yang satu lagi ialah mimpi yang 'kelihatan' ganjil, atau mimpi qiasan, yang mana dalam keadaan ini roh tersebut memasuki alam yang lain, digelar alam ghaib. Alam ghaib ini ada banyak, antaranya alam barzakh (bila bermimpi bertemu orang yang telah meninggal dunia), alam jin dan sebagainya. Dalam mimpi jenis ini, seseorang itu mungkin bermimpi melihat tempat atau makhluk yang ganjil. Mimpi rambut menjadi panjang, mimpi dipatuk ular atau mimpi tercabut gigi adalah termasuk jenis mimpi qiasan. Mimpi yang disebut dalam Surah Yusuf, juga adalah dari jenis qiasan.


Terdapat tiga mimpi yang tidak ditakbir atau ditafsir iaitu :

1. Perkara yang dicita-cita pada siang hari maka terbawa-bawa ke dalam mimpi pada malam harinya atau seseorang yang sakit tenat.

2. Seseorang yang belum lagi mandi junub kerana ketika itu syaitan bersama-sama pada anggotanya.

3. Raja yang zalim atau menteri yang zalim.


"Apabila seseorang darimu melihat mimpi yang menggembirakannya maka hendaklah ia mengucapkan Alhamdulillah dan ceritakannya kepada orang yang lain, dan sebaliknya apabila ia melihat mimpi yang menduka citakannya, maka mimpi itu adalah dari syaitan, kerana itu hendaklah ia mengucapkan Isti'azah dan jangan ceritakannya kepada orang lain kerana mimpi itu tidak mendatangkan mudarat kepada nya."
Diriwayatkan oleh al-Bukhari dari Abi Sa'id.

Mimpi

Mimpi yang dimimpikan di antara masa seseorang hampir lena hingga dia tidur lena adalah benar dan berfaedah. Mimpi-mimpi ini selalunya merupakan pembawa pembukaan dan perantaraan kepada yang luar biasa. Bukti kebenaran mimpi dinyatakan oleh Allah dengan firman-Nya :

"Sesungguhnya Allah akan buktikan mimpi itu benar kepada Rasul-Nya, kamu akan masuk Masjidil Haram jika dikehendaki Allah dengan aman", maksud Surah al-Fath, ayat 27.

Secara umumnya, mimpi berlaku apabila seseorang itu sedang tidur. Boleh juga berlaku dalam situasi lain, seperti ketika pengsan, mabuk, nazak dan sebagainya, dengan syarat physically unconscious or semi-conscious.

Dikatakan mimpi berlaku apabila roh seseorang itu keluar dari jasadnya, cuma yang berbeza dengan kematian ialah roh orang mati keluar terus kesemua sekali dari jasad. Bagi orang yang bermimpi, rohnya hanya keluar dalam ertikata 'menjenguk' (extending), masih ada yang tinggal dalam jasad. Sebab itulah orang tidur masih bernafas. Ibarat seseorang yang kakinya berada dalam air tapi dari kepala sampai ke pinggang berada atas permukaan air. Atau, ibarat kaki kanan kat dalam air tapi kaki kiri memijak daratan. Begitulah juga orang yang bermimpi, sebahagian rohnya berada dalam jasadnya manakala sebahagian lagi berada di luar tubuhnya.

Menarik Minat

Mimpi merupakan suatu aktiviti rohani atau rahsia kejiwaan yang amat menarik minat manusia dari semenjak kewujudan manusia di muka bumi ini. Ianya telah menjadi tema perbualan dan juga renungan, baik kepada golongan muda mahupun kepada golongan yang telah berusia, di sepanjang zaman. Manusia keseluruhanya bermimpi, hatta makhluk Allah swt. yang lain pun bermimpi, kucing dan sebagainya. Kadangkala mimpi itu menggembirakan dan kadangkala tidak, kadangkala mimpi itu tidak dapat difahami dan di tafsirkan, kadangkala mimpi itu juga penuh misteri dan simbolik sehinggakan agak sukar bagi kita sebagai umat manusia untuk menafsirkan makna di sebalik setiap kejadiaan mimpi tersebut.

Pada umumnya setiap daripada kita ingin mengetahui rahsia mimpinya, dan kerana itu juga, sejak zaman dahulu lagi muncul berbagai-bagai percubaan mentafsirkan mimpi telah dilakukan, yang mana akhirnya mewujudkan tukang-tukang takbir mimpi yang menjadikan pentadbiran mimpi sebagai kerjaya. Dan sejak itu orang ramai semakin memberi perhatian yang berat kepada mimpi-mimpi mereka terutama dalam kalangan istana-istana dan pembesar-pembesar. Setiap mimpi yang aneh dicari akan tafsirannya kepada pentadbir tafsiran mimpi. Kerana itu kisah-kisah dan hikayat-hikayat lama penuh dengan cerita-cerita pengembaraan yang bermula dari mimpi-mimpi yang aneh.

Campur Aduk

Kemudian tafsiran mimpi berubah menjadi tradisi-tradisi yang dicampur aduk di antara dongeng dengan yang sebenar hingga menimbulkan kegelisahan dan kekeliruan kepada khalayak ramai. Oleh itu untuk menghindarkan manusia dari kesesatan, Allah swt. telah mengajar ilmu-ilmu tadbir mimpi sebenar kepada sesetengah para anbia'Nya seperti Nabi Yusof as. yang meramalkan bencana kemarau tujuh tahun dan Nabi Armia yang meramalkan kehancuran Bani Israil, tetapi ramalan para anbia' bukanlah ramalan-ramalan malah ramalan itu adalah pemberitaan yang tetap benar dari Allah swt. dalam bentuk yang simbolik.

Berdasarkan qias dengan takbir-takbir mimpi anbia' dan dengan tamthil-tamthil yang dipakai dalam al-Quran dan hadis beberapa ulama Islam di zaman dahulu telah cuba melahirkan kaedah takbir mimpi yang baik dan terkawal. Di antara mereka yang terkenal sebagai tokoh dalam bidang pengkajian ini ialah Muhammad bin Sirin (Ibnu Sirin).

Allah swt. mengkehendaki agar takbir mimpi itu terkawal, terutama mimpi-mimpi yang bersifat meramalkan kejadian masa depan (prophectic) kerana ilmu seperti itu dikurniakan kepada anbia' Nya dan hamba-hamba yang soleh supaya jangan ada tukang-tukang takbir mimpi yang mendabik dada mengetahui urusan ghaib selain dari Allah swt.

Ahli-ahli psikologi moden telah mengemukakan berbagai-bagai teori tentang mimpi. Kebanyakkan mereka memandang rendah kepada mimpi-mimpi itu. Menurut mereka tugas mimpi tidak lebih dari pernyataan angan-angan atau pemuasan angan-angan yang terpendam yang tidak dapat dilaksanakan dalam alam keyataan, atau dengan lain perkataan tugas mimpi adalah menyelesaikan masalah-masalah yang tidak dapat dipecahkan dalam alam kenyataan; kerana itu mimpi dipandang sebagai gelanggang pelarian dari masalah-masalah hidup. Mereka menolak mimpi mempunyai tugas meramalkan kejadian-kejadian masa mendatang, mereka juga memutuskan hubungan mimpi dengan Allah swt.

Tetapi walau bagaimana pun mereka mengaku bahawa takbir mimpi itu adalah suatu kerja yang sukar, kerana mimpi menggunakan bahasa simbol dan lambang-lambang yang sulit, sedangkan bahasa dan lambang-lambang itu pula tidak bersifat standard dan universal. Mereka juga mengaku juga takbir mimpi itu telah diselubungi oleh berbagai-bagai kekarutan dan tahyul akibat dieksploitasikan oleh bomoh-bomoh sihir dan penipu-penipu yang berhasrat memerah kelompok dungu.


Mimpi Benar

Bagi mimpi yang benar, roh tersebut memang keluar (sambil sebahagiannya lagi berada dalam jasad) ke tempat-tempat yang tertentu. Ada yang bermimpi keluar dari bilik tidurnya dan melihat ayahnya sedang membaca suratkhabar di ruang tamu. Bila terjaga, didapatinya memang ayahnya sedang berada di ruang tamu, membaca suratkhabar. Mimpi sebegini digelar 'mimpi semasa', kita bermimpi berkenaan apa yang sedang berlaku pada waktu itu (in the current time, but not necessarily space).

Ada juga mimpi benar yang menunjukkan perkara yang akan berlaku. Ini terjadi apabila roh seseorang itu 'menjenguk' ke masa hadapan. Kerana itulah para pemikir Islam meyakini bahawa kelajuan roh mengatasi kelajuan masa.

Mimpi benar yang satu lagi ialah mimpi yang 'kelihatan' ganjil, atau mimpi qiasan, yang mana dalam keadaan ini roh tersebut memasuki alam yang lain, digelar alam ghaib. Alam ghaib ini ada banyak, antaranya alam barzakh (bila bermimpi bertemu orang yang telah meninggal dunia), alam jin dan sebagainya. Dalam mimpi jenis ini, seseorang itu mungkin bermimpi melihat tempat atau makhluk yang ganjil. Mimpi rambut menjadi panjang, mimpi dipatuk ular atau mimpi tercabut gigi adalah termasuk jenis mimpi qiasan. Mimpi yang disebut dalam Surah Yusuf, juga adalah dari jenis qiasan.

Mimpi Lagha 

Mimpi akibat mainan syaitan dipanggil mimpi palsu, atau mimpi lagha atau lalai. Maksudnya lalai dari menyebut nama Allah swt. sebelum tidur (Is_haque). Biasanya mimpi jenis ini tiada sebarang makna, ataupun dusta. Dipercayai sewaktu mengalami mimpi jenis ini, hakikatnya adalah salah satu daripada dua keadaan :

1. Roh yang keluar 'berjalan-jalan' telah dikelirukan /ditipu oleh syaitan.

2. Roh tidak ke mana-mana, cuma di dalam otak atau fikiran sendiri (contohnya seorang yang terlalu ingin nak jumpa Siti Nurhaliza mungkin akan bermimpi sedemikian (Is_haque). Juga termasuk mainan syaitan.

Adab Selepas Mimpi 

Oleh kerana gelanggang takbir mimpi itu mempunyai banyak tempat-tempat gelincir, menyesat dan merunsingkan fikiran, maka dalam hadis ini Rasulullah saw. memberi satu garis bimbingan yang tegas untuk menghadapi mimpi, iaitu jika kita bermimpi baik dan menggembirakan maka bersyukurlah kepada Allah swt. dengan ucapan Alhamdulillah dan ceritakanlah kepada orang lain dan kepada mereka yang kita sayang dengan dengan harapan bahawa mimpi tersebut akan betul-betul berlaku dan sebaliknya jika kita bermimpi buruk dan merunsingkan maka pintalah perlindungan Allah swt. dari kejahatan syaitan yang mengaturkan mimpi-mimpi yang karut untuk menyiksakan manusia. Dan seterusnya jangan panjangkan perkara mimpi itu kepada orang lain, kerana mimpi itu tidak mempunyai kuasa sendiri yang boleh mendatangkan mudharat dan bencana kepada kita. Selepas bermimpi buruk juga kita disunatkan melakukan perkara-perkara berikut :

1. Membaca ta'awwuz (A'uuzubillahi minasysyaitoonir roojiim)

2. Meludah kesebelah kiri kita sebanyak 3 kali.

3. Mengubah cara tidur ke sebelah yang lain.

4. Bangun sembahyang 2 rakaat (kalau termampu)


Kalau diamalkan perkara di atas, insyaallah, mimpi yang buruk itu tidak ada apa-apa kesan ke atas kita.

sumber: http://virtualfriends.net/article/articleview.cfm?AID=32929

Wallahu a'lam..

35 comments:

  1. Assalamualaikum, jikalau kita bermimpi sahabat kita yang dicabut giginya,membawa maksud apa? Kebetulan keluarganya ketika ini juga dalam perjalanan ke luar dari tempat mereka~

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum, smlm sy ad mmpi tercabut gigi. rabu lepas nenek saya meninggal. adakah mimpi tu berkait dgn nenek sy yg telah meninggal atau akan ad lg saudara sy yg akn dtimpa perkara yg sama?

    ReplyDelete
  3. alia farhana: wsalam.. maaf saya tak pasti,artikel kat atas pun kopipaste shj..boleh rujuk sumber..tq

    su zer:wsalam..maaf saya tak pasti yer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mimi adalah satu gambaran kita tentang sesuatu kejadian yg akan berlaku ataupun tidak...yakni Allah telah jelaskan dalam kisah-kisah Nabi dan Rasul mahupun surah...Ada beberapa konsep mimpi samada dari konteks islamic ataupun bukan...apapapn yg terjadi di muka bumi ini kita kena berserah pada Allah S.W.T...kerna setiap yg berlaku di dunia ini adalah atas kehendak-NYA...jd kita sebagai umat kena yakin dgn ketentuan-NYA...jd bila mana kita di timpa mimpi buruk Or tak...kenalah solat dn mintak dgn Allah agar d kukuhkan hati..semoga di pertunjukkan apa d sebalik mimpi itu...karana...mimpi syaitan mahupun dari Allah..sume Allah yg tahu..walaupun mimpi itu berkait dengan ganguan syaitan...tepuk dada tanya selera ya...sya hnya hamba Allah yg kerdil tidak mempunyai kuasa untuk menentukan mimpi ini sekadar fatwah yg d kongsikan bersama...peace..:)

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. rhazes-terima kasih kerana berkongsi & menjawab persoalan di atas.. Wallahu a'lam..

      Delete
    4. Lain kali tunjuk la sumber mana.. ni dah la curi artikel org.. xletak credit pulak.. Dasar pencuri...

      Delete
  4. asalamu alaikum wr.wb mau tanya tentang mimpi saya melihat kanjeng nabi muhammad saw sedang menolong seorang ibu yg sedang melahirkan bayi tapi si ibu yg melahirkan wafat lalu si bayi trus digendong sama kanjeng nabi muhammad dan trus menyuarakan adzan ditelinga sang bayi tersbt. pas tu jg saya terbangun dari tidur dan pas jg aku mendengar suara adzan subuh. apa itu arti dr mimpi saya mohon penjelasannya karena dah banyakorg yg saya tanyai tp nggak ada yg tau..................... wassalam

    ReplyDelete
    Replies
    1. W.alkum.slam ....
      Maaf sbelumnya ane coba jawab ...

      Spertinya mimpi itu ga bner ...
      Scara logika kita ga prnah ktemu rasul ... bgaimana bisa tau kalo itu kanjeng nabi???

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  5. asalamu alaikum wr.wb mau tanya tentang mimpi saya melihat kanjeng nabi muhammad saw sedang menolong seorang ibu yg sedang melahirkan bayi tapi si ibu yg melahirkan wafat lalu si bayi trus digendong sama kanjeng nabi muhammad dan trus menyuarakan adzan ditelinga sang bayi tersbt. pas tu jg saya terbangun dari tidur dan pas jg aku mendengar suara adzan subuh. apa itu arti dr mimpi saya mohon penjelasannya karena dah banyakorg yg saya tanyai tp nggak ada yg tau..................... wassalam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf, aku bukan siapa2 dan gak punya dikit ilmu pun perihal mimpi, sumpah lillah. Tapi aku terpanggil untuk berikan tafsir dari bola pandang mataku iaitu itu tanda telah lahirnya Imam Mahadi yang namanya sama alias kanjeng nabi Muhammad saw bertepatan ukuran tasik Galilea yang hampir kering cukup2 umur Imam Mahadi bakalin dewasa untuk memikul amanah dari Allah insyallah..
      Wallahualam.
      Bila tarikh mimpinya itu mas??????

      Delete


  6. mimi adalah satu gambaran kita tentang sesuatu kejadian yg akan berlaku ataupun tidak...yakni Allah telah jelaskan dalam kisah-kisah Nabi dan Rasul mahupun surah...Ada beberapa konsep mimpi samada dari konteks islamic ataupun bukan...apapapn yg terjadi di muka bumi ini kita kena berserah pada Allah S.W.T...kerna setiap yg berlaku


    ReplyDelete
  7. Assalam... saya mau tanya kalo mimpi menggosok gigi sampai berdarah tu magnanya apa ya...tolong beri pebjelasan TQ.

    ReplyDelete
  8. rakan setugas bermimpi kami semua di landa ombak besar tetapi selamat dan melihat satu lorong halus yang boleh dilalui..... apa ertinya

    ReplyDelete
  9. Telerai sudah segala pertanyaan selama hari ni.. Mimpikan Gigi patah..mmg betol wallahu..Sbb sy mimpi Gigi patah.. 2-3 hari lpas tu dpt berita mak. Jatuh motosikal

    ReplyDelete
  10. bermimpi gigi atas kanan. dari tepi sampai depan tertanggal. mengeluarkan karang gigi warna kuning
    sedih cemas
    tetapi gigi boleh dipasang kembali seperti gigi palsu.
    apakah tafsir ini?

    ReplyDelete
  11. Saya mimpi gigi patah tapi masa tu saya tidur lepas subuh dan biasanya orang kata kalau tidur pagi, mimpi tu tak betul. Macam mana ya? Adakah sama juga dgn tafsiran mimpi di atas?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya juga tadi mimpir seperti itu sehabis subuh semoga tidak apaapa

      Delete
  12. Sy mimpi ada orang yg iri hati dengan sy lalu mnghantar saka supaya sy dan si dia putus...lalu dalam mimpi gg sy semua patah..lalu pemuda yg ada dalam mimpi sy mngaku yg dia iri hati dgan sy....apakah maksd mimpu sy itu???

    ReplyDelete
  13. Hm .. Dua baru lepas mimpi gigi taring kiri atas tercabut .. Hari ni dpt berita bestfriend accident motor langgar kereta .. T_T alhamdulillah masih dipanjangkan usia

    ReplyDelete
  14. Salam .. sy baru mimpi yang , gigi bawah sy tercabut 4 batang Allahhu.. mohon penjelasan.

    ReplyDelete
  15. assalamualaikum boleh bagi penjelasan tak ptg tadi saya ada mimi patah gigi ataupun hilang gigi mm apa maksud tu eh!!??

    ReplyDelete
  16. sudah 3 kali dan 2 hari berturut turut saya mimpi gigi saya patah. Subhanallah, moga moga perkara itu hanyalah mainan dari syaitan dan tidak membawa kemudaratan kepada saya dan keluarga dan keluarga terdekat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. shahrul nizam,, selepas gigi patah ada apa2 berlaku tak?

      Delete
    2. selepas mimpi gigi patah ada berlaku apa2 tak ?

      Delete
  17. Assalamamualaikum , Saya baru Saja Mimpi Gigi atas da bawah saya semuanya tercabut dan cuma tinggal GiGi GRAHAM je 😔👌🏼 Apa Maksudnya tu ? Harap dapat penjelasan 🙏🏼

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum , semalam saya mimpi gigi atas saya patah , dalam mimpi tu lepas gigi saya patah , saya terus bersedih . Maksud nya apa tu ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bro..sis..ada jadi apa2 ke lepas tu?

      Delete
  19. Assalamualaikum.saya ada mimpi dikejar ular warna hitam kecik dan saya tak ingat yang saya da membunuhnya ke belum.lepastu gigi patah.apakah maksud mimpi saya ni?adakah mainan syaitan.mimpi saya ni lepas waktu subuh pukul 7 keatas.mohon pencerahan..terima kasih.

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum, ilmu berkaitan tafsir mimpi dalam islam ni memang saya suka tambah pula bila berkenaan kisah Nabi Yusuf a.s yang disebut dalam al Quran yang ada mukjizat berjaya tafsirkan mimpi raja Mesir yang berkait dengan msim kemarau, mohon share ye, terima kasih.

    ReplyDelete
  21. Terima kasih di atas perkongsian. Walaupun ia mungkin diulang vetak tapi masih lagi berguna pada yang ingin tahu tentang ni. Tq ye.

    Dari Ilmu Alam

    ReplyDelete
  22. Mimpi gigi depan di cabut sendiri pakai tangan

    ReplyDelete