Pages

Wednesday, 15 August 2012

Bayar zakat dengan SMS, Apa Hukumnya..?

ASSALAMUALAIKUM SEMUA..

Korang dah bayar zakat atau masih bawah tanggungan ayah, jadi ayah lah yang bayarkan sehingga anda dah kahwin nanti baru suami pulak yang bayarkan.. (ni bagi perempuan lah) =)..

Tahun lepas, abah yang bayarkan walau dah keje time tu.. tapi tahun ni nak bayar sendiri.. nak rasa berdikari la even sekarang ni tak keje..tapi ada lah duit untuk bayaran zakat, shopping ada duit tak kan nak bayar zakat tak de duit kan..


Ok kalau nak cuba bayar zakat dengan SMS boleh ikut arahan kat atas ni ye.. 

Apa hukumnya?

Hukum menggunakan kaedah pembayaran zakat fitrah melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) sama ada secara prabayar atau pascabayar adalah harus. (Mufti Selangor)

Boleh rujuk link untuk maklumat lanjut.

Macam mana dengan lafaz?
Tertanya-tanya juga dengan lafaz niat, kalau anda dah bagi maklumat nanti akan ada SMS yang suruh
Sila Niat: Ini wang bagi gantikan beras fitrah yang wajib ke atas diri/tanggungan/wakil sebanyak RM7 pd tahun ini krn Allah taala. Sila balas YA/TIDAK.

Jika transaksi berjaya -SMS akan dihantar dengan no resit.

P/S- first time bayar zakat sendiri + bayar dengan SMS. =)

No comments:

Post a Comment