Pages

Monday, 26 September 2011

best quotes from book "Cinta Luar biasa di alam rumah tangga"

 Buku ni karya Datin Latipah Abdullah


1.  Masa & Usia
itulah yang akan membentuk usia tua. Masa mudalah yg akan menentukan masa dewasa & masa tua. Apa yang tercorak di usia muda,

2. Kualiti umur kita

Berapa umur kita sekarang?
Berapakah umur yang kita sudah habiskan?
Sepanjang umur kita itu, apa yang kita buat dan kita isi? Kebaikan atau kejahatan?
Dan apakah pengisian dan perancangan kita untuk baki usia kita yang semakin ke penghujung?

Jawapan kepada persoalan2 ini akan menentukan kualiti umur kita. 

3. Sabar, sabar, sabar..(Berlapang dada)
    Kalau Allah boleh bersabar dengan kita, kenapa kita tak boleh bersabar dgn karenah anak   
    & pasangan.

4. Diuji melalui jodoh
    Dalam memilih jodoh, kita mahukan yang terbaik dan berusaha mendapatkannya
    melalui cara yang munasabah, buat istikharah dan kemudian serah pada Allah.
    Tapi bila timbul masalah, anggaplah itu ujian dari Tuhan.

5. Virus maksiat
    Ilmu itu adalah cahaya. Allah lontarkan ia ke dalam hati manusia,
    bertindak sebagai lampu suluh penerang kehidupan. Namun ada 'virus' yang boleh 
    memadamkan cahaya ilmu tersebut. Itulah virus maksiat & dosa.

6. Dalam cerita ada rahsia,  Dalam rahsia ada pengajaran, dalam rahsia ada keperitan,
    dalam rahsia juga ada kemanisan. 
    Biarkan rahsia bersemadi dalam diri, biarkan ia bersembunyi dalam lipatan hati.
    Semoga menjadi benteng ketahanan    diri dalam menempuh cabaran hidup ini.



p/s- saya hadiahkan buku ni kat kawan baik saya masa dia kahwin.. nanti saya akan beli 1 lagi..=)

2 comments: