Pages

Sunday, 7 August 2011

Musafir yang dibolehkan berbuka puasa

full artikel dari web ni, details klik kat bawah ni k..
http://hafizfirdaus.com/ebook/musafir/bhg36.htm

buat tajuk ni sebab kisah 2 peristiwa pasal tak puasa sebab musafir.


Dalam perintahNya mensyari'atkan ibadah puasa bulan Ramadhan, Allah Subhanahu waTa'ala telah memberikan pengecualian khas bagi sesiapa yang dalam perjalanan atau musafir. 
Firman Allah:(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain (Maksud Surah al-Baqarah 02 - 184).

Allah Ta'ala mengulangi pengkhususan ini dalam ayat seterusnya: Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadhan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Maksud Surah al-Baqarah 02 - 185).

Daripada dua ayat di atas, dibolehkan berbuka atau tidak berpuasa apabila seseorang itu dalam suasana bermusafir atau berpergian.

Musafir yang dibolehkan berbuka puasa
1. Jarak perjalanan
2.Tempoh perjalanan
3.Tujuan Perjalanan

Bilakah boleh dimulai berbuka puasa ketika musafir ?
Seseorang itu diberikan kemudahan agama untuk memilih samada hendak terus berpuasa atau berbuka di kala bermusafir apabila sahaja dia telah bersiap sedia untuk memulakan perjalanan sekalipun masih berada di perkampungan asalnya.


Manakah lebih baik - berpuasa atau berbuka ketika musafir ?
Pilihan samada untuk terus berpuasa atau berbuka ketika musafir adalah satu anugerah Allah Subhanahu waTa'ala kepada hamba-hambaNya. Anugerah kemudahan ini diberikan tanpa mensyaratkan sesuatu kesukaran atau kesulitan dalam perjalanan tersebut. Malah seseorang itu juga bebas memilih antara hendak berpuasa atau berbuka, sebagaimana terang hadith berikut ini:

Hamzah bin 'Amr al-Aslami radiallahu-anhu berkata, aku pernah bertanya kepada Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam: Wahai Rasulullah ! Saya pemilik kenderaan (tunggangan) yang saya gunakan sendiri waktu berpergian dan juga saya sewakannya. Barangkali pada bulan Ramadhan ini saya akan gunakannya (untuk berpergian) kerana saya mempunyai kekuatan untuk berpuasa.
Saya masih muda dan saya rasakan berpuasa itu adalah lebih mudah bagi diri saya daripada menundanya lalu menjadi hutang bagi diri saya (yakni berbuka puasa dan mengqadhanya di lain masa-P).  Wahai Rasulullah ! Apakah jikalau saya berpuasa lebih besar pahalanya atau berbuka sahaja (lebih baik) ?
 Nabi sallallahu-alaihi-wasallam menjawab: Mana sahaja sesuka kamu wahai
Hamzah !

Secara ringkas, penerangan-penerangan di atas dapat dirumus kepada tiga kategori, iaitu:
1.      Dibolehkan berpuasa atau berbuka ketika musafir tanpa sebarang syarat atau halangan.
2.      Sebaiknya berbuka puasa apabila menemui kesukaran dalam musafir walaupun sedikit.
3.      Wajib berbuka, haram jikalau enggan, apabila menemui suasana kesusahan yang amat berat lagi membahayakan ketika berpuasa dalam musafir.


Adakah terdapat perbezaan hukum musafir antara zaman dahulu dan zaman sekarang ?
Bagi menerangkan persoalan di atas, diturunkan hujah penerangan Prof. Dr. Yusuf Qardhawi yang lebih dari mencukupi sebagai jawapan. Hujah beliau: 
Dibolehkan melakukan safar dengan kereta-api, kapal laut, kapal terbang dan semisalnya, termasuk apajua alat pengangkutan yang menyenangkan, yang sedia ada di zaman sekarang ini. Alat-alat pengangkutan tersebut tidak dapat mengugurkan kemudahan hukum yang telah ditetapkan oleh Islam. Ia adalah sadaqah Allah yang dilimpahkan kepada kita, oleh itu tidak memadai kita menolaknya.
Sebahagian orang yang tidak faham tentang fiqh berpendapat bahawa safar di zaman moden tidak sama dengan safar di zaman dahulu. Mereka tidak menganggap perjalanan yang dilakukan dengan alat pengangkutan moden merupakan safar, sehingga membolehkan pelakunya mendapat kemudahan hukum.
Mereka lupa bahawa hukum-hukum Islam tidak dapat digugurkan dengan pendapat semata-mata, khususnya masalah ibadat. Nas-nas syara' yang menerangkan tentang kemudahan hukum adalah bersifat terbuka, sebagaimana yang lainnya, dengan perkara yang jelas lagi pasti, iaitu safar. Sifat keterbukaan hukum tidak dihubung-kaitkan dengan masyaqah badaniah [kesulitan yang bersifat fisik], kerana ia tidak jelas dan tidak  dapat dipastikan. Sebenarnya dengan kenderaan apapun,  tidak bisa lepas dari masyaqah. Manusia apabila di kampung orang lain pasti merasakan adanya kesulitan atau tidak betah.

Kesimpulan
1.      Seseorang yang bermusafir diberikan pilihan oleh agama samada hendak berpuasa atau berbuka. Jikalau seseorang itu memilih untuk berbuka maka tiada hukuman baginya kecuali mengqadha semula puasa tersebut di hari yang lain.
2.      Syarat-syarat musafir yang membolehkan kemudahan ini adalah sama dengan musafir yang membolehkan solat-solat diqasar.
3.      Apabila seseorang itu menghadapi kesukaran dalam perjalanannya atau memikul apa-apa amanah atau tanggung-jawab maka berbuka adalah pilihan yang lebih baik serta lebih tepat dengan tuntutan syari'at Islam.

-

No comments:

Post a Comment