Pages

Tuesday, 26 July 2011

Countdown bulan Ramadhan al-Mubarak

Ok entri kali ni nak cakap pasal countdown bulan Ramadhan. Hari ni dah 24 sya’aban bermakna tinggal 5hari je lagi tibanya bulan Ramadhan. Moga ramadhan kali ini lebih baik untuk kita. Ramadhan bulan yang penuh dengan keberkatan, bulan penyucian diri dan bulan untuk kita memperbanyakkan lagi amal ibadah. Ditambah dengan solat sunat tarawikh, amalan bertadarus dan bersedekah.

Dah bersediakah kita menghadapi bulan ini. Jika belum masih belum terlambat untuk bersedia. Apa persediaannya ya.. erm.. apa menu untuk berbuka ye? Sahur pula nak makan apa. Eh2 bukan pasal makanan la. Tapi pasal amal ibadah pada bulan puasa ini. Elok-elok dah bangun sahur tu apa kata awalkan sikit 15minit ke, sempat la untuk solat sunat tahajud dan solat hajat. Lepas bersahur dan solat subuh apa kata kita bertadarus dengan ahli keluarga atau sendirian. Kalau boleh khatamkan al-Quran pada bulan ramadhan ni. Masa rehat waktu tengahari boleh diisi dengan bertadarus.

Isikan masa kita dengan aktiviti yang bermanfaat seperti membaca ma’thurat, berzikir, selawat, membaca buku ilmiah dll dan tinggalkan perkara-perkara yang sia-sia seperti bergosip, melayari internet berjam-jam, main games dll.  Memang susah untuk menukarnya tapi kita cuba sedikit demi sedikit niat kerana Allah, moga dipermudahkan segala urusan biiznillah. Sebab saya pun suka main games ni (mula2 kena kurangkan aktiviti ni, lepas tu cuba tinggalkan). Sesungguhnya jihad yang paling besar adalah jihad melawan hawa nafsu.

-Selamat menyambut bulan Ramadhan al-mubarak semua..~

3 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. haha..selamat berpuasa!!sama2 tinggalkan benda lagha!

    ReplyDelete
  3. selamat berpuasa affuan =) samalah kita..

    ReplyDelete