Pages

Ads 468x60px

.

Featured Posts

Saturday, 7 September 2019

Mee double special Tanjung Piandang -D'Muara

MEE SUP DOUBLE SPECIAL D'MUARA

Lepas run Parit Buntar Kampung run 2019 kami makan kat sini. Kedai buka pukul 2pm sampai 9pm. Lokasi kat Muara, view memang cantik. Boleh dengar bunyi ombak, ada bot2 nelayan.



Kami try mee sup double special ada ketam, udang, sotong, udang lipan, kepah dan juga kepah rebus. Sedap, seafood fresh dan harga memang berpatutan. Recommended. Boleh repeat.

Kalau ambik mee sup special ada semua kecuali ketam. Boleh pilih sama ada nak mee, maggie, bihun atau kuey teow.

Mee sup double special & Maggie special



ABC pun ada sini. Kami tak order.

Tempat makan pun cantik, rare gitu.
Tempat makan dia, pondok gitu. View belakang cantik.

Thank you Mak Long recommend kedai ni kat kami.

Tuesday, 16 July 2019

Lunch di Nasi Kandar Express Bandar Baru Bangi

Lunch tadi sis makan nasi kandar di Nasi Kandar Express Bangi.

Sis order set nasi sotong, telur & sayur Rm10. Husband order set nasi, kambing, telur & sayur rm11. Rasa memang sedap,cukup perisa cuma pedas sikit (sis kurang makan pedas).

Kedai luas,bersih & selesa. Servis pun cepat tadi. Yang menarik kaunter dia macam kat fast food tu, senang nak order ikut set pilihan. Siap ada ruang untuk beratur. Kalau waktu peak mesti penuh. Tadi sis datang awal sikit pukul 12pm. Pukul 12:30 orang dah mula ramai beratur.

Owh ada jugak set jimat rm6 boleh dapat set nasi dengan ayam/ daging. Boleh order next time.

Kalau nak rasa nasi kandar sedap ni boleh datang ke Nasi Kandar Express Bandar Baru Bangi seksyen15, landmark barisan kedai dekat Petronas seksyen15 /sebelah stadium seksyen15.



Set Kambing


#jjcm #nasikandarexpress

Thursday, 13 June 2019

Perginya kucing femes Oh My Jep

Assalamualaikum..

Salam Syawal semua..

1Syawal lepas peminat kucing dikejutkan dengan berita sedih perginya kucing muka selamba Oh my Jep akibat dilanggar kereta.

Berita ini dimaklumkan oleh Ummi Jep atau mama sebenar Azwana melalui akaun Instagram beliau.

Rehat lah Jep. We will miss you.

Tempat Jep disemadikan.
Pic credit -FB Page Oh My Jep



Berbuka di the Plated by pinky brothers

Assalamualaikum..

Last month 26/5, sis berbuka dengan bff masa kerja dulu Oren aka Zaidi kat IOI Mall Putrajaya. Ramainya orang hari ahad kan. Kami sampai lambat so semua restoran dah fully booked untuk berbuka. Makanya kami booked untuk slot kul8.

Ada menu Ramadan. My husband & Oren order nasi Ambang (ni I follow ejaan kedai yer), I order olio aglio and smoked duck. Pastu Oren add Calamari salad. Air Oren order air kelapa, sis ice lemon tea & my hubby order green apple tea hot (dapat 1pot dengan 2cawan kecik).

Overall makanan ok. Calamari salad tu sedap.
Wefie satu. Nampak Calamari

Nasi Ambang

Order ice lemon tea & hot tea dapat 1pot 2cawan small

Olio aglio smoked duck

#makanmakan #bukapuasa

Tuesday, 30 April 2019

Urut lepas bersalin

Urut lepas bersalin & habis pantang 40 hari

Nak share mengenai urut lepas bersalin. Ada beza kalau urut bersalin normal & Czer. Itu kena tanya tukang urut.

Intan bersalin normal. Selepas seminggu bersalin, Intan ambik pakej urut badan untuk tiga hari berturut (sabtu sampai isnin). Urut 1badan selama sejam setengah. Harga pakej RM270 (RM90 sehari), masa booking cuma kena bayar 10% jer RM27. Berurut dengan Kak Laily dia ada Spa dekat belakang Kipmall Bangi.

Ambil urut sahaja sebab tungku & bengkung buat sendiri (Mak jaga masa pantang). Mak juga yang masakkan dan mandikan baby. So, kalau korang berpantang sendiri boleh ambik Confinement Lady pakej ada yang include masakan pantang & jagaan baby sekali.

Urut pemutus pantang

Selepas habis pantang 40 hari Intan ambik urut pemutus pantang. Cari kat kg Temerloh, jumpa Spa Muslimah kat Jalan Bahagia sebelah Oren Cake. Ambik pakej penutup pantang RM120 include bertangas, lulur ,rendaman dan Urut 5 serangkai urut susu, naikkan peranakan, ketatkan vagina (2jam setengah). Plus ambik naik seri wajah include lulur muka (guna scrub cofee) dan urutan muka. Yg ni tambah lagi RM25.

Lepastu beli scrub kopi 2 in 1 badan & muka RM10 & Jus Kencur (kunyit) RM32 -4botol.
So, total RM187. Owh btw kat Spa ni semua yang diaorang guna, buat sendiri - minyak urut, scrub kopi dan jus kencur.

Recommended sangat Spa ni, lepas berurut memang rasa segar & badan lebih ringan. Owh ada jugak pakej untuk bakal pengantin RM100 jer untuk  urutan 2jam & Urut Ikhtiar Anak RM80. Kalau nak hubungi Spa atau Kak Maria klik SINI.