Pages

Monday, 25 June 2012

Kenduri Sambut menantu di kg Banjar Perak..~

Assalamualaikum semua..

Hari Ahad yang lepas, telah pun berlangsungnya Majlis Kenduri di sebelah lelaki kazen Cik Intan, Angah aka Nisa dan pasangannya Azizul@ Ijoi di Kg Banjar, Beruas, Perak. Maka, kami rombongan pengantin sebelah perempuan ke Perak dengan 1buah bas dan 2 buah kereta. Semua sekali 44 orang + pengantin 2org = 46 org..

Sebelum sampai di Homestay, kami singgah di Teluk Batik, Pekan Lumut -shopping2 dan taman paya bakau tengok monyet + bagi makan.

Share sedikit gambar2 sepanjang trip 2 hari.

view di Teluk Batik

gadis2 dan pengantin di homestay

cik intan n pengantin 

gadis2 n jejaka pembawa dulang

kanak2 penari zapin..seriyes comel

Family ayah long- ayah my kazen

Tahniah kepada my kazen Nisa coz sudah pun bergelar isteri. Moga berbahagia hingga ke syurga..Amiin.. =)

p/s-minggu ni kenduri tunang pulak, penat gi kenduri tiap2 minggu tp seronok..huhu



Friday, 22 June 2012

Selamat Pengantin Baru Angah@Nisa


17 june 2012 angah@nisa dah sah jadi isteri orang...:)

n ijoi pula adalah sang suami-nya, tahniah n smoga kalian bahagia & dirahmati...
acara bersanding

 lihat...pengantin membuat aksi jelita

ring in the roses

Wednesday, 20 June 2012

SIAPAKAH wanita cantik itu ?


✔ Dia melukis kekuatan melalui masalah.
✔ Dia tersenyum saat tertekan.
✔ Dia tertawa saat hati sedang menangis.
✔ Dia tabah saat dihina.
✔ Dia mempersona kerana memaafkan.
✔ Dia mengasihi tanpa balasan.
✔ Dan Dia bertambah kuat dalam doa dan pengharapan Ilahi.
Jadilah wanita cantik itu, yang menyejukkan mata dan mendamaikan hati setiap yang memandangnya ♥

Sunday, 17 June 2012

undangan perkahwinan

kazen cik intan...angah@nisa akan menamatkan zaman anak daranya 17/6/2012 ini


*** jemput la datang korg yer...kat atas tu alamat nye..:)

Wednesday, 13 June 2012

Martial art? saya pilih silat..~

ok saya memang minat Martial art. tapi saya tak pernah belajar martial art lain selain silat.

Ok, sejarah macam mana saya boleh join silat ni adalan kerana roomate saya masa kat matrik uia Pj, cik nurli (yeni) & pn atun (hehe..cik tun dah kahwin) join silat. pastu saya pun ikut la diaorang.

tapi bukan mudah untuk saya tamatkan semua peringkat, ada 3 peringkat Asas, Jatuh & Potong. macam-macam dugaan, sampai saya hampir-hampir berhenti. tapi ditakdirkan Allah saya belajar sampai tamat.
siapa sangka budak yang lembik boleh belajar silat. maka benarlah jika Allah telah menetapkan sesuatu itu tiada yang mustahil.

Silat ini sangat sesuai untuk perempuan. Kenapa?

Sebab tak perlu berkuda-kuda seperti silat lain.
kena berdiri tegak je.

& silat ni jugak tak ada bunga-bunga. Hanya ada buah. Buah pun ada 21 buah sahaja.

Pakaian untuk yang tamat uniform tapi untuk ahli yang belum tamat hanya pakaian t-shirt biasa + track-suit.

bagi yang berminat nak belajar martial art terutamanya perempuan boleh la cari silat ni.

boleh tengok kat website http://www.silatcekak.org.my/
untuk mengetahui lebih lanjut & senarai kelas latihan yang hampir dengan anda.

Macam-macam yang saya belajar sepanjang berada di dalam PSSCMUIAM.
Semuanya adalah pengalaman dan kenangan yang tak dapat dilupakan.

HIDUP CEKAK..!!

kongsi gambar2 dengan ahli Psscmuiam:




Monday, 11 June 2012

hujung minggu+classmate

kelas+ulangkaji+jejalan menemani kengkawan sekelas menggelapkan cermin kereta masing2. ok nanti kereta sy pulak yer...:)

1st aktiviti, mengulangkaji pelajaran, tp xtaw la my fren ni..duno lah cane dia study dgn spek itam tu...
 tawar menawar harga

 mereka2 yang terlibat

 encik 1 done =rm120

 encik 2 done =rm120



selepas itu steamboat pulak @Restoran Yuen Steamboat ..aish sy dah jadi mulat..mulat.. ooo000OOO
aniway tenkiu kat en pjan yg membayar harga makanan...:)

 encik berdua ni sgt xsabar

 mereka campak sume bersama2

 hehehe..dimarahi sebab ambil makanan yg rare .. nk try je..seb baik encik2 ni telan juga walau tapak sulaiman sekalipun(sebab mereka dah kerat, so bkn dlm bentuk bintang2)

ok kepak ayam madu kat sini  mmg special....:)

Thursday, 7 June 2012

musim mengganti puasa



pejam celik..bulan ramadhan dah hampir tiba..maka dengan itu bermula lah misi mengganti puasa bagi kami, gadis2@wanita2.

kalau kat opis ni, kebanyakkan opismate sy sedang sibuk mengganti puasa. jadi tak de orang yang nak keluar lunch besama sy. dah sume orang pun tak lunch...sy pun tak lunch juga laa... join mereka semua duduk saja di opis main game tetris battle+castleville+hidden chronicles(uihh banyak tu). yer laa kalau nak pegi makan sorang-sorang terasa janggal pula. nak ganti puasa sama cam deorang...hmm dah ganti semua awal-awal lagi. sebab takot nanti kalo tunggu last minute baru nak ganti..takot tak sempat pula... baik ganti awal2 kan.

tapi sebab kebanyakkan member suka ganti last minute...so sy pun terfolow juga deorang..sampai sanggup tak makan. petang balik rumah kelaparan..sebab sehari tak makan..huhuh..

hope gadis2@wanita2 berjaya menghabiskan puasa yang belum ganti tu ye...:) 

Wednesday, 6 June 2012

nyum..nyum@Wadihana Islamic Kitchen


ehh...aktiviti makan ni semakin menjadi-jadi nampaknya..now @Wadihana Islamic Kitchen. 

try steak kat sini..muahh-muahh..sedap ok..

sedap cane pun...memang  tak pernah mampu nak habiskan makanan..so,tqvm to my partner yang sentiasa memahami..u are my other half sebab sentiasa tolong habiskan 1/2 dari makanan sy....:)


 lokasi kita kali ni

minuman lemon ice tea dan apple juice+asam boi, 
harga lupa nak cek..tapi rasanya dalam Rm 3.90~5.90 


 Grilled Sirloin Steak for me, Rm 21.90

Grilled Chiken Rm 21.90

Tuesday, 5 June 2012

handover part 1


sememangnya akan meninggal-kan syarikat ini dalam beberapa minggu saja lagi.

jadi handover sedang dilakukan.selain dari kerja sendiri, entah macam mana bole terfikir pulak nak tolong akak yang kat bahagian helpdesk tu..aish, terlebih rajin laa pulak kan... 

 my bff ms.eena sedang menjalankan proses bersama dokumen-dokuman(she folo me..tp lokasi len2)..ni kat teknikal department..hardware is everywhere!!!

korek2 mane taw jumpa duit

dah macam pengemas pejabat pula

atas tu yang dah siap label..bawah lom lagi..banyak betoi kan

begitu laa... nak tinggakan kenangan kat department orang..harap deorag ingat laa kat kita dikemudian hari+belanja makan skali..:)

Monday, 4 June 2012

luve...luvly...lurvee



Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya





hantaran

kawen, tunang ...event keluarga yang bersusun-susun bulan ni.
dalam mood kenduri kendara ni...serta pelbagai pekara yang nak dibuat, sempat pula ter-berangan-kan hantaran @ lebih tepat gubahan hantaran...ter-suka sangat pula kat bowl.. kaca @ kristal

tapi contoh ni bukan contoh hantaran perkahwinan melayu, ni centerpiece letak kat tengah2 meja, biasanya kalau majlis kat hotel@dewan, sekadar hiasan aje laa.. sebab tadi gugel2..tak jumpa sangat pic hantaran yang dalam bowl. so amik la contoh centerpiece ni..tapi berkenan kat bowl tu aje...so bole ubah dan decorate jadi bekas hantaran.

kalau yang dah ada kaki lagi cantik kan..tak payah dah guna pahar, nak buat lapik






saja nak share..hope cik intan suka..sebab maybe dia belom ada idea.. becoming majlis ni..mereka semua dah dah siap sedia rasanya..tak dapat laa nak letak idea ni.

Saturday, 2 June 2012

Restoran untuk dijual


iklan sikit, my sis nak jual kedai dia

lokasi : kg benus,bentong

Price : RM 80 000

lokasi restoran yang strategik, berada di tepi jalan besar
terdapat taman-taman perumahan di sekitar

keluasan :
panjang 150 kaki(45.7 meter)
lebar 45 kaki (13.7 meter)
atap boleh digerakkan
termasuk 40 buah meja beserta kerusi(1 meja untuk 6 orang)


untuk sebarang pertanyaan sila hubungi : en. sha'ari @ pn siti di talian 0129492646

Friday, 1 June 2012

#pink02


as per request from pengantin... beli la juga baju kaler pink..


xde idea nak pakai baju cane dan ditambah pula dengan kekurangan peruntukan...jadi pilih yang simple saje laa..
pic baju dlm plastik..sebab xmo buka lg..

ok laa kot..sebab nanti nak kene beli lagi sehelai baju untuk majlis tunang kakak pulak..again need RM...yang tu lom tahu apa kaler temanya..