Pages

Wednesday, 31 August 2011

Biodata Jep Sepah

Dah lama nak buat entry ni..
Ramai yang google kot.. so buat lah.. kata kipas susah mati sepah.,jep sepah





Nama penuh: Mohd Nadzri Bin Zainal Abidin

Orang panggil:Jep

Umur:29 tahun

Tarikh lahir: 9 April 1985

Asal: Kulai, Johor

Peserta Raja Lawak musim ke: Musim ke-3

Drama/Telemovie/Filem: Telemovie: Bujang Sepah Silalalitampom, Burger Layan Diri, Ibu Mee Segera, Bomoh Temberang

Episod: Bujang Sepah Silalalitampom (13 Episod), Bujang Sepah Silalalitampom (26 Episod), Tok Ketua (13 Episod) dan 3 Bendul (13 Episod)
Edisi Khas, Buletin Cinta (Dr Love), Betul ke Bohong (Musim 1-3)
Karoot Komedia, Karoot Komedia X

Awards:
Juara Raja Lawak musim 3
Juara Maharaja Lawak 2011

Juara Super Spontan 2013


Menang Anugerah Artis Lawak Lelaki Popular 
di Anugerah Lawak Warna 2013





website:qisatulhayati.blogspot.com...=p..~~

hanyadiajepsepahtu.blogspot

kat wikipedia pun dah ada tentang Jep- wikipedia.org/wiki/Jep_Sepahtu




twitter:jep_sepah


instagram: instagram.com/jepsepahtu





fav kaler: putih, hitam

tinggi:186cm

fav football team: JDT & MU






p/s-Jep tiada akaun fb & twitter 




Selamat Merdeka raya semua..~

Dah 2 syawal hari ni.. dah beraya sampai ke Johor, Mersing semalam..
First time beraya kat Johor.. dalam 3jam setengah gak lah dari Temerloh.

Hari ni jalan2 kat area Temerloh Pahang.
disebabkan nenek (saya panggil wan), duk kat taman jadi tiap kali raya kitaorang akan jalan kat kampung.
singgah kubur, kemudian terus ke rumah saudara mara..
tadi kitaorang gi naik myvi je, walau ada 6 orang..nasib saiz S semuanya, so muatlah..

Nak berpantun lah sempena Merdeka Raya ni;
tapi 2kerat jer..

Burung merpati, burung tempua,
Selamat Merdeka Raya semua

Pergi beraya ke rumah tok empat,
Selamat menyambut kemerdekaan yang ke 54

Pergi beraya pakai kebaya,
pakai bersama selendang hitam,
sudah puas kita beraya,
jom lah kita puasa enam,,

p/s-cik intan dapat duit raya lagi..huhu =)

Monday, 29 August 2011

raya


selamat hari raya semua, semoga ceria-ceria selalu bersama keluarga di hari raya, kepada yang memandu hati-hati pulang beraya dan pastikan semua berjalan dengan lancar yea.

raya taun ni amat berbeza bagi diri ini.berbanding dengan 5 taun kebelakangan.berharap agar dapat menerima hikmah disebaliknya semua nya, sesungguhnya Allah s.w.t tidak akan menguji hambanya melebihi kemampuan hambanya...redha..:)

ok jumpa korang balik lepas cuti raya seminggu..:))
-ikhlas dari lurvee

Salam aidilfitri untuk semua.. Semoga bergembira bersama keluarga tersayang di hari raya ini.. Ampun maaf dipinta andai ada tersalah tulis & andai ada salah dan silap.. =)

-ikhlas dari miss intan.. ^_^

p/s-maybe tak online untuk 2/3 hari..busy beraya =)

Saturday, 27 August 2011

Dialog suami isteri -kedai makan

Ni kopipase dr fb..


Awal Perkahwinan
Isteri : "Hari ini kita makan kedai ye.."
Suami : "OK..no problem.."

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Hari ini kita makan kedai ye.."
Suami : "Awak tak boleh masak ke ?"

Penghujung perkahwinan
Isteri : "Hari ini kita makan kedai ye.."
Suami : "Lebih baik kawin lain yang boleh masak untuk abang"

"Org perempuan skrg bkn nak bljr memasak, tp bljr wat blog.



-erk..terasa plak.. tp i suka je masak makanan fav i..


pesanan untuk adik2 perempuan, u'oll jangan pandai make up, online selalu & buat blog je k..
belajar gak memasak.. compulsory tu dik..jangan cakap ala kedai banyak beli je lah..  
ada kes cerai sebab isteri tak nak masak..


p/s- dekat nak raya ni memang banyak nak kena masak-memasak =)

Friday, 26 August 2011

26 Ramadhan & berita gembira..

Assalamualaikum semua..
Hari ni dah 26 Ramadhan..

Kita berada di penghujung Ramadhan..
Harapnya diberi kesempatan untuk sampai ke Ramadhan tahun hadapan..
Dah khatam ke al-Quran.. saya belum lagi, baru juz 27..moga sempat khatam..
nak kena khatam cepat sebab nak buat kuih raya pulak nanti..=)

di hujung2 Ramadhan ni semua orang sibuk, ye lah sibuk nak buat persiapan raya, sibuk nak balik kampung,
tapi jangan lupa berterawih, tadarus & amal ibadah sunat yang lain

Moga Ramadhan kali ini yang terakhir sebagai orang bujang, tahun depan dah berdua..hehe =)

-Alhamdulillah saya dah dapat kerje, 5 sept mula.. jadinya adik2 sepupu saya, saya bagi duit raya tahun ni..tapi yang belajar je ok..

ps- dah selamat sampai kat pahang, bercuti sampai 4hb.. ^_^



Thursday, 25 August 2011

Steve Jobs letak jawatan sebagai CEO APPLE

WASHINGTON: Pengasas Apple, Steve Jobs meletakkan jawatan sebagai Ketua Eksekutif (CEO) hari ini selepas sekian lama tercetus spekulasi dia akan berundur berikutan penyakit kanser yang dihidapinya. 

Dalam satu kenyataan bertulis, Apple, yang kini muncul syarikat kedua gergasi dunia dalam bidang teknologi, mengumumkan Ketua Bahagian Jualan dan Operasi, Tim Cook akan mengambil alih jawatan CEO.
Bagaimanapun, Jobs terus kekal sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Apple.

sumber -Beritaharian

"I have always said if there ever came a day if i could no longer meet my duties and expectations as APPLE's CEO, i would be the first to let you know. Unfortunately that day has come". - Steve Jobs

 Industry legend Steve Jobs resigns as Apple CEO and will be replaced by Tim Cook. Steve Jobs has stepped aside as boss of Apple, the company he founded in a garage.


Read more: http://www.smh.com.au/technology/technology-news/

Program TV Sepah Raya 2011

Senarai Program TV Sepah di Hari Raya


1. Program Raya Sama-Sama  malam raya- secara langsung jam 10.00 malam TV2. Program ini menampilkan pengacara Saiful Apek, Adibah Nor, Linda On dan Jep Sepah berkongsi ucapan raya di studio di samping mengundang Sepah, Sarah Raisuddin, Shila Amzah, Tomok, Black, Kristal, Farahwaheeda dan Wakaka Crew. Aizat, Tomok, Sharifah Aini, Faizal Tahir dan Misha Omar.



2. Maharaja Lawak Raya bersama Sepah, Jozan, Nabil dan Jambu! 
Raya ke- 4, Jumaat, 3.00petang, Eksklusif di Astro Warna.


3. Raya keempat 2 sept disiarkan hiburan Gegar Raya Kg. Pening Lalat, jam 9.00 malam di TV1 menampilkan Saiful Apek dan Dato’ Siti Nurhaliza selain artis undangan Sepah, Dayang Nurfaizah dan Azlan & The Typewriter. 
  
4. MelodiRaya Ep.1 akan disiarkan pd Ahad,4 Sept 2011 jam 12.30tghari di TV3 - ada SEPAH & ramai lagi artis




-sumber: http://www.budiey.com/ & Fan page FB Handsome-macam-Jep-Sepah

updated** sumber: Danau Maharaja Sepah

5. GALAKSI RAYA-Raya Keempat, 2 Sept, pukul 9.00 mlm (Jumaat) di TV9


6. DARI KEDAH KE KUALA LUMPUR -Raya Keempat, 2 Sept, pukul 11.00 mlm (Jumaat) di TV3


7.JALAN-JALAN CARI SAKA-Raya Keenam, 4 Sept, pukul 9.00 mlm (Ahad) di Astro Prima saluran 105


8. MELODI RAYA-(EPISOD 2)Raya Ketigabelas, 11 Sept, pukul 12.30 tgh (Ahad) di TV3




sebab apa buat entry ni..suka2 je.. kata peminat susah mati sepah kan..haha.. ^_^

-Salam 25 Ramadhan u'olls..  mode:cuti raya & balik kampung..~

Wednesday, 24 August 2011

Diary Seorang Isteri..sesuai utk dibaca semua..SEDIH SAMPAI keluar air mata..semoga dijauhkan dr hidupku

Diary Seorang Isteri (Lelaki Mesti Baca!!)
kopipase dr fb Aniza Ariffin 

Aduh...sakitnyer. ..isk.... . aduuh....Bang sakit nye tak tahan saya" keluh Nisa pada suaminya Zakri.
"Apelah awak nie....lama sangat nak bersalin dah berjam-jam dah tak keluar-keluar juga. Penat dah saya tunggu. Nih mesti ader benda yang tak elok awak buat , itu lah sebab lambat keluar budak tu banyak dosa la tu" rungut Zakri pd Nisa.

Nisa hanya diam dan menahan sakit nak beranak, hampir 1 jam Nisa dalam bilik bersalin tapi baby tak keluar juga. Sebak hati Nisa bila Zakri berkata begitu. Sejak mengandung ada sahaja yang tidak kena dihati Zakri terhadapnya. Seakan-akan membenci Nisa dan anak yang dikandungnya. Jururawat datang memeriksa dan kemudian bergegas memanggil Doktor Johari. Doktor Johari (Doktor Peribadi) datang dan bergegas menyediakan keperluan menyambut kelahiran. Nisa hanya mendiamkan diri menahan sakit dan air mata meleleh panas dipipi bukan disebabkan takut atau sakit tapi rungutan Zakri tadi. Doktor Johari menyuruh Nisa meneran ...."Come on Nisa u can do it...once more...." Kata ransang Doktor Johari itu membuatkan Nisa bertenaga dan sekali teran sahaja kepala baby sudah keluar..."Good mummy" kata Doktor Johari selepas menyambut baby yang keluar itu.

Tiba-tiba Nisa terasa sakit lagi dan Nisa meneran untuk kali kedua dan keluar seorang lagi baby, kembar rupanya. "Nisa u got twin, boy and girl, putih macam mummy dia" kata Doktor Johari memuji Nisa. "Tahniah Zakri,it's a twin" Doktor Johari mengucapkan tahniah kepada Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri setelah menyaksikan kelahiran anak pertamanya, kembar pulak. Memang Doktor Johari itu menyuruhnya melihat bagaimana keadaan kelahiran anaknya. Baby boy dan girl Nisa namakan Mohammad Danial dan Nur Dania.Nisa berasa lega... tapi Nisa masih lagi teringat kata-kata Zakri padanya sebentar tadi. Terlalu banyak kata-kata yang membuat Nisa selalu kecil hati .

Tapi Nisa tahankan sahaja. Nisa tahu kalau Nisa mengadu pada emak, Nisa akan dimarahi semula. Jadi Nisa hanya diam dan memendam rasa. Danial dan Dania diletakkan di nursery di Hospital itu sementara menanti Nisa berehat kemudian dapatlah Nisa menyusukan Danial dan Dania. Comel sungguh kembar Nisa. Nisa termenung dan otak fikirannya menerbang kembali detik-detik semasa Nisa mengandungkan kandungannya, Zakri selalu memarahi Nisa, ada sahaja yang tidak kena. Kata Nisa yang bukan-bukan, gila, ada sahaja tuduhan yang tidak masuk akal semuanya dihamburkan pada Nisa.

Tak sanggup Nisa hadapi semua itu tapi demi kandungannya, Nisa kuatkan semangat dan pendirian Nisa.
Ingat lagi waktu Nisa mula mengandung Zakri tak percaya Nisa mengandung anak dia, dua kali dia membuat pemeriksaan Antenatal samada Nisa mengandung.Zakri ragu anak dalam kandungan Nisa. Dia tak boleh terima baru tiga bulan kahwin dah mengandung.. .Nisa dah 2 bulan...Nisa cuma kosong selama sebulan selepas berkahwin. Nisa tak tau nak cakap apa.

Nisa balik rumah dalam kesedihan. Pada mulanya Nisa gembira bila mengandung tapi sebaliknya pula yg terjadi. Perasaan hati Nisa bangga Nisa dapat memberi zuriat kepada Zakri. Tapi apa yang Nisa dapat hanyalah tuduhan yang tak pernah terlintas di otak jemala Nisa. "Kenapa abang berlainan sekarang ni, tak macam dulu pelembut, suka berjenaka, ni tak asyik nak cari salah Nisa sahaja. Nape Bang?"soal Nisa pada Zakri .

"Kaulah penyebabnya. Tak yah nak tunjuk baik plak" Zakri menempelak Nisa "Jantan mana yang kau layan kat opis kau tu" sergah Zakri lagi. "Abg syak Nisa ngan lelaki lain ke? Kenapa Abg syak yg bukan-bukan, Nisakan isteri Abang yang sah tak kanNisa nak buat jahat ngan orang lain pulak Bang"? terang Nisa pada Zakri. "ALLAH dah bagi kita rezeki awal,tak baik cakap cam tu. Itu semua kehendak ALLAH" Nisa senyum dan menghampiri sambil memeluk badan suaminya tetapi Zakri meleraikan pelukan Nisa dengan kasar sehingga Nisa hampir tersungkur. Nisa menangis dan sedih. Zakri buat tak tahu sahaja. Deraian airmata Nisa semakin laju.

Nisa hanya mampu menangis. Terasa dada .Nisa sakit menahan semua tohmahan dari Zakri, suaminya yang sah. "Woi, benda-benda tu bole terjadilah Nisa, kawan baik ngan bini sendiri, suami sendiri, bapak ngan anak, hah emak ngan menantu pun bole jadi tau apatah lagi macam kau nie, tau tak. Tu dulu kawan kau lama tu yang satu opis ngan kau tu, Farid, bukan main baik lagi budak tu" marah Zakri. "Entah-entah keturunan kau, darah daging kau pun tak senonoh.... heee teruk. Nasib aku la dapat bini cam engkau ni"kutuk Zakri lagi pada Nisa. "Bawa mengucap Bang, jangan tuduh saya yang bukan-bukan saya bukan perempuan tak tentu arah walaupun saya menumpang keluarga ni , saya bukan jenis macam tu saya tau akan halal haram, hukum hakam agama.

"Walaupun saya tak tau asal usul keluarga kandung saya, saya bersyukur dan berterima kasih pada emak kerana jaga saya dari kecil dah macam darah daging saya sendiri" kata Nisa pada Zakri. "Tapi Abang tak boleh hina keluarga kandung saya walaupun saya tak pernah tengok muka ayah dan mak kandung saya. Mereka lahirkan saya kedunia,"ucap Nisa sambil menangis.

Semenjak kejadian itu Nisa terpaksa mengikut Zakri ke tempat kerjanya apabila habis waktu kerja. Nisa berehat di Surau tempat Zakri bekerja. Zakri bekerja di salah sebuah Pusat membeli belah dan kerjanya mengikut shif.Kalau Zakri shif malam terpaksalah Nisa menunggu Zakri sehingga pukul 10.30 malam - 11.30 malam sehingga habis Pusat membeli belah itu tamat waktu perniagaannya. Nisa terpaksa berbohong pada emak dan keluarga lain dengan mengatakan Nisa buat overtime di pejabat. Nisa terpaksa berbuat demikian kerana tidak mahu dikata-kata dan dituduh lagi. Dengan keadaan perut semakin membesar Nisa gagahkan juga.

Tetapi kadangkala Zakri tidak menjemput Nisa di tempat kerja terpaksalah Nisa menaiki bas. Begitulah Nisa sehinggalah Nisa hampir pada waktu bersalin Nisa. Kalau diminta jemput...macam- macam kata kesat dilemparkan pada Nisa, perempuan tak tau berdikarilah, berlagak senang lah, lagak kaya lah. Pernah suatu hari Nisa naik marah kerana Zakri jemput Nisa lambat sampai sakit pinggang Nisa menunggunya. Nisa menangis. Zakri tiba-tiba naik angin dan cakap perangai Nisa macam firaun la, perempuan tak sedar dirilah, tak layak jadi isterilah, menyusahkan macam-macam kata nista dilemparkan pada Nisa.

Nisa tambah sedih mengenangkan diri Nisa, ngadu kat emak takut dimarahi pula...bila Nisa balik ke rumah, mereka berdua akan berlakun yang mereka tidak bergaduh...Nisa sedaya upaya tidak mahu menunjukkan yang masalah melanda perkahwinannya. Kasihan Nisa...dalam keadaan yang begitu Nisa masih mampu bertahan, masih kuat lagi emosinya. Satu hari Zakri dalam keadaan marah telah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa ke dinding...Nisa hanya mampu menangis dan menanggung kesakitan gara-gara Nisa nak pergi ke rumah Mak Usu Nisa yang ingin mengahwinkan anaknya di Tanjung Karang. Emak Nisa dah seminggu pergi ke sana untuk menolong.

Hari dah mula petang jadi Nisa mendesak agar bertolak cepat kerana kalau hari malam nanti bahaya , "Kita nak jalan jauh ni Bang. Biarlah kita pergi awal sikit bolehlah tolong apa yang patut. Masa nilah kita nak membalas pertolongan mereka, ingat tak masa kita kahwin mereka bekerja keras kan "kata Nisa pada Zakri. Zakri ketika itu sedang berehat menonton. "Bang dengar tak ni, lagi pun hari dah mula gelap,takut plak hujan nanti"desak Nisa lagi. Tiba-tiba Zakri bangun dan mukanya bengis memandang Nisa "Kau tahu aku penatkan, tak boleh tunggu ker,suka hati aku lah nak pegi malam ke siang ke tak pegi langsung ker"marah Zakri. "Itu Nisa tau, Abang dah berehat dari pagi tadi Bang masih penat lagi, Nisa cuma nak ingatkan Abang aja"Nisa memberitahu Zakri. Zakri datang pada Nisa dan direntapnya rambut Nisa dan di hantukkannya kepala Nisa kedinding.

Nisa tak dapat buat apa. YA ALLAH sanggup Zakri berbuat demikian...terasa kebas kepala Nisa dan mula membengkak. Pening kepala Nisa dibuatnya. "YA ALLAH kau kuatkan iman aku YA ALLAH, lindungilah aku dan kandungan aku dari bahaya YA ALLAH" doa Nisa dalam hatinya. Nisa memencilkan diri Nisa disudut dinding dan menangis.Zakri kemudian duduk diam. Nisa rasa kepala Nisa macam nak pecah. Kebas masih lagi dan embengkak.. .berdenyut2. .."Bang, Nisa minta maaf jika Nisa membuat Abang marah" Nisa memohon maaf pada Zakri sambil teresak-esak.

Treet,Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Sapa plak nie sebok je....."Rungut Zakri yang tengah sibuk berborak dengan kawan-kawan di salah sebuah caf?. "Hoi, Encik Zakri, bini ko kat wad tak gi jengok ke, apa punya laki ko nie? sindir Azlan, kawan pejabat Zakri. "Alah, dia sihat je kat wad tu, makan tanggung berak cangkung, ha,ha,ha"gelak Zakri dan kawan-kawan lain. Azlan cuma berdiam diri. "Senangnya hidup Zakri nie tak ader risau langsung pasal bini dia"cetus hati Azlan.

"Akulah kalau bini aku masuk wad bersalin aku sentiasa dok sebelah dia tau...mereka perlukan kita masa tu...nyawa mereka dihujung tanduk semata-mata nak melahirkan zuriat yang dari darah daging engkau tau, cuba fikir sikit" Azlan mengingatkan Zakri. "Iyelah, Lan, lagipun Nisa dah bersalin, selamat dah, sekarang tengah berehat laaa, apa aku nak risau lagi" jawab Zakri selamba. "Suka hati kau lah, tapi kalau ader apa-apa nanti kau jangan menyesal Zakri, sesal tak sudah nanti" kata Azlan lagi.

Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Hello Zakri speaking" jawab Zakri. "Hello Zakri, Doktor Johari sini, ade masalahlah Zakri, pasal Nisa, datang segera ke hospital ye Zakri, Nisa tidak sedarkan diri........ ."panggilan kecemasan dari Doktor Johari "Iye ke, teruk ke dia Johari , okay I atang"...tuttttttt . Zakri menamatkan perbualannya dengan Doktor Johari. "Lan. Kau kut aku, Nisa tak sedar diri ..."ajak Zakri pada Lan. "Hah, tadi kau kata bini kau sihat"tanya Lan pada Zakri. "Alah jom ler cepat" desak Zakri.

"Zakri, kami tak dapat selamatkan Nisa, Nisa mengalami pendarahan otak yang serius, sebelum nie pernah tak Nisa jatuh atau...terhantuk kuat cause sebelah kanan kepalanya kelihatan bengkak dan ada tanda lebam. Mungkin kesan dah lama? tanya Doktor Johari dengan serius dan ingin penjelasan Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri. Automatik otak Zakri teringat yang dia pernah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa kedinding sekuatnya... dan selepas kejadian itu Zakri tidak pernah pun membawa Nisa ke Klinik untuk membuat pemeriksaan kepalanya dan semenjak kejadian itu Nisa sering sakit kepala yang teruk ...tapi Zakri tidak pernah mengendahkan kesakitan Nisa....baginya Nisa mengada-ngada ..saja buat sakit untuk minta simpati...tetapi sebaliknya.. ...Zakri hanya diam...."YA ALLAH apa aku dah buat" rasa bersalah membuat dirinya rasa menggigil...

"Doktor Zainal yang merawat Nisa kerana Nisa mengadu sakit kepala sewaktu Nisa memberi susu pada kembarnya di Nursery, sakit yang amat sangat katanya so Doktor Zainal membawa Nisa ke Lab untuk membuat scanning di kepalanya dan confirm otaknya ada darah beku tapi malangnya ia sudah ditahap yang kritikal, kami tak mampu lakukan apa-apa kerana Nisa tidak mahu di operation sebelum meminta izin dari kau Zakri, Nisa telah pergi dulu dengan tenang.Permintaan terakhir Nisa, Nisa minta kau membaca diarinya. I'm really sorry Zakri. ALLAH berkuasa Zakri kita tak dapat menghalangnya" kata Doktor Johari lalu memberikan Zakri sebuah diari yang berbalut kemas dengan kain lampin baby yang masih baru.

Zakri mengambil diari itu dan membuka setiap lembaran diari Nisa, setiap lembaran tertulis rapi tulisan Nisa dan peristiwa yang berlaku pada Nisa pada setiap hari , Zakri membacanya sepintas dan nyata keluhan,kesakitan segala luahan rasa Nisa semuanya tertera di iarinya. Dan Zakri dapati setiap peristiwa itu semuanya perlakuan buruk Zakri terhadap Nisa..."YA ALLAH kenapa aku buat Nisa begini" terdetik hati Zakri selepas membaca tiap lembaran diari Nisa. Dan terpandang oleh Zakri mukasurat akhir lembaran diari yang ditanda dengan bunga ros merah yang telah kering....membuat Zakri tertarik untuk membacanya.. . Untuk suami Nisa yang tersayang, I LOVE U Bang... "SELAMAT HARI ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG PERTAMA"

Assalamualaikum.
Abang,
Ingat tak bunga Ros merah ni, Abang berikan pada Nisa sewaktu mula mengenali Abang. Lama Nisa simpan bunga tu Bang...Bunga inilah lambang bermulanya perkenalan Nisa dengan Abang. Nisa benar-benar menyayangi Abang. Nisa menyimpan setiap hadiah yang abang bagi pada Nisa. Abang tak pernah tahu kan ... Itulah salah satu buktinya betapa sayangnya Nisa.. Terlebih dahulu Nisa ingin sangat dengar Abang panggil Nisa AYANG seperti kita baru kahwin...Abang panggil Nisa AYANG...terasa diri dimanja bila Abang panggil Nisa cam tu...walaupun Nisa dapat merasa panggilan AYANG itu seketika sahaja. Abang dah banyak berubah. Perkataan AYANG telah hilang dan tidak kedengaran untuk Nisa lagi. Kenapa? Bencikah Abang pada Nisa? Abang...mukasurat nie khas utk Abang. Bacalah semoga Abang tahu sayangnya Nisa pada Abang. Abang ingatkan hari nie hari ulangtahun perkahwinan kita yang pertama dan Nisa hadiahkan Abang....... Danial dan Dania. Untuk Nisa tak perlulah Abang bagi kerana tak ada apa yang Nisa inginkan melainkan kasih sayang Abang pada Nisa. Nisa akan pergi mencari ketenangan dan kedamaian untuk diri Nisa. Nisa pergi untuk menemui NYA.
Nisa harap Abang akan menjaga Danial dan Dania dengan baik dan jangan sekali-kali sakiti mereka. Danial dan Dania tak tahu apa-apa. Itulah hadiah paling berharga dari diri Nisa dan mereka adalah darah daging Abang. Jangan seksa mereka. Abang boleh seksa Nisa tapi bukan mereka. Sayangilah mereka...Nisa ingin mengatakan bahawa Nisa tak ada hubungan dengan sesiapa melainkan Abang sahaja di hati Nisa. Jiwa dan raga Nisa hanya untuk Abang seorang. Terima kasih kerana Abang sudi mengahwini Nisa walaupun Nisa in cuma menumpang kasih disebuah keluarga yang menjaga Nisa dari kecil hinggalah Nisa bertemu dengan Abang dan berkahwin. Nisa harap Abang tidak akan mensia-siakan kembar kita dan Nisa tidak mahu mereka mengikut jejak kehidupan Nisa yang malangkerana menumpang kasih dari keluarga yang bukan dari darah daging nisa....tapi Nisa bersyukur kerana dapat mengecapi kasih sayang sepenuhnya dari keluarga ini. Nisa harap sangat Abang akan sentiasa memberitahu pada kembar kita yang Nisa ibunya akan sentiasa bersama disamping kembar kita, walau pun Nisa tak dapat membelai dan hanya seketika sahaja dapat mengenyangkan kembar kita dengan air susu Nisa. Berjanji pada Nisa dan ingat DANIAL dan DANIA adalah darah daging abang...Ampunkan Nisa dan halalkan segala makan minum Nisa selama setahun kita bersama. Sekiranya Abang tidak sudi menerima Danial dan Dania berilah pada emak Nisa supaya emak menjaga kembar kita dan segala perbelanjaan Nisa dah buat nama emak untuk KWSP Nisa. Biarlah emak menjaga kembar kita sekurang-kurang terubat juga rindu emak sekeluarga pada Nisa nanti bila memandang kembar kita. Comel anak kita bang..Dania mengikut raut muka Abang...sejuk kata orang dan Nisa yakin mesti Danial akan mengikut iras raut wajah Nisa...Ibunya. ..sejuk perut Nisa mengandungkan mereka. Inilah peninggalan Nisa untuk Abang. Semoga Abang masih sudi menyayangi dan mengingati walaupun Nisa sudah tiada disisi Abang dan kembar kita.
Wassalam.


Salam terakhir dari Nisa Untuk Abang dan semua.
Doakan Nisa.
Ikhlas dari
Nur Nisa


Sabarlah Zakri, ALLAH maha berkuasa. Kuatkan semangat kau, kau masih ada Danial dan Dania" pujuk Azlan. Zakri hanya tunduk membisu. YA ALLAH,Nisa maafkan Abg Nisa. Zakri longlai dan diari ditangannya terlepas, sekeping gambar dihari pernikahan antara Zakri dan Nisa jatuh dikakinya dan Zakri mengambilnya. Belakang gambar itu tertulis "HARI YANG PALING GEMBIRA DAN BAHAGIA BUAT NISA DAN SEKELUARGA. NISA DISAMPING SUAMI TERCINTA SELEPAS DIIJABKABULKAN. SEMOGA KEGEMBIRAAN DAN KEBAHAGIAAN AKAN MENYELUBUNGI DIRI NISA DAN KELUARGA NISA HINGGA KEAKHIR HAYAT NISA.

Zakri terjelepuk dilantai dan berjuta penyesalan merangkumi seluruh tubuhnya. Zakri seakan orang hilang akal. Satu demi satu setiap perlakuannya terhadap isterinya Nisa seperti terakam dalam kotak otaknya...setiap perbuatannya. ..seperti wayang jelas terpampang.. . kenapalah sampai begini jadinya...kejamnya aku...Nisa, Nisa, Nisa maafkan Abang Nisa. Sewakt jenazah Nisa tiba dirumah suasana amat memilukan. Zakri tidak terdaya untuk melihat keluarga Nisa yang begitu sedih atas pemergian Nisa. Namun emak Nisa begitu tabah dan redha. Danial dan Dania sentiasa di dalam pangkuan neneknya.Saat akhir untuk melihat Jenazah Nisa, Zakri lihat muka Nisa tenang bersih dan Zakri kucup dahi Nisa buat kali terakhir seakan-akan lirik mata Nisa mengikuti wajah Zakri.

"Nisa Abang minta ampun dan maaf" bisik Zakri perlahan pada telinga Nisa sambil menangis dengan berjuta penyesalan menimpa-nimpa dirinya. Apabila Zakri meletakkan kembar disisi ibunya mereka diam dari tangisan dan tangan dari bedungan terkeluar seolah-olah mengusapi pipi ibu mereka buat kali terakhir dan terlihat oleh Zakri ada titisan airmata bergenang di tepi mata Nisa. Meleleh perlahan-lahan bila kembar itu diangkat oleh Zakri. Kembar menangis semula setelah diangkat oleh Zakri dan diberikan kepada neneknya.

Jenazah Nisa dibawa ke pusara dan ramai yang mengiringinya termasuklah kembar bersama. Walaupun kembar tidak tahu apa-apa tapi biarlah kembar mengiringi pemergian Nisa, Ibu mereka yang melahirkan mereka. Amat sedih ketika itu.. Zakri tidak mampu berkata apa-apa melainkan menangisi pemergian Nisa yang selama ini merana atas perbuatannya. Dan akhirnya Jenazah Nisa selamat dikebumikan. Satu persatu orang ramai meninggalkan kawasan pusara dan akhirnya tinggallah Zakri keseorangan di pusara Nisa yang merah tanahnya...meratapi pilu, berderai airmata dengan jutaan penyesalan ...YA ALLAH , kuatkan hambamu ini YA ALLAH.

Hanya KAU sahaja yang mengetahui dosa aku pada Nisa....ampunkan aku YA ALLAH....akhirnya Zakri terlelap disisi pusara Nisa bermimpikan oleh Zakri,Nisa datang mencium tangan, mengucup dahi dan memeluk Zakri dengan lembut mulus. Zakri melihat Nisa tenang dan jelas kegembiraan terpancar dimuka Nisa Putih bersih. Nisa, Nisa, Nisa nak kemana Nisa, Nisa, Nisaaaaaa. Zakri terjaga dari lenanya. Terngiang-ngiang suara kembar menangis.

"YA ALLAH ,Zakri,Zakri bangun Zakri...dan hampir senja ni, mari kita balik, kenapa kau tidur kat sini Zakri?" tegur abang long , abang ipar Zakri. Dari jauh Zakri lihat emak dan kakak ipar mengendung kembar. Mereka menangis. Zakri berlari menuju ke arah kembarnya dan mengusap-usap ubun-ubun anak kembar dan secara automatik kembarnya diam dari menangis. "Danial, Dania anak ayah, ayah akan menjagamu nak...kaulah penyambung zuriat, darah daging ayah... emak, abang dan kakak ipar Zakri tersedu hiba dan mereka berlalu lemah meninggalkan pusara Nisa....

Ni baju kak long ke baju kimi??

Mak teh: Ni baju sape? Kak long ke kimi

Acu: mana2.. tu baju kak long lah

kak long: asal pulak leh sama

acu: ye la saiz kan dah lebih kurang..
kimi kan dah besar

kak long: tapi beza kot

acu: ye lah..warna baju tu kan lebih kurang je

Tau la warna baju t-shirt tu nak sama kaler hijau lumut..
tapi banyak sangat bezanya baju orang umur 20-an  & baju budak umur 4 tahun setengah..
kak long tak puas hati.

-p/s  baju kak long bukan yang  jenis baby-t yg fit 2 k..t-shirt biasa je..

kimi & kak long
budak ni tutup muka kak long plak

Wordless Wednesday


Vogue di pagi raya
dengan baju kebaya

Raya tahun 1995

-dalam gambar ni ada lurvee & cik intan
korang boleh teka yg mana 1..??

Fakta mengenai Lembah Klang

Tahukah anda??

Penduduk di Lembah Klamg pada 2010 = 6Juta orang

dan dijangka 

Pada tahun 2020 meningkat kepada

10 JUTA ORANG

-sumber dr Asia media content

ternampak masa naik bas rapidkl pagi semalam

kat dalam iklan suruh orang naik public transport.

kiranya nanti jalan akan bertambah jam

maka public transport adalah alternatifnya


-Kami memang selalu naik Bas & LRT.. ^_^

p/s-Salam 24 Ramadhan semua.. =)

Tuesday, 23 August 2011

Jom join bloglist AIDILFITRI BEN ASHAARI

Santai Bersama BEN ASHAARI

Jom join bloglist AIDILFITRI BEN ASHAARI
tutup kul 12pm

 kena tukar2 link pasni

Thanks Follower yang ke-100..

Ok ini entry khas sempena dah sampai 100 follower..

Thanx to Azumie follower yang ke 100..!! =)

Thanx jugak untuk semua follower & pembaca blog qisatulhayati ini..

Mode: hepi2.. ^_^


selamat datang ke Belog saya

ok cik intan nak promote blog follower kami yg ke 100..
cik Azumie

Singgah ye kawan2.. =)

Tunggu teduh dulu..

Pagi tadi sambil tunggu bas.. hujan turun mula2 renyai2 je..tapi lama2 lebat la pulak.

Maka terpaksalah menunggu di bustop, sebab tak bawak payung
 & tetiba teringat tunggu teduh dulu. 
Tahu tak ni tajuk novel Faisal Tehrani. 

Btw dah pernah jumpa Faizal Tehrani kat bookfair tahun 2010, 
masa tu beli movel ni lah "Tunggu teduh dulu" dapat autograf dia.. =)

ni cover depan 

Best ceritanya.
Sinopsis ringkas:
Novel ini. Mengangkat tema Tauhid, ‘Lailahaillallah’.
Mengenai seorang gadis, ada pertanian betik & liku-liku kehidupannya.
cerita yang diolah dgn menarik sekali.

sinopsis panjang boleh tengok kat  SINI.. =)

-Salam 23 Ramadhan semua.. ^_^

p/s- petang ni saya ada interview.. doakan saya ye..



Akhirnya Muammar Gaddafi tumbang juga..

Assalamualaikum semua..

Di bulan mulia Ramadhan ini Libya bebas dari pemerintahan kuku besi Gaddafi, setelah memerintah selama 42tahun. Pertahanan Gaddafi hancur dan kini pemimpin Libya itu dikatakan bersembunyi di dalam kubu bawah tanah (Akbar Daily Mail).


Pergolakan yang bermula pada bulan febuari lalu apabila tunjuk perasan antirejim pemerintahan Muammar Gaddafi bermula di bandar Benghazi & Al-Baida bertukar menjadi peperangan antara pemberontak & tentera Gaddafi. Semuanya berakhir 21 Ogos apabila pemberontak telah menawan kebanyakan kawasan di bandar raya termasuk Dataran Hijau.

Kemenangan mereka selepas kebuntuan dalam perang saudara selama 6bulan lalu, dicapai menerusi kerjasama di antara pemberontak, Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan penduduk Tripoli.

Semalam penduduk & Pemberontak meraikan kejayaan menewaskan Gaddafi di Dataran Hijau.

-Sumber:Kosmo

Monday, 22 August 2011

Ops Sikap 24..~

Hah korang dah tahu ke belum..

Siang tadi dah dibuat pelancaran Ops Sikap 24... 


maka bermulalah ops sikap bagi perayaan Aidilfitri taun ni 
yang jatuh serentak dengan Hari Kemerdekaan. 

Berhati-hatilah ketika memandu dan patuhi undang2 jalanraya...
Ingatlah insan2 tersayang.. 

Walaupun sebijik kereta penuh bersalut dengan Jalur Gemilang, 

kala buat salah takkan terlepas.. saman tetap saman..

-sumber dr fb iluvpahang

"SEGMEN SIMPLE : NASZ AJAK KIBARKAN JALUR GEMILANG"


Assalamualaikum semua..

Join segmen simple nasz ajak kibarkan jalur gemilang.

Dalam sibuk2 mencari gambar tetiba jumpa gambar raya tahun lepas.



bergambar dengan bendera malaysia di pagi raya 1 dgn sepupu2.. =)
patriotik kan kami..hehe..

Ucapan:

err..dalam bentuk pantun boleh

Balik beraya dengan anak tuk empat,
Balik menaiki air asia,
Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-54,
Saya bangga menjadi Anak Malaysia.


Segmen Hira: Aku reti memasak, kau reti?


Assalamualaikum semua..

Ok join segmen cik hira.

Aku reti memasak.
Tak de lah pandai sangat kan.

Menu yang suka masak:

Puding jagung
Puding karamel
ikan patin gulai tempoyak
ikan talapia bakar
air carrot
air jagung
popia
popia serunding
acar nenas
ikan masak berlada
kerabu ulam raja

hm..2 je la kot.. ada lagi tapi tak la teror sangat..

Jom la join. =)


Iftar, Majlis Nuzul Quran Psscm & singgah Sahur

Sabtu lepas 20hb Ada Iftar & Majlis Nuzul Quran Psscm Ipt kt Unikl BMI (sebelah Uia).
Lepas habis belajar dang lepak dah jarang lepak dengan kawan2 U.
so, disamping gi iftar dah macam reunion dah. almaklumlah semua dah grad & bawa hala tuju masing2.
Pastu sibuk bergambar.

Petang tu hujan sangatlah lebat. Sebelum gi iftar, gi umah Cik lina & Ayu dulu. Lepak kat sana sebentar.
Bebuka, Solat Maghrib, Isyak n Terawih kat Dewan Gemilang @ Dewan kenangan bak kata cik lina. Memori itu tahun 2008. Patu ada Ceramah Nuzul Quran. program habis kul 12.30.

Lepas tu terus singgah sahur. Kami gadis2 je 5 orang cik lina, kak has, kak fadh, ayu n me sahur makan oblong n nasi lemak.

-Ni blog Cik Lina promote jap. follow la dia. My Bff ni.. =)

p/s- Salam 22 Ramadhan.. =)

2 kali shopping raya kat jalan Tar..~

KISAH 1
Alkisahnya, sabtu minggu lepas dah gi shopping with my auntie aka lurvee..
Kami gi jalan Tar dalam kul12 tengahari. dalam list my acu baju raya1, tudung1, brooch 1..
tu list my acu bukan list saya. saya buat budget lebih kurang RM130. .


Kami naik kereta, so mencari parking adalah 1 masalah pertama. sampai nak give up, gi parking kat LRT je.
tapi akhirnya berjaya gak jumpa parking. RM6 per entry ok lah.

setelah beberapa jam shopping, hasilnya setiap dari kami beli 2pasang baju raya + 1 dress. kiranya 3 pasang sorang lah. tudung raya + selendang 12 helai..ambik ko. Ini semua gara2 ada kedai jual tudung harga rm1 satu kami beli 5..~  nasib brooch 3 je.. ish2 memamg lari lah budget..

itu pun kami jalan dalam 2 jam je..orang tak de la ramai sangat. cuma kalau bawak kereta susah sikit cari parking.

KISAH 2
Sabtu baru ni 29hb my bff aka kakak kesayangan saya ajak gi jalan Tar. memula macam tak nak ye la dah beli semua kan. tapi at last saya pegi jugak la kononnya nak temankan saje. plus nak beli baju mak.

Kami sampai kul12.30tghari. Kami naik LRT je. Tapi kali memang ramai orang. Sesak. Semua nak beli baju raya. tak nampak barang yang nak dibeli nampak orang jer..Maka berjalan2 lah kami dari 1 kedai ke kedai yang lain. jalan2 jumpa yang berkenan tapi harganya tak berkenan. sampai sakit2 kaki tak jumpa jugak yang berkenan di mata n harganya. sampailah di 1 kedai tengok2 baju design dia memang cantik. try la. hmm..kaler pun masuk tema. Apa lagi, kami pun beli. saya beli 2 pasang lagi. tuk mak 1 n untuk saya 1. beli lagi 3 pasang la baju kamu yer.  Inilah nafsu kan. ish2..

tahun depan tak mau gi 2 kali dah.

pastu kami gerak balik dengan cepatnye sebab malam ada iftar pulak..

Segmen Di Bangku Kosong: ZIARAH RAYA BLOG

Kali ni join segmen Di Bangku Kosong.
Nak join gak klik pic atas ni k..

Nama saya Qisatulhayati.. ok tu nama blog ni.

Nama pemilik blog ni cik intan & lurvee aka khulda.
(ada 2 org)

Kami akan beraya kat kampung Temerloh & Mentakab Pahang macam tahun2 sebelum ni. 
rumah kami lain2 k..

Ucapan raya: Selamat menjalani ibadah puasa yg berbaki seminggu lagi.
Selamat Hari Raya pada semua bloggers & 
ampun maaf dipinta andai ada terkasar bahasa, tulisan dll.. =)

duit raya khas untuk yang sekolah je k.. =)

Sunday, 21 August 2011

Segmen BLOGLIST RAYA cik purple 2011


Join segmen cik purple.

Cik purple cari 30 blog tuk bloglist..

jom la join.sempat lagi ni. Klik SINI.

Wednesday, 17 August 2011

Nak cari isteri kerje apa..?? dan sebab2nya..~

Jumpa kat facebook En Awang Mokhtar




N̲a̲k̲ ̲p̲a̲n̲d̲a̲i̲=Cari isteri  
cikgu
N̲a̲k̲ ̲s̲i̲h̲a̲t̲=Cari isteri doktor
N̲a̲k̲ ̲k̲a̲y̲a̲=Cari isteri anak tan sri
N̲a̲k̲ ̲g̲l̲a̲m̲o̲u̲r̲=Cari isteri artis
N̲a̲k̲ ̲g̲a̲d̲u̲h̲=Cari isteri samseng......
N̲a̲k̲ ̲s̲e̲m̲b̲a̲n̲g̲=Cari isteri penceramah
N̲a̲k̲ ̲a̲l̲i̲m̲=Cari isteri ustazah
N̲a̲k̲ ̲g̲e̲m̲u̲k̲=Cari isteri chef
N̲a̲k̲ ̲s̲e̲l̲a̲m̲a̲t̲=Cari isteri polis
N̲a̲k̲ ̲s̲t̲y̲l̲o̲=Cari isteri kaki shopping

N̲a̲k̲ ̲M̲A̲M̲P̲U̲S̲=Cari isteri muda yg 1 ofis dgn isteri tua

Carilah isteri yang solehah ye.. =)

Nak yang solehah kena la jadi soleh dulu..
Nak yang soleh kena lah jadi Solehah dulu..

p/s Hari ni 17 Ramadhan ... Salam Nuzul Quran..~~