Pages

Ads 468x60px

.

Thursday 30 August 2012

TRILOGI CINTA 2 bakal bersiaran 6 September

Assalamualaikum..

Anda peminat cerita Trilogi cinta.. Kalau ya, mesti anda akan ternanti-nanti sambungannya, drama Trilogi cinta 2.. Masih ingatkah anda dengan watak2 nurjinah, abang bad dll..

Ok info dari Fb abg Bad @Yus waisar,


drama 40 ep Trilogi cinta 2 akan mula bersiaran 6 sept 2012 jam 10mlm setiap khamis dan jumaat di TV1.

PENCARIAN 222 BLOGGER BERTUAH OLEH NORZI BEAUTILICIOUS HOUSE

As-salam semua..

Kali ini cik intan join segmen ni -Segmen pencarian 222 Blogger bertuah oleh Norzi Beautilicious House. Ternampak rakan blogger join, hadiah2 pun menarik.



klik pic untuk Join.. =)

segmen berakhir- 31hb Ogos 2012--12 tengahmalam.

SEMUA PEMENANG AKAN DIUMUKAN PADA 1HB SEPTEMBER 2012



Mereka yang tersenarai bakal menerima:
*******************************************************
1)DUA HELAI DRESS ANGGUN PILIHAN (2 Blogger bertuah!)
 2) 2 unit x wallet/purse (2 blogger bertuah!)
3) Baucer RM10 x 5 unit  (222 blogger bertuah!)
layak untuk sebarang belian di BLOGSHOP NORZI BEAUTILICIOUS HOUSE


p/s- best kan hadiah2 die =)

Wednesday 29 August 2012

Blog Selebriti: ISMA AF7

As-salam semua..

Baru-baru ni, terjumpa blog Isma AF7 alah kakak Tomok kenal tak.. dah lama juga dia berblog sejak Januari 2010.. Tapi follower dia tak ramai sangat ada 120 je..

Selain menjadi Penyanyi, Isma juga dah bergelar pengarah filem.. filemnya bersama dengan Tauke Jambu berjudul sofazr the movie jiwa kacau -bakal ditayangkan 27hb september 2012 FB STMJK

Sinopsis filem boleh tengok kat blog isma.. =)

Klik ke blog ISMA AF7


Isma, suami dan anak-anak..

Tuesday 21 August 2012

Raya 2012..~

Assalamualaikum..

Salam Syawal.. dah mula puasa 6.. kalau dah habis bagus lah..

Raya tahun ni 2012 = beraya si hospital pada raya pertama sebab abah masuk hospital beberapa hari sebelum raya coz jantung + semput.. Alhamdulillah dah sembuh pun , petang raya abah kuar wad.

Disebabkan itu maka tahun ni tiada persiapan raya, ye lah mak n abah kat hospital mood raya pun hilang terbang melayang. Mujur jugaklah sehari sebelum abah masuk wad sempat buat 4/5 jenis biskut raya. Yang selebihnya beli dan dapat je.. So, NO ketupat palas, rendang, nasi himpit di pagi raya. Gi solat raya pun jalan kaki sorang2 dan solat raya mula kul 9pagi, datang awal kul8.25, Imam pun tak datang lagi.

Ok layan gambar sepanjang raya ni.

Raya pertama di hospital

Open ward.. 


Beraya di rumah Wan Ngah n still dpt duet raya.. =)

Friday 17 August 2012

PROGRAM TV RAYA- JEP SEPAHTU


1) [TV3] Sebelum Raya, Menjelang Raya (18 Ogos, Sabtu) 6.00 petang – 7.00 petang

Mengisahkan tentang masalah sepasang suami isteri, Jeff & Nana apabila syarikat Jeff telah muflis dan duit simpanan mereka telah ditipu oleh satu skim cepat kaya. Jeff bukan sahaja kehilangan kerja tetapi juga tidak mempunyai wang untuk beraya. Nana seorang yang materialistik telah menghebohkan berita kenaikan pangkat Jeff kepada ibu bapanya & berjanji akan menukarkan segala benda di rumah mereka kepada yang baru. Kereta & barang-barang mereka yang dibeli secara ansuran juga ditarik balik. Macam-macam kerja sudah dilakukan oleh Jeff tetapi semuanya tidak kekal sebab Nana malu jika suaminya terserempak dengan kwan-kawannya. Dalam keadaan yang terdesak, Nana mencadangkan untuk merompak rumah kawannya.
Pelakon: Jep Sepah, Almy Nadia, Ilya Buang, Aznah Hamid, Watie Elite dan Joey.


2) [Astro Prima] Siapa Dapat Lisa, Raya Kedua (20 Ogos, Isnin) 12 tengah hari


3) [Astro Warna] Karoot Komedia X - Episod Raya (24 Ogos, Jumaat) 10:00 malam

4) [TV3] Buletin Cinta, Raya Keenam (24 Ogos, Jumaat) 11.00 malam – 11.30malam

Buletin Cinta membicarakan apa sahaja isu yang berkaitan dengan cinta bersama HOST dan DOKTOR LOVE yang dipersembahkan secara komedi. Topik-topik yang dibincangkan termasuk ‘kenapa mereka jatuh cinta’, ‘apa rasanya bila jatuh cinta’ dan ‘jatuh cinta pandang pertama’.
Pelakon: Saiful Apek, Jep Sepah, Sharifah Shahira, Siti Sarah Raisuddin, Yassin Senario, Taiyuddin, Ropi Cecupak, Shuib Sepah dan Zazleen Zulkifli.


Thursday 16 August 2012

Duit Raya: Spontaneous Thursday #1

Assalamualaikum...

Hari ni pagi2, cik intan nak gi ke KL.. kat dalam bas ada seorang baby yang suka senyum duduk di depan. Bila kita acah2 dia, mengekek gelak. comel sangat. so, beri lah duit raya pada baby yang comel dan asyik suka senyum jer..

Terkejut mak dia..



p/s- boleh lagi ke dapat duet raya tahun ni..=)

Wednesday 15 August 2012

Bayar zakat dengan SMS, Apa Hukumnya..?

ASSALAMUALAIKUM SEMUA..

Korang dah bayar zakat atau masih bawah tanggungan ayah, jadi ayah lah yang bayarkan sehingga anda dah kahwin nanti baru suami pulak yang bayarkan.. (ni bagi perempuan lah) =)..

Tahun lepas, abah yang bayarkan walau dah keje time tu.. tapi tahun ni nak bayar sendiri.. nak rasa berdikari la even sekarang ni tak keje..tapi ada lah duit untuk bayaran zakat, shopping ada duit tak kan nak bayar zakat tak de duit kan..


Ok kalau nak cuba bayar zakat dengan SMS boleh ikut arahan kat atas ni ye.. 

Apa hukumnya?

Hukum menggunakan kaedah pembayaran zakat fitrah melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) sama ada secara prabayar atau pascabayar adalah harus. (Mufti Selangor)

Boleh rujuk link untuk maklumat lanjut.

Macam mana dengan lafaz?
Tertanya-tanya juga dengan lafaz niat, kalau anda dah bagi maklumat nanti akan ada SMS yang suruh
Sila Niat: Ini wang bagi gantikan beras fitrah yang wajib ke atas diri/tanggungan/wakil sebanyak RM7 pd tahun ini krn Allah taala. Sila balas YA/TIDAK.

Jika transaksi berjaya -SMS akan dihantar dengan no resit.

P/S- first time bayar zakat sendiri + bayar dengan SMS. =)

Wordless Wednesday #1


Jom belajar buat Ketupat palas..=)

Tuesday 14 August 2012

TAFSIR MIMPI - GIGI PATAH (Tafsir Mimpi mengikut Islam)

Assalamualaikum..


Tafsir Mimpi Mengikut Islam

* Jika bermimpi gigi anda patah menandakan saudara anda akan mendapat kemalangan atau mati.

mimpi tercabut gigi adalah termasuk jenis mimpi qiasan

Mimpi Benar 

Bagi mimpi yang benar, roh tersebut memang keluar (sambil sebahagiannya lagi berada dalam jasad) ke tempat-tempat yang tertentu. Ada yang bermimpi keluar dari bilik tidurnya dan melihat ayahnya sedang membaca suratkhabar di ruang tamu. Bila terjaga, didapatinya memang ayahnya sedang berada di ruang tamu, membaca suratkhabar. Mimpi sebegini digelar 'mimpi semasa', kita bermimpi berkenaan apa yang sedang berlaku pada waktu itu (in the current time, but not necessarily space).

Ada juga mimpi benar yang menunjukkan perkara yang akan berlaku. Ini terjadi apabila roh seseorang itu 'menjenguk' ke masa hadapan. Kerana itulah para pemikir Islam meyakini bahawa kelajuan roh mengatasi kelajuan masa.

Mimpi benar yang satu lagi ialah mimpi yang 'kelihatan' ganjil, atau mimpi qiasan, yang mana dalam keadaan ini roh tersebut memasuki alam yang lain, digelar alam ghaib. Alam ghaib ini ada banyak, antaranya alam barzakh (bila bermimpi bertemu orang yang telah meninggal dunia), alam jin dan sebagainya. Dalam mimpi jenis ini, seseorang itu mungkin bermimpi melihat tempat atau makhluk yang ganjil. Mimpi rambut menjadi panjang, mimpi dipatuk ular atau mimpi tercabut gigi adalah termasuk jenis mimpi qiasan. Mimpi yang disebut dalam Surah Yusuf, juga adalah dari jenis qiasan.


Terdapat tiga mimpi yang tidak ditakbir atau ditafsir iaitu :

1. Perkara yang dicita-cita pada siang hari maka terbawa-bawa ke dalam mimpi pada malam harinya atau seseorang yang sakit tenat.

2. Seseorang yang belum lagi mandi junub kerana ketika itu syaitan bersama-sama pada anggotanya.

3. Raja yang zalim atau menteri yang zalim.


"Apabila seseorang darimu melihat mimpi yang menggembirakannya maka hendaklah ia mengucapkan Alhamdulillah dan ceritakannya kepada orang yang lain, dan sebaliknya apabila ia melihat mimpi yang menduka citakannya, maka mimpi itu adalah dari syaitan, kerana itu hendaklah ia mengucapkan Isti'azah dan jangan ceritakannya kepada orang lain kerana mimpi itu tidak mendatangkan mudarat kepada nya."
Diriwayatkan oleh al-Bukhari dari Abi Sa'id.

Mimpi

Mimpi yang dimimpikan di antara masa seseorang hampir lena hingga dia tidur lena adalah benar dan berfaedah. Mimpi-mimpi ini selalunya merupakan pembawa pembukaan dan perantaraan kepada yang luar biasa. Bukti kebenaran mimpi dinyatakan oleh Allah dengan firman-Nya :

"Sesungguhnya Allah akan buktikan mimpi itu benar kepada Rasul-Nya, kamu akan masuk Masjidil Haram jika dikehendaki Allah dengan aman", maksud Surah al-Fath, ayat 27.

Secara umumnya, mimpi berlaku apabila seseorang itu sedang tidur. Boleh juga berlaku dalam situasi lain, seperti ketika pengsan, mabuk, nazak dan sebagainya, dengan syarat physically unconscious or semi-conscious.

Dikatakan mimpi berlaku apabila roh seseorang itu keluar dari jasadnya, cuma yang berbeza dengan kematian ialah roh orang mati keluar terus kesemua sekali dari jasad. Bagi orang yang bermimpi, rohnya hanya keluar dalam ertikata 'menjenguk' (extending), masih ada yang tinggal dalam jasad. Sebab itulah orang tidur masih bernafas. Ibarat seseorang yang kakinya berada dalam air tapi dari kepala sampai ke pinggang berada atas permukaan air. Atau, ibarat kaki kanan kat dalam air tapi kaki kiri memijak daratan. Begitulah juga orang yang bermimpi, sebahagian rohnya berada dalam jasadnya manakala sebahagian lagi berada di luar tubuhnya.

Menarik Minat

Mimpi merupakan suatu aktiviti rohani atau rahsia kejiwaan yang amat menarik minat manusia dari semenjak kewujudan manusia di muka bumi ini. Ianya telah menjadi tema perbualan dan juga renungan, baik kepada golongan muda mahupun kepada golongan yang telah berusia, di sepanjang zaman. Manusia keseluruhanya bermimpi, hatta makhluk Allah swt. yang lain pun bermimpi, kucing dan sebagainya. Kadangkala mimpi itu menggembirakan dan kadangkala tidak, kadangkala mimpi itu tidak dapat difahami dan di tafsirkan, kadangkala mimpi itu juga penuh misteri dan simbolik sehinggakan agak sukar bagi kita sebagai umat manusia untuk menafsirkan makna di sebalik setiap kejadiaan mimpi tersebut.

Pada umumnya setiap daripada kita ingin mengetahui rahsia mimpinya, dan kerana itu juga, sejak zaman dahulu lagi muncul berbagai-bagai percubaan mentafsirkan mimpi telah dilakukan, yang mana akhirnya mewujudkan tukang-tukang takbir mimpi yang menjadikan pentadbiran mimpi sebagai kerjaya. Dan sejak itu orang ramai semakin memberi perhatian yang berat kepada mimpi-mimpi mereka terutama dalam kalangan istana-istana dan pembesar-pembesar. Setiap mimpi yang aneh dicari akan tafsirannya kepada pentadbir tafsiran mimpi. Kerana itu kisah-kisah dan hikayat-hikayat lama penuh dengan cerita-cerita pengembaraan yang bermula dari mimpi-mimpi yang aneh.

Campur Aduk

Kemudian tafsiran mimpi berubah menjadi tradisi-tradisi yang dicampur aduk di antara dongeng dengan yang sebenar hingga menimbulkan kegelisahan dan kekeliruan kepada khalayak ramai. Oleh itu untuk menghindarkan manusia dari kesesatan, Allah swt. telah mengajar ilmu-ilmu tadbir mimpi sebenar kepada sesetengah para anbia'Nya seperti Nabi Yusof as. yang meramalkan bencana kemarau tujuh tahun dan Nabi Armia yang meramalkan kehancuran Bani Israil, tetapi ramalan para anbia' bukanlah ramalan-ramalan malah ramalan itu adalah pemberitaan yang tetap benar dari Allah swt. dalam bentuk yang simbolik.

Berdasarkan qias dengan takbir-takbir mimpi anbia' dan dengan tamthil-tamthil yang dipakai dalam al-Quran dan hadis beberapa ulama Islam di zaman dahulu telah cuba melahirkan kaedah takbir mimpi yang baik dan terkawal. Di antara mereka yang terkenal sebagai tokoh dalam bidang pengkajian ini ialah Muhammad bin Sirin (Ibnu Sirin).

Allah swt. mengkehendaki agar takbir mimpi itu terkawal, terutama mimpi-mimpi yang bersifat meramalkan kejadian masa depan (prophectic) kerana ilmu seperti itu dikurniakan kepada anbia' Nya dan hamba-hamba yang soleh supaya jangan ada tukang-tukang takbir mimpi yang mendabik dada mengetahui urusan ghaib selain dari Allah swt.

Ahli-ahli psikologi moden telah mengemukakan berbagai-bagai teori tentang mimpi. Kebanyakkan mereka memandang rendah kepada mimpi-mimpi itu. Menurut mereka tugas mimpi tidak lebih dari pernyataan angan-angan atau pemuasan angan-angan yang terpendam yang tidak dapat dilaksanakan dalam alam keyataan, atau dengan lain perkataan tugas mimpi adalah menyelesaikan masalah-masalah yang tidak dapat dipecahkan dalam alam kenyataan; kerana itu mimpi dipandang sebagai gelanggang pelarian dari masalah-masalah hidup. Mereka menolak mimpi mempunyai tugas meramalkan kejadian-kejadian masa mendatang, mereka juga memutuskan hubungan mimpi dengan Allah swt.

Tetapi walau bagaimana pun mereka mengaku bahawa takbir mimpi itu adalah suatu kerja yang sukar, kerana mimpi menggunakan bahasa simbol dan lambang-lambang yang sulit, sedangkan bahasa dan lambang-lambang itu pula tidak bersifat standard dan universal. Mereka juga mengaku juga takbir mimpi itu telah diselubungi oleh berbagai-bagai kekarutan dan tahyul akibat dieksploitasikan oleh bomoh-bomoh sihir dan penipu-penipu yang berhasrat memerah kelompok dungu.


Mimpi Benar

Bagi mimpi yang benar, roh tersebut memang keluar (sambil sebahagiannya lagi berada dalam jasad) ke tempat-tempat yang tertentu. Ada yang bermimpi keluar dari bilik tidurnya dan melihat ayahnya sedang membaca suratkhabar di ruang tamu. Bila terjaga, didapatinya memang ayahnya sedang berada di ruang tamu, membaca suratkhabar. Mimpi sebegini digelar 'mimpi semasa', kita bermimpi berkenaan apa yang sedang berlaku pada waktu itu (in the current time, but not necessarily space).

Ada juga mimpi benar yang menunjukkan perkara yang akan berlaku. Ini terjadi apabila roh seseorang itu 'menjenguk' ke masa hadapan. Kerana itulah para pemikir Islam meyakini bahawa kelajuan roh mengatasi kelajuan masa.

Mimpi benar yang satu lagi ialah mimpi yang 'kelihatan' ganjil, atau mimpi qiasan, yang mana dalam keadaan ini roh tersebut memasuki alam yang lain, digelar alam ghaib. Alam ghaib ini ada banyak, antaranya alam barzakh (bila bermimpi bertemu orang yang telah meninggal dunia), alam jin dan sebagainya. Dalam mimpi jenis ini, seseorang itu mungkin bermimpi melihat tempat atau makhluk yang ganjil. Mimpi rambut menjadi panjang, mimpi dipatuk ular atau mimpi tercabut gigi adalah termasuk jenis mimpi qiasan. Mimpi yang disebut dalam Surah Yusuf, juga adalah dari jenis qiasan.

Mimpi Lagha 

Mimpi akibat mainan syaitan dipanggil mimpi palsu, atau mimpi lagha atau lalai. Maksudnya lalai dari menyebut nama Allah swt. sebelum tidur (Is_haque). Biasanya mimpi jenis ini tiada sebarang makna, ataupun dusta. Dipercayai sewaktu mengalami mimpi jenis ini, hakikatnya adalah salah satu daripada dua keadaan :

1. Roh yang keluar 'berjalan-jalan' telah dikelirukan /ditipu oleh syaitan.

2. Roh tidak ke mana-mana, cuma di dalam otak atau fikiran sendiri (contohnya seorang yang terlalu ingin nak jumpa Siti Nurhaliza mungkin akan bermimpi sedemikian (Is_haque). Juga termasuk mainan syaitan.

Adab Selepas Mimpi 

Oleh kerana gelanggang takbir mimpi itu mempunyai banyak tempat-tempat gelincir, menyesat dan merunsingkan fikiran, maka dalam hadis ini Rasulullah saw. memberi satu garis bimbingan yang tegas untuk menghadapi mimpi, iaitu jika kita bermimpi baik dan menggembirakan maka bersyukurlah kepada Allah swt. dengan ucapan Alhamdulillah dan ceritakanlah kepada orang lain dan kepada mereka yang kita sayang dengan dengan harapan bahawa mimpi tersebut akan betul-betul berlaku dan sebaliknya jika kita bermimpi buruk dan merunsingkan maka pintalah perlindungan Allah swt. dari kejahatan syaitan yang mengaturkan mimpi-mimpi yang karut untuk menyiksakan manusia. Dan seterusnya jangan panjangkan perkara mimpi itu kepada orang lain, kerana mimpi itu tidak mempunyai kuasa sendiri yang boleh mendatangkan mudharat dan bencana kepada kita. Selepas bermimpi buruk juga kita disunatkan melakukan perkara-perkara berikut :

1. Membaca ta'awwuz (A'uuzubillahi minasysyaitoonir roojiim)

2. Meludah kesebelah kiri kita sebanyak 3 kali.

3. Mengubah cara tidur ke sebelah yang lain.

4. Bangun sembahyang 2 rakaat (kalau termampu)


Kalau diamalkan perkara di atas, insyaallah, mimpi yang buruk itu tidak ada apa-apa kesan ke atas kita.

sumber: http://virtualfriends.net/article/articleview.cfm?AID=32929

Wallahu a'lam..

Sunday 12 August 2012

Segmen: Jom Tambah Kenalan Di Hari Raya

Assalamualikum semua..

Join segmen lagi..


Kali ni join segmen dari Nurfara Hani..

Nak tambah Follower dan kenalan.. =)

Kalau nak join gak, klik kat banner k..
TAMAT: 25 Ogos 2012
(11:59 p.m)



Segmen Blogwalking sambil Follow

Assalamualaikum.. 



Kali ni join segmen Lystra Lily, 
kalau nak join gak klik banner k =)


Komik Jawi Annur & Meow

Salam Penghujung Ramadhan..

Moga terus istiqamah dengan amalan-amalan ibadah.. Insya-Allah..


Kalau anda biasa lihat di FB mesti ada yang terjumpa dengan komik Annur dan Meow, istimewanya komik ini dalam jawi. Klik SINI untuk ke fb penulis komik ni en emit.


antara komik

istimewanya komik Jawi ini, ceritanya ringkas dan menarik.. 
di samping kita boleh improve jawi kita  =)

Untuk tengok koleksi komik ini yang lain klik sini komik annur dan meow



Wednesday 8 August 2012

Biodata AzizulHasni Awang

Assalamualaikum semua..

Kita sudah pun berada di penghujung ramadhan.. 10 hari terakhir, jom sama2 rebut lailatulqadar malam yang lebih baik dari 1000 bulan = 83tahun..


Demam Olimpik ye sekarang =)

Ok saje jer nak share info pasal the pocket rocket man.. AzizulHasni Awang..
even tak berjaya di Olimpik 2012, but we all proud with you.. cuba lagi next time.. Kami sentiasa menyokong anda..

pic credit- mohamadisamuddin

Nama: Mohd Azizulhasni B. Awang

Tarikh Lahir:  5 January 1988 (24thn)

Nama Isteri: Athiah Ilyana Abd Samat

Anniversary: 30 January 2010

Asal: Dungun Terengganu

Pendidikan: 

Sekolah Kebangsaan Batu 48 in Dungun

Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Omar in Dungun,

National Sport School in Bukit Jalil


Deakin University, Australia in 
Bachelor of Commerce majoring in Sport Management

For him, sport and education are the vital elements to be a good sportsman. 
Discipline and time management are the key to success.. malas nak translate..=p

pic credit- thepocketrocketman

blog azizulhasni awang- thepocketrocketman
seriyes cumil je pic ni kan.. =)

source-en wiki

p/s-we still get ice cream free..hehe