Pages

Ads 468x60px

.

Saturday 28 July 2012

PERKARA YANG TIDAK BATALKAN PUASA..~

Salam Ramadhan Kareem...

Ramai yang keliru mengenai perkara yang membatalkan puasa.. Ok, saya ambik ni dari print screen Fb Imam Muda Asyraf.

Ok rewrite,

Secara ringkas,

Penggunaan inhaler (athma), Suntikan yang tidak berbentuk nutrisi, Pemakaian contact lens, Derma Darah, Korek hidung, Bekam, Rawat Gigi adalah TIDAK memBATALkan puasa.




  Perkara yang tidak membatalkan puasa:

1)      Menelan air liur yang bersih dan bagi orang yang selalu berdarah gusinya adalah dimaafkan.
2)      Bersuntik
3)      Tidur walaupun sepanjang hari
4)      Termasuk debu atau lalat ke dalam rongga
5)      Tertelan air yang dikumur tanpa sengaja



PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA


1)      makan dan minum dengan sengaja
2)      mengeluarkan air mani dengan sengaja
3)      haid, nifas dan wiladah(melahirkan anak)
4)      muntah dan memasukkan sesuatu ke dalam rongga dengan sengaja
5)      melakukan persetubuhan
6)      gila walaupun sebentar
7)      murtad
8)      berbuka sebelum yakin masuk waktu Maghrib




Source: http://webpuasa.tripod.com/1.4.htm




# Korek hidung tidak membatalkan puasa, tetapi kalau lepas korek pastu masuk kan dalam mulut (rasa) batal puasa.

Moga bermanfaat..

Thursday 26 July 2012

Pengemar kucing..~

Salam Ramadhan Kareem..

Anda semua sukakan kucing.. keluarga cik intan memang sukakan kucing.. sejak kecil kami ada kucing, tapipernah juga ada yang hilang.. sob..sob.. =( dan kena buang atas sebab2 tertentu macam kucing jantan yang suka ..teettt.. dan suka gaduh2 atau paling sedih dibuang orang a.k.a jiran.

Sekarang ni ada 5 ekor kucing, 4 ekor ank kucing jantan dan 1ekor Ibu kucing.. Jom layan pic2 diaekor..~

kucing oren 4 beradik umur 2 bulan
Rio, Jongkit, Petong & Gemuk

Tidur atas 1 kerusi, muat tu..!

Rio kacau tuan online.. =)


gemuk in my bag, nak ikut g shopping..my fav cat


gemuk n d basket.. =) fluffy kan..~

p/s- Jom sayangi kucing.. Dah boleh jadi ummu hurairah dah ni..=)

Wednesday 25 July 2012

Puasa bukan halangan untuk bersukan..~

Assalamualaikum..


Cik Intan bukanlah peminat bola sepak, tetapi ada melihat gambar mengenai pemain bola Nuri Sahin yang berbuka puasa ketika sedang bermain bola. Boleh lihat gambar di bawah ni.


Aksi Nuri Sahin ketika bermain bersama Borussia Dortmund. Masa tengah main pun masih sempat ke tepi untuk melakukan ibadah berbuka puasa. Bermain bola bukanlah halangan untuk kita tidak berpuasa

Nuri Şahin in the Turkish national team strip at Fenerbahçe Şükrü Saracoğlu Stadium, Istanbul, Turkey - 20100811.jpg

Nuri Kazim Sahin ialah pemain midfield untuk Real Madrid di Spanish La Liga dan juga adalah pemain kebangsaan Turki.




p/s- kalau main bola pun boleh je puasa, atlet Olimpik pun boleh puasa.. =)

Tuesday 24 July 2012

Nasihat Ust Don Daniyal-Tukarkan amalan di bulan Puasa

Amalan di bulan Ramadhan


Tukarkan alunan lagu kepada alunan zikir dan bacaan Al-Quran...

Tukarkan aktiviti menonton drama kepada menonton video kuliah agama...

Tukarkan senaman kepada solat sunat...

Tukarkan percakapan kepada ucapan berpahala...

Tukarkan sembang kosong di facebook kepada menyampaikan pesanan yang baik.

InsyaAllah...


# Nak tengok koleksi ceramah ada kat Koleksi Ceramah Agama tak pun buka je youtube..ada banyak..
# 30 minit Ust Don - 3O Minit ust don

p/s- Jom amalkan sama-sama..=)



Monday 23 July 2012

Hukum Puasa Ramadhan tapi tidak solat..

Assalamualaikum semua..

Salam 3 Ramadhan..

Apa hukumnya Puasa tetapi tidak solat?

Cik intan terjumpa di Laman soal jawab agama

Ada beberapa pendapat mengenainya,

1) Jika ia meninggalkan solat kerana malas (yakni ia masih mengakui kewajipan solat, cuma ia malas melakukannya), para ulamak berbeza pandangan tentang hukumnya;
1. Imam Ahmad berpandangan; ia adalah kafir.
2. Jumhur ulamak berpandangan; ia fasiq, yakni tidaklah menjadi kafir, akan tetapi telah melakukan dosa amat besar.


2) Jika ia meninggalkannya kerana mengingkari atau menolak kewajipan tersebut, ia murtad dari agama dengan sepakat (ijmak) para ulamak. Orang yang Murtad tidak sah ibadahnya termasuk puasa.


Berpegang kepada pandangan Imam Ahmad, maka sebahagian ulamak hari ini (terutamannya dari Arab Saudi seperti Syeikh Bin Baz, Ibnu Usaimin dan sebagainya) berpendapat; orang yang tidak menunaikan solat fardhu, tidak sah puasanya, malah juga ibadah-ibadahnya yang lain (zakat, haji, sedekah dan amal-amal soleh selainnya) sehinggalah ia bertaubat kepada Allah dan kembali mengerjakan solat. 


Berkata Syeikh Ibnu Uthaimin; “Jika kamu berpuasa tanpa mengerakan solat, kami ingin menegaskan kepada kamu; sesungguhnya puasa kamu adalah batal/rosak, tidak sah, tidak memberi manfaat kepada kamu di sisi Allah dan tidak mendekatkan kamu kepadaNya…” (Fatawa Ulama’ Baladil-Haram, hlm. 198).


Berdasarkan pandangan jumhur ulamak (yang tidak menghukum kafir orang yang meninggalkan solat itu); puasa orang itu sah jika ia memenuhi rukun-rukun puasa yang ditetapkan dan tidak melakukan sebarang perkara yang membatalkan puasa. Maksud sah ialah; dia tidak dituntut lagi mengqadha/mengganti puasanya. 


Rujukan: ilmudanulamak


p/s- Berpuasalah, solatlah dan menutup auratlah.. =)

Saturday 21 July 2012

Hukum menonton wayang di bulan Ramadhan..~

Assalamualaikum semua..

Apa khabar iman kita.. apa khabar puasa kita.. Masih maintain dengan tadarus al-quran, zikir dan ibadah2 sunat lain.. atau kita habiskan separuh haru dengan tidur..ish2  atau pun online Fb dan twitter.. ok makan dalam..

Ok.. cerita Batman the dark night rises tengah tayang kan sekarang.. apa hukumnya tengok wayang dalam bulan puasa ni.. Cik Intan memang tak pernah tengok wayang bulan puasa.. macam tak sesuai je..

ok cik intan gugel n rakan blogger luqman ada buat entry pasal ni last year. boleh klik kat link nak tengok

hukum menonton wayang bulan puasa

Syeikh Yusuf Al Qardhawi:
kami berpendapat bahawa panggung wayang : adalah halal dan baik, akan tetapi ia memerlukan dan meminta agar syarat yang dinyatakan wujud Dengan itu kami berpendapat bahawa panggung wayang : adalah halal dan baik, akan tetapi ia memerlukan dan meminta agar syarat yang dinyatakan wujud
Ada 3 Syarat-syaratnya: 


1. Tajuk dan isinya tidak bertentangan dengan aqidah Islam, Akhlak dan Syariah. Ia tidak boleh mengandungi unsur seks, mengajak kepada jenayah, ajaran sesat dan sebagainya.

2. Menonton wayang tidak menghalang seseorang itu dari melakukan perkara wajib, seperti solat 5 waktu. Tidak boleh seseorang itu meninggalkan solat wajib, contonya maghrib semata-mata untuk menonton wayang, al-Quran memberi amaran keras kepada sesiapa yg berpaling dr mengingati Allah. 

3. Elak bergaul diantara lelaki dan perempuan yang ajnabi (orang luar), elak dari fitnah dan juga bersyubhat, lebih-lebih lagi menonton di dalam keadaan gelap.


Kesimpulannya, hukum tengok movie/filem waktu puasa adalah dibenarkan namun sekiranya kita melanggar antara ketiga-tiga syarat tersebut maka puasa kita akan terbatal. Wallahualam.

sekian. entri kopi pase dr Luqman -lhthebest12

p/s- tidak digalakkan menonton wayang di bulan puasa, lebih baik buat amalan2 ibadah yang lain.. =)





Friday 20 July 2012

Segmen: BEN ASHAARI : RAMADHAN 2012 /1433H


Assalamualaikum semua dan Ramadhan Kareem..

Malam ni masuknya waktu maghrib dah 1 Ramadhan, selamat berpuasa dan bertarawih semua. Kali ini cik intan nak join segmen Abg Ben, jom kita tukar link.. kalau nak join jugak klik kat pic k.. =)


Bahagian penting !
  1. Sediakan satu bloglist yg baru bertajuk RAKAN BLOGGERRAMADHAN 2012
  2. Sila pilih blog-blog yang korang minat untuk bertukar tukar link.. Masuk ke blog mereka , kemudian tinggalkan pertanyaan di ruang komen tersebut , dengan ayat yang bertulis begini..
ANDA BERMINAT UTK MENUKAR LINK BERSAMA SAYA ? “
Dan jika blogger tersebut bersetuju , maka sila balas kembali lawatan ke blog mereka dan tinggalkan komen di entri segmen ini dengan ayat ..
“ YA . SAYA BERMINAT DENGAN TAWARAN ANDA “
Selesai perjanjian , maka masukkan link blog masing masing ke dalam bloglist tersebut  dalam tempoh 24 jam. Selepas 24 jam , kembali pastikan link anda dah dimasukkan . Jika tiada , sila kembali tanya pada blogger tersebut. Jika tiada respon, remove link dia ! Senang citer .. Tak yah gaduh gaduh .. ok ?

ok kopi pase bulat2..huhu

Tamat segmen ini , jam 11.59 malam , 20/7/2012


kenapa anda patut pilih blog ni?


1) Untuk tambah kenalan/ follower
1) Untuk tambah info



Sunday 15 July 2012

Selamat setahun berblog..~~

Assalamualaikum semua..~

Pejam celik dah setahun umur blog ni, muda lagi.. macam-macam dah ditulis dan macam-macam juga dah berlaku dalam setahun ni.. Moga terus menulis dan terus aktif lagi.. Sungguh masa berlalu dengan pantas, rasa baru je buat blog ni.. =)


Moga selepas ni akan menulis sesuatu yang lebih bermanfaat lagi.. Berharap ada berita gembira sempena kedatangan bulan yang mulia Ramadhan al-mubarak.. Seminggu lagi dah nak puasa.. =)